Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Monday, January 27, 2014

Mesyuarat Agung PIBG & Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2014

Pada 26 Januari 2014 pihak sekolah telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 25 serta majlis pengagihan bantuan wang persekolahan berjumlah RM100.00 setiap seorang sesi 2014.


Kedua Majlis ini dirasmikan oleh Datuk Sabri Alwi Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu. Majlis ini bermula jam 2.00 petang. Semua ibu bapa dijemput hadir bagi menyempurnakan kedua majlis ini. Majlis bermula dengan ucapan Guru Besar, YDP PIBG dan YB DatukSabri Alwi. Sejurus itu wang bantuan turut disampaikan kepada penjaga murid-murid oleh Datuk Sabri Alwi.


Kemudian majlis ini di teruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 25 dan berakhir dengan agihan wang bantuan persekolahan kepada ibu bapa murid di kelas masing-masing. Majlis berakhir lebih kurang jam 5.30 petang.

Sunday, January 26, 2014

Majlis Perjumpaan Guru-Guru dan Ibu Bapa Murid Tahun 6 2014

Majlis Perjumpaan Guru-Guru dan Ibu Bapa Murid Tahun 6 2014 diadakan pada 25 Januari 2014(Sabtu) bertempat di SSB SK Tengku Bariah. Majlis telah bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari.Program ini memberi peluang kepada semua murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah bagi mencapai prestasi cemerlang sebanyak mungkin dalam merealisasikan pendidikan terbilang di kalangan pelajar-pelajar negeri Terengganu amnya.

Majlis Perjumpaan Guru-Guru dan Ibu Bapa Murid Tahun 6

Monday, January 20, 2014

Majlis Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1435H / 2014M

 
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah di adakan dengan penuh gemilang pada 19 Januari 2014 bersamaan 17 Rabiul Awal 1435H di Dataran SKTB. Majlis bermula seawal jam 7.30 pagi dengan murid murid berkumpul di Dataran. Tepat jam 7.40 pagi pengerusi majlis Ustazah Salina Ahmad memulakan majlis dan di teruskan oleh Ustaz Abdullah Muda dengan bacaan selawat.

 
Majlis di serikan lagi dengan ceramah khas sempena Maulidur Rasul oleh Ustaz Baderul Wan Mat Ali.
Tepat pukul 12.10 tengahari di diadakan majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang pemenang majlis di akhir dengan bacaan selawat oleh cikgu Che Mat Shapie b Mat Rosidi.




Program Minggu Transisi Tahun 1 2014

Program Minggu Transisi Tahun 1 SKTB
Program Minggu Transisi Tahun 1 SKTB telah diadakan pada 1 hingga 16 Januari 2014 iaitu selama 3 minggu. Pada minggu pertama, murid-murid mengikuti aktiviti suai kenal di Bilik SSB manakala pada minggu kedua dan ketiga pula murid mengikuti aktiviti di kelas. Matlamat program ini ialah untuk memberi pendedahan awal pembelajaran di sekolah di samping menjadi slah satu aspek yang di tekankan dalam program guru penyayang.

Program Motivasi UPSR Murid Tahun 5 & 6 2014

Ceramah Motivasi UPSR murid tahun 5 &6
Program Ceramah Motivasi UPSR murid tahun 5 & 6 ini diadakan pada 12 Januari 2014 iaitu pada hari Ahad jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Ceramah ini disampaikan oleh pihak Suceess Revolution Training Centre, Selangor. Ceramah ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tahun 5 & 6 tentang persediaan awal menghadapi UPSR.

Wednesday, January 1, 2014

Hari Pertama Persekolahan 2014

Sesi persekolahan 2014 telah bermula. Warga sekolah sangat mengalu-alukan kedatangan murid-murid dan menyambutnya di hadapan pintu pagar. Murid yang datang awal telah diberi cenderahati. Pada hari ini juga murid tahun 1 pertama kali melangkah kaki ke alam persekolahan.

Kedatangan murid ke sekolah bagi sesi 2014

Pelbagai ragam mereka pada hari pertama ini, namun semua ini menambah warna-warni alam persekolahan.
Sambutan dimeriahkan lagi dengan kehadiran YDP PIBG En. Khailani bersama AJK PIBG yang lain di samping guru-guru SKTB.

Kedatangan murid tahun 1 di SKTB

Pendaftaran Murid Sesi Persekolahan 2014

Pendaftaran murid bagi sesi tahun 2014 diadakan pada 31 Disember 2013 di SK Tengku Bariah.Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi.Bagi murid tahun 1 2014 taklimat telah diadakan di bilik SSB yang disampaikan oleh guru besar SKTB.

Pendaftaran dan taklimat bagi sesi persekolahan 2014

Kursus Pengurusan Tatatertib

Kursus Tatatertib; Kerusi Bersawang telah diadakan pada 30 Disember 2013 di SK Tengku Bariah jam 10.30 pagi...Kursus tersebut telah disampaikan oleh Pn. Shazilah bt Mohamad dari Unit Tatatertib & Keutuhan Pejabat Pendidikan Negeri Terengganu..




Pn. Shazilah menyampaikan ceramah


Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka