Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Wednesday, February 24, 2016

Lawatan Tuan Pengarah Pendidikan Pelajaran Negeri Terengganu

Program motivasi kecemerlangan UPSR 2016 bersama Tuan Pengarah JPNT Encik Haji Shafruddin Bin Ali Hussin di Bilik SSB pada 24 Februari 2016 jam 9.00 pagi.


Program Memperkasakan Transformasi Pendidikan: Perarakan Apresiasi Kokurikulum Peringkat Sekolah 2016

Perarakan Apresiasi Kokurikulum Peringkat Sekolah 2016 kolaborasi bersama SM Sains Kuala Terengganu (SESTER) diadakan pada 23 Februari 2016 jam 3.00 petang. Perarakan bermula di tapak perhimpunan SM Sains Kuala Terengganu dengan sesi taklimat dan berakhir di Dataran Perhimpunan SK Tengku Bariah dengan nyayian lagu Negaraku dan Selamat Sultan. Aktiviti ini juga adalah merupakan satu mekanisme memasyrakatkan kokurikulum serentak Memperkasakan Transformasi Pendidikan Terengganu.


Sunday, February 21, 2016

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 27

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 27 telah diadakan pada 20 Februari 2016 di Dataran Seri Bariah. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Datuk Haji Mohd Sabri bin Alwi Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu.Selain itu penyampaian sumbangan bantuan khas awal persekolahan 1 Malaysia (BKAP1M) turut diadakan.
.
Bantuan khas awal persekolahan 1 Malaysia

Mesyuarat PIBG kali ke 27

Wednesday, February 10, 2016

Majlis Perjumpaan Ibu Bapa/ Penjaga Murid Tahun 6 2016

Perjumpaan ibu bapa / penjaga dengan guru-guru murid Tahun 6 telah diadakan pada 3 Februari 2016(Rabu) di bilik SSB. Majlis bermula jam 10.00 pagi. Program ini diadakan bertujuan memberi taklimat kecemerlangan UPSR dan perbincangan antara penjaga dan guru.Selain itu juga dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dengan guru-guru untuk kejayaan dan kecemerlangan murid-murid.

Perjumpaan ibu bapa /penjaga dengan guru-guru murid Tahun 6

Majlis Persaraan En. Hasnan B Muda

31 Januari 2016 majlis persaraan guru kauseling cikgu Hasnan b Muda telah diadakan di Dataran Bariah SKTB. Beliau bermula berkhidmat di SKTB pada 1 Februari 2015 hingga 21 Januari 2016. Majlis bermula selepas perhimpunan sekolah.

.Jasamu dikenang..Budimu disanjung



Monday, February 1, 2016

Program Gotong Royong

Program gotong royong memerangi aedes peringkat sekolah diadakan pada 28 dan 30 Januari 2016 di sekitar SK Tengku Bariah. Program bermula jam 8.00 pagi. Antara yang hadir ialah YDP PIBG, penduduk setempat dan guru.
   



Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka