Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Friday, December 31, 2010

Tuesday, November 23, 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010



Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010 telah diadakan pada 15 November 2010 bertempat di Dataran Ilmu SKTB yang dirasmikan oleh Pegawai Ko-Akademik Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu iaitu Tuan Haji Othman B Sidek. Tuan Haji Abdul Rahman iaitu Yang Dipertuai PIBG sekolah turut hadir memeriahkan lagi majlis tersebut. Antara anugerah yang disampaikan ialah Program Intervensi, Program Nilam, Kecemerlangan Akedemik Tahun 1,2,3,4,5 dan 6,Tokoh Akademik,Tokoh Kokurikulum dan 5A UPSR 2010.

Kata Aluan Guru Besar
Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana sekali lagi SKTB berjaya mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan tahun 2010. Terima kasih kepada semua guru dan AJK PIBG SKTB kerana memberi sumbangan tenaga dan kewangan bagi menjayakan majlis ini.
Hari Anugerah Kecemerlangan merupakan acara tahunan SKTB bagi mengiktiraf dan meraikan kejayaan murid-murid diperingkat sekolah dan peperiksaan UPSR. Kecemerlanagn sesungguhnya memerlukan pengorbanan semua pihak sama ada murid-murid, ibubapa dan guru-guru. Marilah kita meneruskan usaha murni bagi mempertingkatkan kejayaan anak bangsa kita.

Keputusan UPSR 2010


Taniah.....5A

Pada 11 November 2010 keputusan UPSR telah diumumkan.Seramai 23 dari 115 pelajar tahun 6 SK Tengku Bariah telah mendapat 5A tahun 2010. Manakala 4A 1B seramai 21 orang.Slip keputusan peperiksaan telah disampaikan oleh Guru Besar iaitu Encik Badaudin B Ismail di Surau An-Nur pada jam 11.30 pagi.


Wednesday, November 10, 2010

Pelajar Tahun 6



Semua pelajar tahun 6 SKTB telah mengadakan aktiviti memasak pada 4 November 2010 bertempat di hadapan surau An-Nur.Aktiviti memasak bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari. Guru juga turut memberi tunjuk ajar kepada pelajar bagaimana cara menyalakan api menggunakan kayu atau ranting pokok serta teknik memasak yang betul.

Selain itu aktiviti gotong royong turut diadakan di kawasan sekolah.Aktiviti bermula jam 10.30pagi melibatkan 300 orang murid dan 40 orang guru serta kakitangan sekolah. Aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran mengenai kes demam denggi yang semakin meningkat. Selain itu Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu juga turut membuat pemantauan ke sekolah.

Tuesday, November 9, 2010

Majlis Perjumpaan Y.A.B Menteri Besar Terengganu



30 Oktober 2010 Majlis Perjumpaan Y.A.B. Menteri Besar Terengganu Bersama Guru-Guru Sekolah Daerah Kuala Terengganu Selatan telah berlangsung di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man. Bermula seawal jam 12.30 tengahari, guru-guru sekolah di Daerah Kuala Terengganu Selatan mula membanjiri Dewan Konvensyen dan menunggu kehadiran YAB Menteri Besar Terengganu. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Pengarah Pelajaran Terengganu yang baru, En.Razali B Daud.

Selepas ucapan dari YAB MB, majlis diteruskan dengan majlis penyampaian cenderamata berbentuk pendrive kepada semua guru di Daerah Kuala Terengganu Selatan. Seramai 3568 guru dari 19 buah sekolah menengah dan 40 buah sekolah rendah disenaraikan sebagai penerima cenderamata tersebut.

Turut hadir sama, YB Tn. Hj Ahmad Raziff B Abd Rahman, Exco Pelajaran Negeri Terengganu.


Lawatan Ke Langkawi



Seramai 64 murid tahun 6 dan 10 orang guru SKTB telah mengadakan lawatan ke Langkawi selama 3 hari 2 malam bermula 25 hingga 28 Oktober 2010. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Galeria Perdana, Pekan Kuah, Underwater World, Kampung Buku, Kilang Gamat, Makam Mahsuri, Dataran Helang dan Shopping Complex Terminal Feri Kuah.Lawatan tersebut diketuai oleh Cikgu Wan Mohd Shukri (Cikgu Wee).

Wednesday, October 27, 2010

Lawatan Ke Taman Tamadun Islam ( TTI )



Seramai 80 murid tahun 1 dan 8 guru pengiring ke Taman Tamadun Islam (TTI). Lawatan tersebut adalah untuk mempelajari serta melihat keungulan seni warisan dan senibina islam yang tersohor dari pelusuk dunia. Taman tersebut juga dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia.

Monday, October 25, 2010

Lambaian Ka'abah



Puan Roszaini dan Puan Suryati akan menjadi tetamu Allah di Makkah al-Mukarramah mulai 26 Oktober ini. Kami, warga SK Tg Bariah mendoakan kesejahteraan mereka berdua dan dipermudahkan segala urusan..amiinn..
"Ya Allah, jadikanlah haji sahabat ku ini haji mabrur, sa'i yang diterima, dosa yang diampuni dan amal soleh yang dikabulkan dan perdagangan yang tidak akan mengalami rugi selamanya".



Semua guru dan kakitangan sekolah turut mengadakan majlis Solat Zohor & Solat Hajat Berjemaah , Tahlil dan Doa Selamat di Surau Al-Nur pada hari khamis 21 Oktober 2010. Turut diadakan majlis jamuan di kantin sekolah.

Wednesday, October 20, 2010

Ceramah Tahun 6


Pegawai NCR(Nikah, Cerai dan Rujuk) dari Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu iaitu Tuan Haji Ustaz Mohd bin Deraman telah memberi ceramah kepada pelajar tahun 6. Ceramah bertajuk "Betulkan Solat Anda" bermula jam 9 hingga 11 pagi pada hari isnin 18 Oktober 2010 manakala pada 19 Oktober 2010 jam 11 hingga 1.10 tengah hari, penceramah dari Sekolah Kebangsaan Tok Nasek Kuala Terengganu yang merupakan Guru Penolong Kanan 1 iaitu Puan Ain bt Md Son meyampaikan ceramah bertajuk "Di Ambang Remaja" kepada pelajar tahun 6.

Thursday, October 14, 2010

Jasamu Dikenang...Budimu Disanjung



Pengalaman bersama Tuan Pengarah dalam menjayakan dua acara besar Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu antara kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh Pasukan Kalam Jamaie SK Tengku Bariah. Pahit manis kenangan akan menjadi sejarah abadi buat kami.

Terima Kasih Tuan!!
Selamat Bersara

Tuesday, October 12, 2010

Lawatan Ke Kuala Lumpur & Melaka 2010



Wakil-wakil Negeri Terengganu dalam Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia tahun 2010 peringkat kebangsaan yang diadakan di Terengganu baru-baru serta Kumpulan Kalam Jamaie Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah telah menyertai lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Melaka pada 6 hingga 9 Oktober 2010.

Lawatan ini melibatkan 17 guru serta pegawai pengiring dan 64 pelajar dari Daerah Besut,Setiu,Hulu Terengganu,Marang,Dungun,Kemaman dan Kuala Terengganu.

Antara tempat - tempat yang dilawati ialah Sekolah Cemerlang J -QAF- Sekolah Kebangsaan Sri Bintang Utara, Aquaria(KLCC), Putrajaya, Bandar Hilir, tempat bersejarah dan Zoo Melaka di Air Keroh.

Tuesday, October 5, 2010

Majlis Khatam Al-Quran

Pada 3 Ocktober 2010 telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran di Dataran Ilmu SKTB. Majlis ini dirasmi oleh Penolong Pengarah Operasi J-QAF Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu iaitu En. Wan Mohd Fauzi bin Wan Mahmood.


Acara Khatam Al-Quran diketuai oleh Ustaz Wan Badrul Hisyam. Acara ini juga turut diserikan dengan kedatangan ibu bapa. Pengagihan bunga telur kepada semua murid turut diadakan manakala sijil & hadiah saguhati turut diterima oleh murid yang Khatam Al-Quran.

Sabda Rasulullah s.a.w "Sesiapa yang mempunyai anak yang membaca Al-Quran dan mengkhatamkannya, nescaya Allah akan memakaikan kedua ibu bapanya dengan tanjak di akhirat nanti".

Thursday, September 2, 2010

Amiinn...



Diketuai oleh Ustaz Wan Baderul Hisyam..alhamdulillah Majlis Khatam Quran sempena penutup Ihya' Ramadhan berjalan lancar dan sempurna dengan izin-Nya. Semoga kita masih lagi menjadi tetamu Ramadhan yang penuh keberkatan ini pada tahun hadapan..amiinn....

Tuesday, August 31, 2010

Monday, August 30, 2010

Motivasi Pelajar Tahun 6


Pegawai PPD turun padang memberi motivasi dalam memastikan Terengganu kekal cemerlang UPSR kali ke 10 berturut-turut. En Rozaid memberi kata-kata semangat kepada murid-murid tahun 6 SKTB yang akan menduduki UPSR yang hanya tingal beberapa hari saja lagi.


Semoga dengan semangat dan nasihat yang disalurkan membuka minda juang kepada mereka agar melakukan yang terbaik semasa peperiksaan nanti.

Thursday, August 19, 2010

Kehilangan



Hari ini, 19 Ogos 2010, tepat jam 12.40 tengahari tadi, SK Tengku Bariah telah kehilangan seorang guru yang sangat komited pada tugasnya walaupun dalam keadaan yang kurang sihat. Cikgu Noor Hisham bin Mohd telah kembali ke rahmatullah kerana BRAIN DEATH akibat pembuluh darah di kepala yang pecah disebabkan tekanan darah tinggi semasa menjalani dialisis dua hari lepas.

Semoga roh arwah dirahmati dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman...
amiinn....

mati itu pasti dan hidup itu insyaAllah

Monday, August 16, 2010

Ramadhan di SK Tengku Bariah



Sepanjang bulan Ramadhan, 15 minit pertama bermula 7.40 pagi akan digunakan untuk bertadarus. Setiap kelas telah diberikan surah-surah tertentu untuk dibaca sepanjang program sebulan ini. Guru-guru waktu pertama setiap hari dan murid-murid turus yang telah khatam al-Quran diberi tugas mengawasi bacaan kelas-kelas yang berkaitan.

Friday, August 13, 2010

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Kami diundang lagi....wah! macam artis saja bunyinya.
Pasukan Kalam Jamaie/Choralsical SK Tengku Bariah telah terpilih untuk membuat satu-satunya persembahan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Warga JPNT 2010. Majlis ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam pada 10 Ogos baru-baru ini. Bertuah rasanya menjadi guru pengiring kerana dapat masuk ke dewan yang serba indah itu.









Sewaktu sampai dewan masih lagi dalam penyelenggaraan terutama pentas. Difahamkan sehari sebelumnya, dewan itu digunakan oleh pihak Telekom untuk seminar mereka. Kami harus menunggu hingga segalanya selesai.












SK TENGKU BARIAH BOLEH!!!!!!!!

Sunday, June 6, 2010

Monday, May 24, 2010

Kem Perkasa Sains

Kem ini diadakan pada 22 Mei 2010 bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang melibatkan semua murid tahun 6. Seramai 4 orang guru pakar jemputan telah hadir untuk memberikan tips-tips dan teknik menjawab kertas soalan sains UPSR dengan betul.

Sunday, May 23, 2010

Menjulang Kecemerlangan


23 - 27 Mei merupakan tarikh peperiksaan pertengahan tahun. Pada semua cikgu ucapkan.... BUATLAH YANG TERBAIK!!!

Saturday, May 22, 2010

Lawatan Bermaklumat ke Australia

























Puan Sabariah bt Ismail telah terpilih mewakili Guru Besar untuk lawatan bermaklumat ke Australia anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pada 8 hingga 15 mei 2010.


Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka