Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Thursday, November 17, 2011

Pembahagian Wang Bantuan Khas Persekolahan 2012



Seperti yang diumumkan di dalam Bajet 2012 oleh Perdana Menteri iaitu Dato’ Seri Najib b. Razak bagi meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah maka rakyat diberikan bantuan sebanyak RM100. Bantuan RM100 ini dijalankan di sekolah masing-masing di seluruh Malaysia. Bagi SK Tengku Bariah Majlis Pembahagian Bantuan RM100 diadakan pada 16 November. Majlis itu dirasmikan oleh YBhg Dato’ Wan Hisham b. Dato’ Wan Salleh iaitu Penyelaras Dun Ladang yang berlangsung di Dataran Seri Bariah pada pukul 10.00 pagi. Di dalam majlis itu Puan Guru Besar iaitu Puan Hjh Azma bt Senun menyerahkan replika cek sebanyak RM58,200 kepada YBhg Dato’ Wan Hisham b. Dato’ Wan Salleh. Selepas itu, guru kelas membahagikan bantuan itu di kelas masing-masing kepada murid-murid sambil ditemani oleh ibu bapa masing-masing.

Tuesday, November 15, 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2011



Pada 15November 2011 bertempat di Dataran Seri Bariah diadakan satu Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar. Majlis yang penuh gilang gemilang itu telah dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu iaitu En.Mohd Sharif bin Hassan.Majlis dimulakan pada pukul 8.30 pagi dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis iaitu Wan Maizatul Akmar bt Wan Ahmad. Majlis berehat sebentar pada pukul 10.00 pagi. Selesai jamuan,acara penyampaian hadiah dimulakan pada pukul 10.30 pagi dengan Anugerah Intervensi & Anugerah Program NILAM yang disampaikan oleh TDP PIBG iaitu En.Mohd Khailani bin Ismail. Bagi Anugerah Intervensi seramai 11 orang penerima yang menerimanya dan Anugerah Program NILAM pula seramai 30 orang yang menerimanya. Selepas itu Anugerah Akademik bagi Tahap 1 dan Tahap 2 telah disampaikan oleh Puan Guru Besar iaitu Pn Hjh Azma bt Senun manakala Anugerah KAFA pula disampaikan oleh Cik Aida Raimi Syafawati bt Asadi.

Bagi anugerah yang dinanti-nantikan iaitu Anugerah Tokoh Murid dan Tokoh Kokurikulum telah disampaikan oleh Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu iaitu En.Mohd Sharif bin Hassan.Bagi kategori Anugerah Tokoh Murid & Kokurikulum Lelaki dianugerahkan kepada Adik Muhammad Azizi bin Awang Zari manakala Anugerah Tokoh Murid Perempuan dianugerahkan kepada Adik Intan Nurliyana bt Ahmad Shafri dan Anugerah Tokoh Kokurikulum Perempuan pula dianugerahkan kepada Adik Rosniza bt Rosli. Majlis diakhiri dengan ucapan tahniah dan murid-murid bersurai diiringi oleh ibubapa masing-masing.

Sunday, November 13, 2011

Majlis Khatam Al-Quran Dan Mahrajan J-Qaf Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Negeri Terengganu

Pasukan Kalam Jama'i SKTB

Majlis Khatam Al-Quran dan Mahrajan J-Qaf Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Negeri Terengganu 2011/1432 diadakan di SK.Padang Mengkuang,Marang,Terengganu pada 10 November 2011.Majlis bermula jam 8.00pagi.Seramai 30 murid tahun 6 SKTB menyertai Kalam Jama'i.

Majlis Qurban Peringkat Sekolah 1432H

Majlis Qurban Peringkat Sekolah di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah diadakan pada 8 November 2011(Selasa) jam 12.00 hingga 1.30 tengah hari di Dataran Perhimpunan SKTB.

Tuesday, November 1, 2011

Kem Robotik


4 orang murid Tahun 4 SKTB bersama guru pengiring mereka,Cikgu Ahmad Adzha telah terpilih mewakili negeri Terengganu untuk Kem Robotik Peringkat Kebangsaan 2011 bertempat di SK Kandis, Bachok,Kelantan pada 21 hingga 25 Oktober yang lalu, anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sunday, October 23, 2011

Majlis Khatam Al-Quran

Perasmian oleh:
Tuan Haji Ali bin Abu Bakar
NYDP Persatuan Ibubapa Guru
di:
Dataran Seri Bariah
pada:
20 Oktober 2011
8.30 pagi

Sabda Rasulullah s.a.w
Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatan sesuatu pun daripada ayat Al-Quran seperti rumah yang roboh.
Barangsiapa yang membaca Al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan Al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al-Quran dan mereka berdoa denganya.

Hadis Riwayat Ibnu-Mas'ud r.a.
Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan,satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala,aku tidak bermaksud: Alif ,Lam dan Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Wednesday, October 19, 2011

Majlis Titian Kasih Bersama Jabatan Penerangan Daerah Kuala Terengganu



Ucapan pengerusi majlis oleh En.Mohd Zaid


Guru Besar SKTB menyampaikan cenderhati kepada En.Safian


Guru Besar SKTB menyampaikan cenderhati kepada En.Khailani

Majlis diadakan pada 16 Oktober 2011 di bilik SSB SK. Tengku Bariah jam 1.15 tengah hari. Majlis di mula dengan ucapan terima kasih Tuan Guru Besar kepada En.Khailani bin Ismail YDP PIBG SKTB kerana sudi hadir dan ucapan perhargaan dan terima kasih kepada En.Safian bin Dhabal atas jamuan makan tengahari yang disumbangkan pada Majlis Titian Kasih.
Ucapan terima kasih YDP kepada Guru Besar kerana kesungguhan guru-guru dan staf sokongan berganding bahu sehingga berjaya meraih kejayaan dan memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Keceriaan Peringkat Negeri sehingga tersiar di akhbar.

Tuesday, October 11, 2011

Perkhemahan Unit-Unit Beruniform 2011


Perkhemahan Unit-Unit Beruniform 2011

Perkhemahan Unit-Unit Beruniform bagi tahun 2011 yang disertai oleh 100 orang murid tahun 6 telah diadakan dengan jayanya pada 6 hingga 8 Oktober 2011 bertempat di perkarangan surau An-nur,SKTB.
Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti:-
1.Pertandingan Kawad kaki.
2.Pertandingan Memasak.
3.Pertandingan Pertolongan Cemas
4.Pertandingan Hias Khemah
5.Pertandingan Malam Kebudayaan
6.Jungle Tracking

Saturday, October 8, 2011

Majlis Khatam Al-Quran Perdana 2011

Pada 1 oktober baru-baru ini berlangsung satu majlis yang penuh gilang gemilang iaitu Majlis khatam Al-Quran Perdana Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan Ke-4 Tahun 2011 yang berlangsung di Masjid Al-Azim di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.

Seramai 340 orang murid yang terlibat yang meliputi sekolah rendah dari seluruh Malaysia. 20 orang murid yang terdiri dari 10 murid lelaki dan 10 murid perempuan diiringi 3 guru dari SK Tengku Bariah dan juga tidak ketinggalan Ustaz Wan Ahmad Hasbi b. Wan Jusoh (Penolong Pengarah j-QAF JPNT) dan Ustaz Hj Mohd Samsudin yang mewakili bagi negeri Terengganu.


Tarikh : 30 September - 2 Oktober 2011
Penginapan : Hotel Emperor
Majlis Khatam : Masjid Al- Azim


Peserta bergambar bersama dengan Guru Besar sebelum bertolak ke Melaka pada 30 September 2011

Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr Hj Mohd Puad b. Zarkashi iaitu Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Peserta bergambar bersama dengan Ketua Sektor Pendidikan Islam JPNT iaitu Hj Wan Said b. Wan Salleh di depan Masjid Al- Azim

Wednesday, October 5, 2011

Karnival Bola Baling Bawah 11 Tahun MSSDKTS


Pasukan SKTB

Pada 26 dan 27 September 2011,bertempat di padang SK. Gong Kapas diadakan karnival bola baling bawah 11 tahun MSSDKTS.Pasukan bola baling SKTB turut menyertai bagi kategori lelaki. SKTB telah menjuarai kumpulan B dan mengalahkan pasukan SK.Ladang 2-0 dan seri tanpa jaringan dengan pasukan SK. Losong.Pada peringkat suku akhir, SKTB telah berjaya mengalahkan pasukan SK.Wakaf Mempelam dengan penalti 2-0.Pada peringkat separuh akhir, pasukan SKTB tewas kepada SK. Tok Dir dengan jaringan 3-0.Dengan keputusan itu, pasukan bola baling SKTB hanya berkongsi tempat ketiga bersama pasukan SK. Padang Midin.

Monday, October 3, 2011

Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKTB



Pada hari Khamis, 22 September 2011, warga SKTB telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.Majlis yang diadakan telah disambut dengan meriah dengan guru-guru dan murid-murid memakai pakaian raya masing-masing.Murid-murid dijamu dengan nasi minyak manakala guru-guru dan tetamu disajikan dengan pelbagai juadah raya yang begitu enak dan menyelerakan.
Antara tetamu yang hadir iaitu Yang Dipertua dan AJK PIBG,bekas guru besar En.Badaudin bin Ismail.Majlis juga diserikan dengan persembahan nyayian oleh guru-guru dan murid-murid.

Wednesday, September 28, 2011

Solat Hajat Perdana



Majlis Sembahyang Hajat Perdana diadakan pada 8 September 2011(Khamis) jam 7.00 petang bertempat di surau sekolah. Kepada ibubapa dijemput hadir semoga dapat bersama-sama memohon kehadrat Ilahi agar anak-anak diberkati dan mencapai kecemerlangan diri.

Thursday, September 15, 2011

Utusan Malaysia Online - Pendidikan

Utusan Malaysia Online - Pendidikan


SK Tengku Bariah ke peringkat kebangsaan


KUALA TERENGGANU 13 Sept. - Keputusan untuk menyertai pertandingan Keceriaan Merdeka 2011 anjuran Jabatan Penerangan hanya dibuat sehari sebelum tarikh pertandingan ditutup.


Bagaimanapun dalam waktu yang singkat, seluruh warga Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Bariah di sini sepakat untuk menggerakkan usaha menceriakan suasana di sekolah dengan menterjemahkan semangat kemerdekaan.


Apa yang membanggakan mereka, sekolah itu dipilih oleh panel penilai untuk mewakili negeri ini bagi kategori sekolah untuk dinilai di peringkat kebangsaan.


Guru Besarnya, Azma Senun memberitahu, selain guru dan murid-murid, semua warga termasuk jaga, tukang kebun dan tukang cuci sepakat untuk menyumbang tenaga dan masa bagi pertandingan ini.


"Saya bersyukur dan terharu kerana terpilih mewakili negeri untuk dinilai pada peringkat kebangsaan," katanya ketika ditemui di sekolah itu di sini hari ini.

Tuesday, September 13, 2011

Mewakili Terengganu

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah sekali lagi mencatat sejarah tersendiri apabila terpilih mewakili Terengganu dalam PERTANDINGAN KECERIAAN MERDEKA 2011.

Penghakiman program bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan dan menyemai semangat patriotik yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan Negeri telah berakhir pada 8 September lalu.

Sebanyak 5 buah sekolah kebangsaan dan sebuah sekolah menengah menyertai pertandingan ini. SK Tengku Bariah telah dipilih sebagai pemenang dan secara langsung mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan.


Panel penilai akan membuat penilaian dalam beberapa aspek, termasuk kreativiti, jumlah pemasangan Jalur Gemilang, hiasan pintu gerbang, banting, tugu dan keindahan kawasan sekitar

- Mohd Iskandar Jaafar -

(Penolong Pengarah Penerangan Negeri)




Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah

Thursday, August 25, 2011

Majlis Khatam Quran



Alhamdulillah Majlis Khatam Quran sempena penutup Ihya' Ramadhan berjalan lancar dan sempurna dengan izin-Nya di Surau An-Nur Sek.Keb.Tengku Bariah pada 25 Ogos 2011 jam 9.40 pagi.. Semoga kita masih lagi menjadi tetamu Ramadhan yang penuh keberkatan ini pada tahun hadapan..amiinn..

Wednesday, August 10, 2011

Majlis Berbuka Puasa Untuk Meraikan Anak Yatim Peringkat Sekolah 2011


Majlis Berbuka Puasa Untuk Meraikan Anak Yatim Peringkat Sekolah 2011 telah diadakan pada Khamis 11 Ogos 2011 di Terengganu Equestrian Resort(TER) Kuala Ibai,Kuala Terengganu.Majlis bermula jam 6.40petang hingga 8.00 malam.Turut hadir Tuan Haji Rosli b. Abdullah serta keluarga.Sumbangan disampaikan oleh Penolong Kanan 1 mewakili pihak sekolah, Ustazah Sakinah bt. Ismail mewakili Tuan Haji Rosli dan cikgu Wan Mohd Shukri.

Pelaksanaan Tadarus Al-Quran Tahun 6 2011

Pelajar Tahun 6


Bacaan bermula pada 1 Ramadhan hingga 24 Ramadhan 1432H.

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan Al Mubarak

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri

sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam

Sunday, July 31, 2011

Ceramah Kesihatan dan Keselamatan


Ceramah Kesihatan Keselamatan telah diadakan pada 28 Julai 2011 di Bilik SSB Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah jam 7.40 hingga 9.40 pagi. Seramai 179 murid tahun 1 dan 2 terlibat. Ceramah di sampaikan oleh Penolong Kanan HEM Puan Nor Ainee bt Ngah dan Kaunselor Sekolah En.Wan Mohd Shukri b Wan Mohamad.Tujuan Ceramah diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dan keselamatan di kalangan murid sekolah rendah.

Ceramah Di Ambang Ramadhan Peringkat Sekolah


28 Julai 2011, Ceramah Di Ambang Ramadhan Peringkat Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah diadakan di Bilik SSB Jam 2.00 hingga 3.30 petang.Penceramah adalah Ustaz Haji Mohammad bin Deraman dari Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu. Tajuk ceramah ialah Ahlam Wasahlam Ya Ramadhan.

Wednesday, July 27, 2011

Program Kecemerlangan UPSR Siri 2/2011


Kem Program Kecemerlangan UPSR Siri 2/2011 diadadakan pada 21 hingga 23 Julai 2011 di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah.Kem diadakan dengan kerjasama pihak sekolah dan PIBG.

Monday, July 11, 2011

Ceramah ISRA' MIKRAJ Peringkat Sekolah


Al Fadhil Ustaz Abd Sham menyampaikan ceramah

Ceramah Isra'mikraj telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Abd Sham bin Ahmad pada 10 Julai 2011 jam 8.00 hingga 9.30 pagi di Dataran Ilmu Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah.

Tuesday, July 5, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia (1M1S1M)

1 Murid 1 Sukan 1Malaysia


Pada 2 Julai 2011,Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah telah melaksanakan Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia(1M1S1M) yang melibatkan seramai 489 orang murid terdiri dari murid tahap 2 dan guru.Acara dimulakan jam 7.30 pagi dengan senamrobik di Dataran Perhimpunan.Turut hadir En. Ahmad Azhan bin Abd Hamid Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.

Kejohanan Sukan Tahunan SKTB 2011



Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah pada 20 Jun 2011.Johan di menangi oleh Rumah Biru

Ceramah Motivasi Untuk Calon Peperiksaan



Ceramah Motivasi telah disampaikan oleh En. Shamsi Hj. Shamsuddin iaitu Pegawai Akademik Bestari.Ceramah diadakan pada 26 Jun 2011 bertempat di Bilik SSB SK.Tengku Bariah.
Ceramah Motivasi memberi penekanan kepada pelajar mengenai:
- Sayang dan hormati guru
- Sayang dan hormati ibubapa
- Fokus ketika guru mengajar
- Strategi belajar

Sunday, June 26, 2011

Majlis Temu Murni 2011



Majlis Temu Murni diadakan pada 23 Jun 2011 jam 11.00 pagi di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah.Ibu bapa atau penjaga dijemput hadir ke sekolah untuk menandatangani Laporan OTI II serta bertaya khabar dan berbincang tentang prestasi anak masing-masing.

Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka