Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Friday, May 3, 2013

Bekas Pelajar SKTB

2 Mei 2013, merupakan hari yang sangat bermakna buat warga SK Tengku Bariah. Kami dikunjungi En Faizal b Yusof yang merupakan bekas pelajar sekolah ini. Beliau bukan bekas pelajar yang biasa-biasa tetapi merupakan salah seorang pemegang rekod calon UPSR mendapat 5A yang paling ramai iaitu 65 orang pada tahun 1986. Ketika itu SK Tengku Bariah dikenali sebagai SR Tengku Bariah. 




Beliau yang kini berkhidmat di Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya megimbas kembali nostalgia sewaktu bergelar murid disini. Terlalu banyak kenangan manis dan indah dikongsi bersama. Beliau juga menyatakan kesanggupan untuk turut membantu daripada segala segi untuk memastikan SK Tengku Bariah terus cemerlang dan unggul dipersada pendidikan negara

En. Faizal b Yusof juga berkesempatan meniup kata semangat dan memberi motivasi kecemerlangan kepada calon-calon UPSR 2013. Semoga SK Tengku Bariah terus cemerlang.

0 comments:

Post a Comment


Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka