Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Monday, April 5, 2010

Pertandingan Bola Jaring















P
ada 28 Mac 2010 SKTB telah mengambil bahagian didalam Pertandingan Bola Jaring yang bertempat di SMK Cendering. SKTB ditempatkan didalam kumpulan F bersama-sama dengan SK Kubang Ikan, SK Pusat Chabang Tiga dan SK Serada. Seramai 10 orang yang mengambil bahagian di dalam pertandinagn tersebut, 7 orang pemain dan 3 simpanan. 9 orang merupakan murid dari tahun 6 dan seorang dari tahun 5.

Tepat jam 3.00 petang, bermulanya perlawanan bola jaring diantara SKTB dengan SK Kubang Ikan dengan memperolehi mata 5-2 dimana kemenangan berpihak kepada SKTB. Untuk perlawanan kedua pula, bermula pada pukul 3.25 petang perlawanan dengan SK Serada. Perlawanan ini sekali lagi berpihak kepada SKTB. SKTB telah membelasah SK Serada dengan mata 12-3. Selepas itu, perlawanan akhir diantara SKTB dengan SK Pusat Chabang Tiga pada pukul 5.00 petang dengan mata seri 6-6. Akhirnya, SKTB menjadi juara bagi kumpulan F.

Pada 30 Mac 2010 pada pukul 4.00 petang, perlawanan diantara SKTB dengan SK Seri Budiman 2. Permainan kali ini agak sengit kerana saingat kuat dari pihak lawan. Pada mulanya 2 pemain sakit dan terpaksa menukar posisi diantara satu sama lain. SKTB ketinggalan mata pada minit pertama tetapi mereka bangkit pada minit kedua namun tidak sempat menyamai lawan.Akhirnya SKTB tewas ditangan SK Seri Budiman 2 dengan mata 8-5.

0 comments:

Post a Comment


Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka