Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Wednesday, March 25, 2015

Lawatan Bermaklumat Murid-Murid Tahun 6 SK Tengku Bariah 2015

24 Mac 2015 seramai 88 orang murid dan 8 orang guru pengiring telah mengikuti lawatan bermaklumat murid-murid tahun 6 SK Tengku Bariah Kuala Terengganu 2015. Lawatan bertolak jam 8.00 pagi dan bertolak balik jam 2.30 petang. Antara tempat yang dilawati ialah MRSM Kuala Berang, Akademi Binaan Malaysia, Jenagor, Kuala Berang dan Pusat Latihan Bomba Wakaf Tapai.

Lawatan ke Pusat Latihan Bomba Wakaf Tapai

Lawatan ke Akademi Binaan Malaysia
Lawatan ke MRSM Kuala Berang Kuala Terengganu


Sunday, March 1, 2015

Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang & Mentor Mentee Peringkat Sekolah

Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang & Mentor Mentee Peringkat Sekolah telah diadakan pada 1 Mac 2015 bertempat di Dataran Bariah.Program bermula jam 7.40 pagi melibatkan semua guru dan murid. Antara program yang dijalankan ialah Ucapan Pelancaran Amalan Guru Penyayang oleh Tuan Guru Besar, acara memotong riben bunting, penyampaian kad & bunga kepada guru/murid sempena ulang tahun kelahiran bulan Mac dan penyerahan buku catatan & jadual.

Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang & Mentor Mentee SKTB 2015

Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka