Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Monday, May 23, 2011

Persaraan Setiausaha MGB Terengganu - GB SK Tg Bariah

(sumber berita- http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com)


Tengah hari tadi Pengarah Pelajaran Terengganu,Ketua Unit Sekolah Rendah dan Penyelia Kanan Khas/Asli/Kluster telah menjadi tetamu jemputan dalam majlis bagi meraikan persaraan mantan Setiausaha Agung Majlis Guru Besar Terengganu di Primula Park Royal Hotel,Kuala Terengganu.

Mantan Setiausaha Agung MGB Terengganu ,En. Badaudin Ismail,Guru Besar,SK Tengku Bariah,Kuala Terengganu akan mula bersara wajib pada 28 Mei 2011. Tempat beliau sebagai Setiausaha Agung MGB Terengganu dipangku oleh En. Amiruddin bin Ibrahim,Guru Besar,SK Tengku Ampuan Mariam,Kuala Terengganu sehingga Mesyuarat Agung MGB Terengganu nanti.Sementara calon Guru Besar bagi menggantikan tempat beliau pada 1 Jun 2011 telahpun ada dan telah diputuskan oleh Panel.

Majlis ringkas itu tadi turut dihadiri oleh semua wakil MGB Daerah yang juga Jawatankuasa MGB Negeri Terengganu. Unit Pengurusan Sekolah Rendah merakamkan setinggi penghargaan terima kasih atas sumbangan dan jasa bakti Cikgu Badaudin Ismail memimpin sekolah dan Majlis Guru Besar Negeri Terengganu. Terima kasih Cikgu Din,Selamat Bersara.


Pengerusi MGB Terengganu,Tuan Haji Yusof Karim
sedang menyampaikan ucapan ringkas
Cikgu Badaudin Ismail.mantan SU MGB Terengganu
sedang menyampaikan ucapan

Pengarah Pelajaran Terengganu,En.Razli bin Daud
menyampaikan cenderamata kepada Cikgu Badaudin Ismail
Ketua Unit Rendah,En.Jelani Sulong
menyampaikan cenderamata kepada Cikgu Badaudin Ismail

Rakan Exco MGB Terengganu
Rakan Ecxo MGB Terengganu



Thursday, May 19, 2011

Sambutan Hari Guru 2011 Kali Ke 40

GURU PENJANA TRANSFORMASI
PENDIDIKAN NEGARA






Warga SK Tg Bariah meraikan sambutan Hari Guru 2011.Turut hadir Encik Mohd Khailani bin Ismail yang merupakan Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa & Guru
SK Tengku Bariah...

Kursus Tatacara Pengurusan Aset Dan Tatacara Pengurusan Stor



Kursus Tatacara Pengurusan Aset Dan Tatacara Pengurusan Stor telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah di bilik SSB pada 14 Mei 2011 jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang.Kursus telah disampaikan oleh Haji Idris bin Ismail dari Unit Perkhidmatan dan Perjawatan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Monday, May 2, 2011

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22



Mesyuarat Agung PIBG kali ke 22 telah diadakan pada 30 April 2011 jam 9.00 pagi di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah.Mesyuarat tersebut dirasmi oleh pegawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu iaitu Encik Azhar b Abu Bakar yang merupakan Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan, sokongan dan juga kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kami ucapkan atas kerjasama yang erat dalam menjayakan program-program yang telah dirancang dan dilaksanakan. Semoga segala usaha yang kita lakukan mendapat keberkatan dan rahmat daripada-Nya jua.InsyaAllah.

Sunday, May 1, 2011

Persembahan Choralsical/Kalam Jamaie

Persembahan Kalam Jama'ie bagi Majlis Penutup Nadwah Kepimpinan Islam Peringkat Kebangsaan Kali Ke 2 Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Di SMKA Durian Guling, Marang Terengganu.


Pasukan Kalam Jama'ie
Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah


Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka