Kejohanan Olahraga MSSMKTS


Kejohanan olahraga MSSMKTS ke 41 telah diadakan pada 22-25 Mac 2010 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman baru-baru ini. Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah telah menghantar seramai 11 orang peserta untuk mewakili sekolah dalam acara-acara yang dipertandingkan. Adik Ahmad Nur Aiman bin Jailani telah terpilih sebagai olahragawan lelaki terbaik bawah 12 tahun kerana telah menjadi johan dalam acara 200 meter dan lompat jauh. Penyampaian pingat telah disempurnakan oleh Guru Besar SKTB, En Badaudin Ismail semasa majlis perhimpunan sekolah. Sehubungan dengan itu Adik Ahmad Nur Aiman dan Adik Rosniza binti Rosli telah terpilih untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah.
Penafian:
Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------
Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com
0 comments:
Post a Comment