Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Sunday, February 28, 2010

Kejohanan Olahraga Sekolah 2010

Kejohanan Olahraga Kolaborasi SESTER dan SKTB telah diadakan pada hari khamis 25 Februari 2010 bertempat di padang SESTER. Majlis dirasmikan oleh Pengawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu dan diserikan dengan acara perbarisan rumah-rumah sukan dan upacara menaikkan bendera kejohanan. Selain itu, acara-acara olahraga peringkat akhir turut dipertandingkan pada hari ini. Antaranya acara 100m, 200m, 4x100m dan 4x200m. Persembahan menarik daripada setiap rumah sukan daripada SESTER turut menceriakan suasana pada hari itu diikuti dengan acara sukaneka bagi murid Tahun 3. Pemenang-pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga turut di anugerahkan pingat emas, perak dan gangsa. Secara keseluruhan Rumah Kuning telah menjadi johan bagi Kejohanan Olahraga tahun ini.





Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka