Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Wednesday, April 14, 2010

Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah


Program Nilam diadakan atas rasional mewujudkan budaya suka membaca dikalangan murid-murid sekolah. Atas kesedaran inilah, SKTB melancarkan Program Nilam Peringkat Sekolah yang dirasmikan oleh Guru Besar SKTB semasa perhimpunan pagi Ahad. Majlis dimulakan dengan sesi bercerita oleh adik Nurina Imani, diikuti dengan majlis pelancaran program Nilam oleh En Badaudin bin Ismail.

Tuesday, April 6, 2010

Kejohanan Olahraga MSSMKTS















Kejohanan olahraga MSSMKTS ke 41 telah diadakan pada 22-25 Mac 2010 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman baru-baru ini. Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah telah menghantar seramai 11 orang peserta untuk mewakili sekolah dalam acara-acara yang dipertandingkan. Adik Ahmad Nur Aiman bin Jailani telah terpilih sebagai olahragawan lelaki terbaik bawah 12 tahun kerana telah menjadi johan dalam acara 200 meter dan lompat jauh. Penyampaian pingat telah disempurnakan oleh Guru Besar SKTB, En Badaudin Ismail semasa majlis perhimpunan sekolah. Sehubungan dengan itu Adik Ahmad Nur Aiman dan Adik Rosniza binti Rosli telah terpilih untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah.

Monday, April 5, 2010

Pertandingan Bola Jaring















P
ada 28 Mac 2010 SKTB telah mengambil bahagian didalam Pertandingan Bola Jaring yang bertempat di SMK Cendering. SKTB ditempatkan didalam kumpulan F bersama-sama dengan SK Kubang Ikan, SK Pusat Chabang Tiga dan SK Serada. Seramai 10 orang yang mengambil bahagian di dalam pertandinagn tersebut, 7 orang pemain dan 3 simpanan. 9 orang merupakan murid dari tahun 6 dan seorang dari tahun 5.

Tepat jam 3.00 petang, bermulanya perlawanan bola jaring diantara SKTB dengan SK Kubang Ikan dengan memperolehi mata 5-2 dimana kemenangan berpihak kepada SKTB. Untuk perlawanan kedua pula, bermula pada pukul 3.25 petang perlawanan dengan SK Serada. Perlawanan ini sekali lagi berpihak kepada SKTB. SKTB telah membelasah SK Serada dengan mata 12-3. Selepas itu, perlawanan akhir diantara SKTB dengan SK Pusat Chabang Tiga pada pukul 5.00 petang dengan mata seri 6-6. Akhirnya, SKTB menjadi juara bagi kumpulan F.

Pada 30 Mac 2010 pada pukul 4.00 petang, perlawanan diantara SKTB dengan SK Seri Budiman 2. Permainan kali ini agak sengit kerana saingat kuat dari pihak lawan. Pada mulanya 2 pemain sakit dan terpaksa menukar posisi diantara satu sama lain. SKTB ketinggalan mata pada minit pertama tetapi mereka bangkit pada minit kedua namun tidak sempat menyamai lawan.Akhirnya SKTB tewas ditangan SK Seri Budiman 2 dengan mata 8-5.

Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka