Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Tuesday, February 22, 2011

Majlis Maulidur Rasul


Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 17 Februari 2011 bertempat di Dataran Ilmu Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah. Penceramah iaitu Encik Yusmahadi bin Yusff iaitu Penolong Pegawai Agama dari Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu. Turut hadir Tuan Pengerusi PIBG iaitu Tn.Hj.Abd.Rahman bin Harun. Antara program yang diadakan ialah Bacaan Al-Quran & Terjemahan,Selawat,Deklamasi Sajak dan Pertandingan Mewarna,Tulisan Jawi Cantik, Teka Silang Kata dan Menjawikan Teks.

Monday, February 14, 2011

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah

Pada hari Ahad. 13 Februari 2011 telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah bagi sesi persekolahan 2011. Majlis yang diadakan semasa perhimpunan mingguan itu telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Disiplin Dan Pengawas yang diketuai oleh Guru Penyelaras, Encik Mohamad Zaid Embong.Seramai 66 orang pengawas sekolah yang terdiri daripada 27 orang pengawas lelaki dan 39 orang pengawas perempuan telah menerima watikah pelantikan yang telah disampaikan oleh Guru Besar, Encik Badaudin Ismail.

Dalam ucapan beliau, tuan guru besar berharap para pengawas sekolah yang dilantik ini dapat menjalankan tugas dengan penuh jujur dan bertanggungjawab dalam memantapkan disiplin sekolah dan bekerjasama dengan guru-guru demi memastikan peraturan sekolah dapat dipatuhi oleh murid-murid lain.Dalam majlis tersebut juga, para pengawas sekolah telah melafazkan Ikrar Pengawas yang diketuai oleh Ketua Pengawas Lelaki, Muhammad Azizi bin Awang Zari.

Tuesday, February 8, 2011

Merentas Desa

Pada 1 Februari baru-baru ini, Larian Merentas Desa telah dilangsungkan secara sederhana namun tetap meriah dengan penglibatan semua murid Tahap 2. Acara dengan trek yang sepanjang kira-kira 4.2 km ini merupakan acara tahunan sekolah kami. Semua murid akan berlari bermula di padang bola yang terletak di hadapan sekolah dan di situ juga merupakan penamatnya. Hadiah diberikan kepada 30 orang pelari utama dan mata akan dikira sehingga tempat yang ke 50. Mata-mata ini merupakan markah terkumpul bagi setiap rumah sukan yang akan dikira semasa kejohanan sukan tahunan nanti.


Sementara itu, di kelas-kelas Tahap 1, pertandingan mewarna telah berlangsung bagi menggantikan acara larian untuk murid-murid yang berkenaan.

Wednesday, February 2, 2011

Perjumpaan Guru-Guru Dan Ibubapa Murid Tahun 6


Perjumpaan guru-guru dan ibubapa tahun 6 diadakan pada 29 Januari 2011 jam 8.30pagi bertempat di Sudut Seri Bariah SK.Tengku Bariah Kuala Terengganu. Ceramah "Peranan Ibubapa Dalam Membentuk Anak-anak Menjadi Cemerlang" oleh En.Ashaari bin Khatib Hassan,Pen.Pengarah Unit Pendidikan Pencegahan Dadah,JPNT merangkap Pegawai Perhubungan SK.Tengku Bariah.Turut hadir Tuan Pengerusi PIBG iaitu Tn.Hj.Abd.Rahman bin Harun.

Kejayaan sesebuah sekolah diukur berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan awan seperti UPSR untuk sekolah rendah. Usaha pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian yang cemerlang dalam UPSR memerlukan komitmen semua pihak termasuk ibu bapa,guru-guru, murid-murid dan pelbagai "stakeholder" lain seperti PPD dan JPN.

Matlamat
Program ini memberi peluang kepada semua murid Tahun 6,Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah bagi mencapai prestasi cemerlang sebanyak mungkin dalam menrealisasikan harapan Jabatan Pendidikan Terengganu untuk menlestarikan pendidikan terbilang dikalangan pelajar-pelajar Negeri Terengganu.

Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka