Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Tuesday, July 30, 2013

Majlis Khatam Al Quran Peringkat Sekolah

Majlis Khatam Al Quran di Surau An Nur

Sambutan diadakan pada bulan Ramadhan yang mulia dan suci. Pada bulan yang mulia ini, Allah Taala telah menurunkan Al Quran yang suci ini supaya dapat dijadikan pedoman disepanjang perjalanan hidup setiap muslim. Menyedari hakikat ini, maka program ini dilaksanakan agar dapat menyingkap rahsia kebesaran dan keagungan Kitab Al Quran yang Qadim ini. Di samping itu juga, ia memberi peluang untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah Taala.

Thursday, July 18, 2013

Jamuan Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Dan Miskin

Pada 17 Julai 2013 Badan Kebajikan sekolah telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa untuk murid-murid miskin dan anak-anak yatim. Seramai 25 orang murid terlibat dan juga disertai bersama seramai 35 orang guru termasuk ahli keluarga masing-masing. Majlis ini diadakan di Terengganu Equestrion Resort (TER) Kuala Ibai. Tujuan majlis ini diadakan untuk meraikan murid-murid tersebut sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Guru-guru bersama ibubapa menghadiri majlis berbuka puasa

Murid-murid sktb menghadiri majlis berbuka puasa.

Alhamdullah...selesai sudah majlis berbuka puasa.

Thursday, July 4, 2013

Program BSN School Attack 2013

Amalan menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi. Menabung memberi banyak faedah. Antara kebaikan menabung, kita dapat mengamalkan sikat berjimat cermat dalam berbelanja. Amalan menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi. Menabung memberi banyak faedah. Antara kebaikan menabung adalah kita dapat mengamalkan sikap berjimat cermat.Apabila, kita menabung kita telah mempunyai wang simpanan.
Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang pembelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.
 



Program ini adalah usahasama dari pihak Badan Kebajikan Murid SKTB dan Pihak BSN dalam merealisasikan amalan menabung di kalangan murid-murid SK. Tengku Bariah, Kuala Terengganu.
Program ini diadakan pada 3 Julai 2013 di Bilik SSB.

Kejohanan Balapan Dan Padang SK Tengku Bariah Tahun 2013



Tanggal 26 Jun 2013. Pihak sekolah telah menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan. Program ini diadakan di padang sekolah. Semua murid terlibat. Murid tahap 1 berentak dalam acara sukaneka dan acara padang sahaja.Acara yang dipertandingkan bermula dengan saringan pada sebelah pagi dan acara akhir bermula jam 2.00 petang. Olahragawan tahun ini jatuh kepada Nazirul Amin b Mustafa manakala olahragawati pula jatuh kepada Siti Fatimah bt Abdullah.
Program ini berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dissempurnakan oleh Guru Besar, Pn. Hjh Azma bt  Senun seterusnya merasmikan majlis penutup Kejohanan Sukan Sekolah bagi sesi 2013 



Wednesday, July 3, 2013

Ceramah Diambang Ramadhan Tahun 2013 / 1434 Hijrah

Tajuk:"Ahlan WaSahlan Ya Ramadhan"
 
 
Ceramah diambang ramadhan tahun 2013 / 1434 Hijrah diadakan di Bilik SSB jam 2.00 petang.
Penceramah jemputan iaitu Hajah Azizah binti Mohamad pegawai Yayasan Islam Terengganu. Program"Ceramah di Ambang Ramadhan" telah di anjurkan SKTB.

Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka