Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Sunday, November 11, 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan Dan Jalinan Mesra PIBG

Hari Anugerah Kecemerlangan Dan Jalinan Mesra PIBG
pada
6 November 2012
8.30 pagi
(DATARAN PERHIMPUNAN SEKOLAH TENGKU BARIAH)

DIRASMIKAN OLEH
Dato' Hj Wan Hisham bin Dato' Hj Wan Salleh
Pegawai Pembangunan Dun Ladang

CEMERLANG 2012
TOKOH MURID KO-KURIKULUM
DAING AZWAN B. DAING MUSTAFA


TOKOH MURID AKADEMIK (KURIKULUM)
NURUL ARISHA HUSNA BT MOHD ARIFIN

Wednesday, November 7, 2012

Karnival Catur Bawah 11 Tahun MSSDKTS 2012

Dua orang murid SKTB telah berjaya meraih kejayaan dalam Karnival Catur Bawah 11 Tahun MSSDKTS 2012 yang telah berlangsung di SK Gong Tok Nasek pada 4 November 2012.


Ahmad Afiq Syazwan bin Ali - Pingat Perak
Wan Muhamad Nasrin bin Wan Muhammad Najib - Pingat Gangsa.

Tuesday, October 30, 2012

Lawatan Penanda Aras

Lawatan Penanda Aras dari MGB Pulau Pinang dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang(PERDA). pada 30 Oktober 2012 di SKTB

Wednesday, October 17, 2012

LAWATAN PENANDA ARAS PEGAWAI PPD KINTA SELATAN DAN GURU BESAR DAERAH KINTA SELATAN PERAK



 
LAWATAN KERJA KE SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU BARIAH,KUALA TERENGGANU
6 Orang Pegawai PPD Kinta Selatan
33 Orang Guru Besar Daerah Kinta Selatan
15 Oktober 2012
Tiba pada jam 10.30 pagi
Mendengar Ucapan dari Hajah Azma
Bergambar bersama Guru Besar kinta Selatan Perak

 




Sunday, October 7, 2012

Program Kem Ibadat

 Program Kem Ibadat diadakan pada 18,19 Septeber 2012.Ceramah disampaikan oleh  Ustaz Yus Mahadi bin Yusoff Penolong Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu (Wuduk Dan Mandi Wajib) dan
Azma bin Endut Ketua Pembantu Hal Ehwal Islam (Bahagian Dakwah)(Betulkan Solat Anda).Ceramah bermula jam 10.00 pagi berakhir jam 12.00 tengahari

Ceramah Ustaz Yus Mahadi


Ceramah Ustaz Azma

Sunday, September 9, 2012

Majlis Solat Hajat UPSR 2012

Majlis Solat Hajat UPSR 2012 diadakan pada 6 September 2012 bertempat di Surau An Nur,
Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah



Program ini memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa dengan usaha yang telah dijalankan perlu juga memohon keberkatan dari Ilahi. Disamping belajar dan berusaha kita juga perlu memohon dariNya agar kita mendapat kejayaan dengan cemerlang

Sunday, September 2, 2012

Majlis Temu Murni Ibu Bapa Murid Tahun 6


Majlis Temu Murni Ibu Bapa Murid Tahun 6
&
Menandatagani Keputusan Percubaan UPSR

TARIKH : 2 SEPTEMBER 2012

HARI : SABTU
MASA : 8.30- 10.00 PAGI
TEMPAT : KELAS TAHUN 6

Perjumpaan ibu bapa murid-murid tahun 6 adalah satu pertemuan yang mengharapkan satu pemuafakatan yang erat di antara guru-guru dan ibu bapa dalam menyuntik semangat sedar murid-murid yang akan mengambil UPSR 2012. UPSR adalah langkah pertama murid-murid pecut bagi menggapai kejayaan dalam beberapa siri peperiksaan awan yang seterusnya.

Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah 2012



SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU BARIAH
Pada 30 Ogos 2012 (khamis)
8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari





Wednesday, August 8, 2012

Program Pemberian Baju Raya Kepada Anak Yatim

Tarikh : 8 Ogos 2012
Tempat : Bilik SSB, SKTB
Waktu : 12.40 tengah hari

Seramai 20 orang murid SKTB yang telah bergelar anak yatim telah diberikan sumbangan baju raya oleh pihak sekolah.

murid-murid yang memperolehi sumbangan baju raya

Bergambar beramai-ramai selepas acara selesai

Tuesday, July 17, 2012

Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa Murid Tahun 6

Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa Murid Tahun 6
Tarikh 19 Julai 2012
Jam 8.30 hingga 11.00 pagi
Bertempat di Bilik SSB SKTB

  • Menjalinkan hubungan yang erat antara pihak sekolah dengan ibu bapa demi meningkatkan kecemerlangan UPSR.
  • Mewujudkan kerjasama bagi mengenal pasti masalah dan mencari cara penyelesaian.
  • Melahirkan rasa kecaknaan ibu bapa terhadap anak-anak yang akan menduduki UPSR.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Tarikh : 17 Julai 2012
 Tempat : Dataran SKTB

 

Di awal acara,  murid-murid menyanyikan 3 buah lagu kemerdekaan iaitu, lagu 'Jalur Gemilang', 'Keranamu Malaysia' dan Tanggal 31 Ogos' . selepas itu, Tuan Guru Besar, Puan Hjh Azma bt Senun merasmikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan ini.

 Gimik Pelancaran Bulan Kemerdekaan


Ceramah Program Di Ambang Ramadhan

Ceramah Program Di Ambang Ramadhan 1434 disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Bin Mohamad Imam Besar Masjid KUSZA pada 11 Julai 2012(Rabu) jam 2.30 petang bertempat di Pusat Sumber SK Tengku Bariah .


Senamrobik 1M1S

Tarikh : 10 Julai 2012
Tempat : Astaka SM Sains Kuala Terengganu

Acara Senamrobik 1M1S baru-baru ini diadakan secara gabungan antara SKTB dan SM Sains Kuala Terengganu dan diketuai oleh Jurulatih Biro Tatanegara(BTN) untuk senamrobik.


 murid-murid SKTB ketika melakukan senamrobik

Cikgu-cikgu melakukan senamrobik

Bergambar beramai-ramai selepas acara senamrobik tamat

Tuesday, July 10, 2012

Persaraan Ustazah Noriah

Pada 5 Julai 2012, Ustazah Noriah bt Ismail telah menamatkan perkhidmatannya dalam bidang perguruan dengan mengambil pencen pilihan pada usia 41 tahun atas sebab-sebab tertentu.

Beliau telah berkhidmat di SKTB selama 3 tahun bermula tahun 2010. Beliau mengajar Pendidikan Islam bagi tahap tahap 1 dan 2. Semasa beliau berkhidmat sebagai Ustazah, beliau sangat komited dengan tugasnya.

Ustazah Noriah...Jasamu dikenang

ketika menerima hamper tupperware dari Puan Guru Besar

Sesi bersalaman dengan murid-murid

Monday, July 2, 2012

Lawatan Penanda Aras

LAWATAN PENANDA ARAS SEKOLAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI SABAK BERNAM
1 JULAI 2012 Jam 9.00 pagi
45 Orang staff guru dan bukan guru


Bersama guru besar SK Tengku Bariah


Lawatan penanda aras SK Khir Johari Sabak Bernam

Wednesday, June 27, 2012

Minggu Perkaya

Minggu Perkaya yang diadakan di sktb dijalankan selama seminggu bermula 24jun-30jun 2012.

Majlis ini dirasmikan oleh Puan Guru Besar, Pn Hjh Azma bt Senun.

Seramai 19orang anak yatim bergambar bersama dengan ibu dan ayah angkat mereka yang juga merupakan guru-guru di sktb.

" Barang siapa yang mengusap kepala anak yatim kerana Allah maka baginya kebaikan yang banyak dari setiap rambut yang ia usap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan atau laki-laki maka aku dan dia akan berada di Syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya." (HR. Ahmad dari Abu Umamah)

Kejohanan Olahraga 2012

sukantara sktb telah diadakan pada 17-20jun. Kemuncak acara kejohanan olahraga bermula pada 21jun 2012 bertempat di padang sktb.  
 taklimat diberikan sebelum acara bermula

 guru bergambar dengan ahli-ahli rumah masing-masing

perlawanan larian bermula

olahragawan,olahragawati dan ketua rumah merah bergambar bersama dengan guru besar

kamilah juara!!!!
tahniah kepada rumah MERAH kerana menjadi juara dengan pungutan 184 mata..naib juara rumah KUNING dengan 177 mata...tempat ketiga rumah HIJAU dengan 172 mata..dan yang keempat rumah BIRU dengan 137 mata..

Tuesday, June 19, 2012

Majlis Temu Murni 2012

Majlis Temu Murni 2012

Tarikh : 16 Jun 2012 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi (Tahun 3 hingga 6)
Tempat : Bilik Darjah


Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka