Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Tuesday, March 29, 2011

Banjir Oh! Banjir...



Hujan lebat yang mencurah tanpa henti sejak petang semalam telah menyebabkan banjir kilat di kawasan sekolah. Bermula dari pintu pagar utama sehinggalah ke kantin sekolah, air hujan membanjiri kawasan sehinggakan beberapa kelas telah dimasuki air. Suasana pada waktu ini agak sedikit kelam-kabut. Keadaan ini juga menimbulkan sedikit kegusaran kepada pihak sekolah sekiranya hujan lebat ini berterusan; kemungkinan besar, pejabat dan bilik guru pula akan dimasuki air. Namun begitu, kira-kira 7.40 pagi, hujan mula reda dan air beransur-ansur surut. Salah seorang guru lama berkata, kejadian ini merupakan kali pertama sepanjang beliau berkhidmat disini. Beliau menambah lagi, kejadian yang hampir serupa pernah berlaku pada tahun 1999 dahulu tetapi air tidak sampai sehingga memasuki kelas.

Sunday, March 27, 2011

Sukan Sekolah Kuala Terengganu Selatan (KTS)


Kejohanan bola sepak bawah 12 tahun Sekolah Daerah Kuala Terengganu Selatan 2011.Kejohanan diadakan pada 27 hingga 31 march 2011 jam 3.00 hingga 6.30 ptg di Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas.

Pertandingan bola jaring bawah 12 tahun Sekolah-Sekolah Kuala Terengganu Selatan 2011 diadakan pada 27 hingga 28 march 2011. Perlawanan diadakan di Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh.



Kejohanan Olahraga MSSD KTS ke 42 diadakan pada 21 hingga 24 mach 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman.

Adik Rosniza - Emas Lompat Jauh MSSDKTS
Adik Sofia - Gangsa Lompat Pagar MSSDKTS

Tempat kedua 4X100m sukan di Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek (acara jemputan)


Sunday, March 20, 2011

Sekalung Budi



Majlis jamuan perpisahan telah diadakan di Sumai Apartment Hotel pada hari Ahad, 6 Mac 2011. Majlis yang bermula pada pukul 3.00 petang itu diadakan bagi meraikan pertukaran lima orang guru dan seorang kakitangan sekolah iaitu :-

  1. Puan Romi Rani dan Puan Andawati Mohd Ali ke SK Gong Tok Nasek.

  2. Puan Roszaini Mohamad ke SK Kompleks Gong Badak.

  3. Puan Maziah Ismail ke SK Tanjung Gelam

  4. Puan Wan Adouni Wan Mohd Anuar ke SJK Tamil Batu Caves, Gombak, Selangor.

  5. Puan Zubaidah Malik ke SK Pasir Panjang.

Majils ini secara tidak langsung juga sebagai meraikan kedatangan empat orang guru yang telah bertukar ke SKTB iaitu :-

  1. Puan Anisah Ismail dari SK Seri Budiman

  2. Puan Sharifah Mat Jusoh dari SK Gong Kapas

  3. Puan Saeida Musa dari SK Kampung Tengah

  4. Puan Sufura Ngah dari SK Beladau Kolam



Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka