Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Tuesday, February 26, 2013

Program Kem Kecemerlangan UPSR 2013



Pada 21,22 & 23 Februari 2013, SK Tengku Bariah telah mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR 2013 di Bilik SSB SK Tengku Bariah. Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Pasukan UPSR SK Tengku Bariah.


Program ini disasarkan kepada 92 orang murid Tahun 6. Antara objektif program ini ialah meningkatkan kemahiran belajar murid tentang pengurusan masa dan mendedahkan murid-murid tentang teknik menjawab mata pelajaran UPSR. Perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Hajah Azma bt Senun.

Tuesday, February 19, 2013

Majlis Perjumpaan Guru-Guru Dan Ibubapa Murid Tahun 6 2013


Majlis Perjumpaan Guru-Guru Dan Ibubapa Murid Tahun 6 diadakan pada 16 Februari 2013 bertempat di Sudut Seri Bariah Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah jam 2.30 petang. Turut hadir Yang Dipertua PIBG iaitu Encik Mohd Khailani bin Ismail.

Program ini memberi peluang kepada semua murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah bagi mencapai prestasi cemerlang sebanyak mungkin dalam merealisasikan pendidikan terbilang di kalangan pelajar-pelajar negeri Terengganu amnya.

Thursday, February 7, 2013

Kursus BTN di Langkawi

Tarikh : 8-10 Februari 2013
Tempat : BTN Langkawi
Peserta : 80 orang terdiri dari SK Tengku Bariah, SK Bukit Petiti, SK Gelugor
Tajuk : Program Latihan Transformasi Negara
Tujuan : Memantapkan Kecintaan Terhadap Negara


Tuesday, February 5, 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1434H/2013M

"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1434H/2013M

Pada : 4 Februari 2013

Tempat : Dataran Bariah

Masa : 7.40 pagi - 1.10 tengah hari

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu(yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah"(al Ahzab : 21)

"Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat, iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku.".

Program "MY BEAUTIFUL MALAYSIA DAY"

Program "My Beatiful Malaysia Day" atau Gotong-Royong 1 Malaysia telah dilancar oleh Perdana Menteri pada 3 Februari 2013. Seramai 100 orang murid tahun 5 dan guru melibatkan diri dalam program tersebut yang diadakan di sekolah Kebangsaan Tengku bariah.

Aktiviti gotong -royong murid dan guru


Monday, February 4, 2013

Program Motivasi UPSR Kali 1 2013

"Menggarap Kecemerlangan UPSR 2013"

Motivator jemputan En. Rsolan

Guru Bimbingan & Kauseling cg. Zanariah
Program Motivasi UPSR Kali 1 2013 diadakan pada 30 Januari 2013 bertempat di Bilik SSB.Program bermula jam 7.30 pagi dan beakhir jam 1.00 petang.

Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka