Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Thursday, April 28, 2016

Kem Kecemerlangan UPSR Tahun 2016 yang bertemakan "Ilmu dan Jati Diri Kunci Kecemerlangan Insan"

Kem Kecemerlangan UPSR yang bertemakan "Ilmu dan Jati Diri Kunci Kecemerlangan Insan" diadakan pada 21-23 April 2016 di Anggulia Beach House Resort, Marang. Semoga calon-calon UPSR SKTB lebih bersemangat menjelang UPSR yang akan diadakan pada bulan September nanti.



Wednesday, April 13, 2016

Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Dan Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 2016

Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya diadakan pada 9 April 2016 di Sudut Seri Bariah. Kem ini bertujuan memantapkan ketokohan kepimpinan di kalangan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya. Program ini telah berjalan dengan jayanya.


Senamrobik SKTB Bersama Milo 2016

Aktiviti Senamrobik SKTB bersama milo telah berjaya diadakan di dataran perhimpunan pada 6 April 2016. Aktiviti ini disertai oleh semua murid , guru dan kakitangan sekolah. Selepas selesai aktiviti semua murid, guru dan kakitangan sekolah diberi minum secara percuma.


Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Dan Bulan Bahasa Melayu

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia dan Bulan Bahasa Melayu diadakan pada 4 April 2016(Isnin) jam 10.00 pagi . Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Tengku Bariah iaitu Puan Hajah Rajmi Bt Omar. Kem Membaca 1 Malaysia diadakan kolaboratif bersama dengan program Bulan Bahasa Melayu. Semua murid dan guru membaca selama 10 minit di dataran perhimpunan. Program ini bagi menanam minat membaca di kalangan warga malaysia.


Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka