Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Monday, October 17, 2016

Perkhemahan Unit Beruniform

Perkhemahan unit beruniform berlangsung pada 13 hingga 15 Oktober 2016 melibatkan semua murid tahun 6 SK Tengku Bariah. Perkhemahan ini diadakan di SK Tengku Bariah bertempat di Dataran Perhimpunan. Antara acara yang dipertandingkan ialah pertandingan kawad kaki, pertolongan cemas, ikatan, memasak, khemah terbaik dan persembahan.Semua guru telibat dalam menjayakan aktiviti tersebut.

Monday, October 10, 2016

Hari Sukan Negara

Aktiviti hari sukan negara telah dijalankan secara kolaboratif dengan JKKK Kampung Pasir Panjang, pihak JKKK telah bermurah hati menyediakan hadiah cabutan bertuah untuk menambahkan lagi kemeriahannya. Penyertaan terdiri daripada penduduk kampung, guru-guru serta murid-murid. Aktiviti senaman aerobik dijalankan di padang bawah SKTB sehingga jam 10.00pagi dan diteruskan dengan aktiviti sukan rakyat di dataran perhimpunan sekolah sehingga jam 12.00 tengah hari.

Sambutan Hari Sukan Negara

Kejohanan Balapan Dan Padang SKTB 2016

Kejohanan Balapan dan Padang SKTB 2016 telah berlangsung pada 6 Oktober 2016 bertempat di padang SKTB dan telah dirasmikan oleh YDP PIBG Tuan Haji Hasnan bin Ilias. Beberapa acara padang dan olahraga telah dipertandingkan. Olahragawan tahun ini telah disandang oleh Ahmad Aleef Daniel b Sukri manakala olahragawati disandang oleh Nurin Najwa bt Mohd Azmi. Johan Keseluruhan jatuh kepada pasukan Rumah Kuning.

Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah 2016
 

Tuesday, October 4, 2016

Lawatan Sambil Belajar Kembara Ilmu Murid Tahun 6 Ke Perak & Pulau Pinang


Seramai 30 murid tahun 6 dan 10 orang guru SKTB telah mengadakan lawatan bermaklumat ke Perak dan Pulau Pinang bermula 26 hingga 30 September 2016. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Pusat Pembuatan Labu Sayong, Zoo Taiping, Taiping Perak, Rumah P.Ramlee, Muzium 3D, Bukit Bendera dan Kilang Pembuat Jeruk Madu Pak Ali.


Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka