Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Sunday, March 28, 2010

Mesyuarat Agung PIBG 2010

Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu: YM Tengku Mohd Yusoff bin Tengku Mansor telah menyempurnakan perasmian Mesyuarat Agong PIBG - SK Tengku Bariah kali ke 21. Kedatangan Tuan PDD Kuala Terengganu telah disambut oleh Tuan Guru Besar SK Tengku Bariah, En Badaudin bin Ismail dan Pengerusi PIBG SK Tengku Bariah, Tn Hj Abdul Rahman.

Dalam ucapan perasmian, PPD telah menyentuh tentang kepentingan kerjasama antara Ibubapa dengan pihak sekolah dalam melahirkan kecemerlangan akedemik sekolah. Beliau juga menyentuh tentang kepentingan NKRA (Bidang Keberhasilan-Utama Kementerian Pelajaran Malaysia) khususnya dalam perlaksanan LINUS bagi tahun 1 di sekolah-sekolah bertujuan memastikan semua murid normal menguasai kemahiran Literasi dan Numerasi pada akhir 2012.

Wednesday, March 24, 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sekolah telah diadakan pada 3 Mac 2010 bertempat di Dataran Seri Bariah. Majlis dimulakan dengan ceramah agama daripada penceramah jemputan. Beliau banyak menceritakan tentang pengorbanan Rasullah dalam menyebarkan agama islam dan bagaimana baginda berjuang mempertahankan agama serta kasih sayang baginda terhadap umatnya. Majlis diikuti dengan perarakan murid dan guru ke padang sekolah sambil membawa sepanduk. Selepas waktu rehat, murid-murid menyertai Pertandingan mewarna bagi murid Tahap 1 dan Pertandingan Menulis Khat bagi murid Tahap 2. Acara di akhiri dengan jamuan makan tengahari untuk semua warga SKTB.



Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka