Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Tuesday, July 17, 2012

Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa Murid Tahun 6

Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa Murid Tahun 6
Tarikh 19 Julai 2012
Jam 8.30 hingga 11.00 pagi
Bertempat di Bilik SSB SKTB

  • Menjalinkan hubungan yang erat antara pihak sekolah dengan ibu bapa demi meningkatkan kecemerlangan UPSR.
  • Mewujudkan kerjasama bagi mengenal pasti masalah dan mencari cara penyelesaian.
  • Melahirkan rasa kecaknaan ibu bapa terhadap anak-anak yang akan menduduki UPSR.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Tarikh : 17 Julai 2012
 Tempat : Dataran SKTB

 

Di awal acara,  murid-murid menyanyikan 3 buah lagu kemerdekaan iaitu, lagu 'Jalur Gemilang', 'Keranamu Malaysia' dan Tanggal 31 Ogos' . selepas itu, Tuan Guru Besar, Puan Hjh Azma bt Senun merasmikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan ini.

 Gimik Pelancaran Bulan Kemerdekaan


Ceramah Program Di Ambang Ramadhan

Ceramah Program Di Ambang Ramadhan 1434 disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Bin Mohamad Imam Besar Masjid KUSZA pada 11 Julai 2012(Rabu) jam 2.30 petang bertempat di Pusat Sumber SK Tengku Bariah .


Senamrobik 1M1S

Tarikh : 10 Julai 2012
Tempat : Astaka SM Sains Kuala Terengganu

Acara Senamrobik 1M1S baru-baru ini diadakan secara gabungan antara SKTB dan SM Sains Kuala Terengganu dan diketuai oleh Jurulatih Biro Tatanegara(BTN) untuk senamrobik.


 murid-murid SKTB ketika melakukan senamrobik

Cikgu-cikgu melakukan senamrobik

Bergambar beramai-ramai selepas acara senamrobik tamat

Tuesday, July 10, 2012

Persaraan Ustazah Noriah

Pada 5 Julai 2012, Ustazah Noriah bt Ismail telah menamatkan perkhidmatannya dalam bidang perguruan dengan mengambil pencen pilihan pada usia 41 tahun atas sebab-sebab tertentu.

Beliau telah berkhidmat di SKTB selama 3 tahun bermula tahun 2010. Beliau mengajar Pendidikan Islam bagi tahap tahap 1 dan 2. Semasa beliau berkhidmat sebagai Ustazah, beliau sangat komited dengan tugasnya.

Ustazah Noriah...Jasamu dikenang

ketika menerima hamper tupperware dari Puan Guru Besar

Sesi bersalaman dengan murid-murid

Monday, July 2, 2012

Lawatan Penanda Aras

LAWATAN PENANDA ARAS SEKOLAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI SABAK BERNAM
1 JULAI 2012 Jam 9.00 pagi
45 Orang staff guru dan bukan guru


Bersama guru besar SK Tengku Bariah


Lawatan penanda aras SK Khir Johari Sabak Bernam

Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka