Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Thursday, April 28, 2011

Teakwando SKTB


Pasukan Teakwando SKTB

Pasukan Teakwando SKTB diketuai oleh Sir Samsul dan Sir Azlan.Seramai 30 orang murid telah menyertai.Latihan diadakan setiap Jumaat Jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari.

Tuesday, April 26, 2011

Bola Baling



Pasukan Bola Baling Sek Keb Tengku Bariah

Kejohanan Bola Baling telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas selama 5 hari bermula 17 hingga 21 April 2011.Sebanyak 22 buah Sekolah Kuala Terengganu Selatan mengambil bahagian.Bola Baling peringkat akhir telah berlangsung di SMK dato' razali Ismail Kuala Terengganu.


Naib Johan

SK Tengku Bariah LWN SK Undang = 4 - 1
SK Tengku Bariah LWN SK Seri Budiman 2 = 1 - 0

SK Tengku Bariah LWN SK Rengas Bekah = 1 - 1
SK Tengku Bariah LWN SK Gong Kapas = 1 - 1
SK Tengku Bariah LWN SK Padang Midin = 3 - 2

SEPARUH AKHIR
SK Tengku Bariah LWN SK Pusat Kuala Ibai = 3 - 2

AKHIR
SK Tengku Bariah LWN SK Rengas Bekah = 2 - 4

Wednesday, April 20, 2011

Yayasan DiRaja Sultan Mizan: Smart English 2011


Pada Selasa, 19 April, sekolah telah menghantar penyertaan untuk bertanding dalan program YDSM Smart English 2011.

Program ini telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar. Oleh kerana kepelbagaian aktiviti yang dianjurkan, ia telah dijadualkan berlangsung selama dua hari iaitu 19-20 April 2011; dan sekolah kami terlibat pada 19 April.

Murid-murid yang terlibat ialah seramai 12 orang iaitu 6 orang daripada Tahap 2 dan 6 orang daripada Tahap 1. Reading Aloud, Aural-oral Comprehension, Dictation dan Retelling Story adalah aktiviti khusus untuk Tahap 2. Manakala Poetic Action Song adalah aktiviti gabungan murid-murid Tahap 1 & 2.

Tuesday, April 19, 2011

Temu Murni Ibu Bapa Murid - Murid Linus Dengan Guru Linus



Perjumpaan ibu bapa murid LINUS dengan guru-guru Tahun Satu diadakan pada 19 April 2011 jam 8.30 pagi bertempat di bilik SSB SK Tengku Bariah.Ibu bapa murid LINUS diminta hadir untuk mendengar taklimat dan perbincangan dengan guru demi kejayaan dan kecemerlangan anak- anak mereka.

Sunday, April 10, 2011

Majlis Akujanji Dan Tanda Tangan Kad Pelaporan Murid Tahun 6



Perlaksanaan Program Akujanji dan Tanda Tangan Kad Pelaporan Murid Tahun 6 telah diadakan pada 7 April 2011(Khamis) jam 11.00 hingga 12.30 tengahari bertempat bilik tahun 6D,6F,6N dan 6Z.Program tersebut adalah untuk menyuntik semangat ke arah kejayaan dan kecemerlangan bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.

Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka