Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Sunday, February 12, 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

"PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH"


Perarakan warga sktb

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 12 Februari 2011 bertempat di Dataran Ilmu Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah.Perarakan diketuai oleh Ustaz Abdullah Muda.semua murid dan guru berarak beramai-ramai melalui jalan kampung bersebalahan.Perarakan diiringi oleh alunan selawat kepada Baginda Nabi SAW.

Antara program yang diadakan ialah pembarisan,ceramah,pertandingan Khat Cantik, pertandingan bercerita dan sajak

Kejohanan Merentas Desa


11 Februari 2012 SK Tengku Bariah telah mengadakan kejohanan merentas desa.Acara bermula pada jam 8.00 pagi di padang SKTB dengan penglibatan semua murid Tahap 2. Acara dengan trek yang sepanjang kira-kira 4.2 km. Semua murid akan berlari bermula di padang bola yang terletak di hadapan sekolah dan di situ juga merupakan penamatnya. Hadiah diberikan kepada 30 orang pelari utama.Sementara itu, di kelas-kelas Tahap 1, pertandingan mewarna telah berlangsung bagi menggantikan acara larian untuk murid-murid yang berkenaan.


Thursday, February 9, 2012

Majlis Persaraan GPK Hal Ehwal Murid

Majlis persaraan GPK Hal Ehwal Murid iaitu Puan Nor Ainee bt. Ngah pada 7 Februari 2012 selasa bertempat di Dataran Ilmu SKTB.Turut hadir YDP PIBG iaitu En.Mohd Khailani b. Ismail.Majlis bermula jam 10.00 pagi dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdullah Muda.Majlis diserikan lagi dengan memotong pulut kuning, penyampaian cenderamata tahun 1 hingga 6 kepada GPK,besalaman bersama murid dan sesi bergambar.akhir majlis GPK di arak menaiki beca sebelum berangkat ke kediaman.


Sesi bergambar dan penyampaian cenderamata


Perarakan GPK menaiki beca oleh warga SKTB sebelum berangkat ke kediaman


Majlis jamuan di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu

Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka