Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Sunday, January 27, 2013

Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun 2013



Pada 21 Januari 2013 SK Tengku Bariah telah mengadakan Majlis Pembahagian Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun 2013. Majlis itu dirasmikan oleh YBhg Dato’ Wan Hisham b. Dato’ Wan Salleh iaitu Penyelaras Dun Ladang yang berlangsung di Dataran Seri Bariah pada pukul 10.00 pagi. Turut hadir Tuan Haji Wan Zid b Wan Ismail Penyelia HEM Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.Di dalam majlis itu Puan Guru Besar iaitu Puan Hjh Azma bt Senun menyerahkan replika cek sebanyak RM51,600 kepada YBhg Dato’ Wan Hisham b. Dato’ Wan Salleh. Selepas itu, guru kelas membahagikan bantuan itu di kelas masing-masing kepada murid-murid sambil ditemani oleh ibu bapa masing-masing.

Monday, January 14, 2013

Majlis Pelantikan Pegawas Sekolah 2013

Pelantikan pengawas sekolah 2013

Pada hari Ahad,13 Januari 2013 telah berlangsung Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah bagi sesi persekolohan 2013. Upacara yang berlangsung di Dataran Sri Bariah telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar , Puan Hajah Azma binti Senun. Seramai 58 orang pengawas sekolah yang dilantik telah menerima watikah pelantikan daripada Tuan Guru Besar. Dalam majlis tersebut, para pengawas telah melafazkan Ikrar Pengawas yang diketuai oleh Imran bin Sulaiman Selaku Ketua Pengawas Lelaki. Diharapkan dengan pelantikan ini, para pengawas dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab dalam meningkatkan mutu disiplin sekolah.

Sunday, January 13, 2013

Program i-THINK

Program i-THINK
SKTB telah terpilih sebagai sekolah Rintis Program i-THINK Fasa 2 bagi peluasan Tahun 2013. Sehubungan dengan itu semua guru SKTB telah menjalani kursus I-THINK pada 16 hingga 18 Disember 2012 bertempat di Makmal Komputer. Seramai 45 orang guru hadir dan memberikan "feedback" yang positif sepanjang 3 hari kursus dijalankan. Kesemua lapan peta pemikiran serta latihan kemahiran berfikir aras tinggi dapat diaplikasikan dengan baik oleh semua guru.

Minggu Peta Bulatan (6 - 10 Januari 2013)
Sepanjang minggu ke -2 persekolahan, kursus pendedahan Peta Pemikiran akan mula diperkenalkan.Untuk murid Tahap 1, Peta Bulatan diperkenalkan pada hari Ahad jam 8.10 hingga 9.40 pagi manakala bagi murid tahap 2, peta bulatan diperkenalkan pada hari selasa jam 2 hingga 4 petang. Selain itu, guru-guru matapelajaran akan turut mengajar menggunakan peta bulatan sepanjang minggu ini.

Thursday, January 3, 2013

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2013





Program Minggu Transisi Tahun 1 2013

Program Minggu Transisi Tahun 1 2013 pada 30 Disember 2012 di bilik SSB SK Tengku Bariah.

Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka