Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Tuesday, June 28, 2016

Majlis Khatam Al Quran

Majlis Khatam Al Quran diketuai oleh Abdullah bin Muda yang diadakan pada bulan Ramadhan yang mulia dan suci. Acara khatam diadakan pada 27 Jun 2016 bertempat di Surau An Nur jam 7.40 pagi. Semua guru dan kakitangan sekolah terlibat dalam majlis tersebut. Program ini dilaksanakan agar dapat menyingkap rahsia kebesaran dan keagungan Kitab Al Quran yang Qadim ini. Di samping itu juga, ia memberi peluang untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah Taala.


Monday, June 20, 2016

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Dan Fakir Miskin

Majlis berbuka puasa diadakan di Restoran Matahari Berhampiran Giant, Kuala Terengganu pada hari Khamis 16 Jun 2016.

Program Cakna Cemerlang Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016

Program Cakna Cemerlang Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016 diadakan pada hari Khamis  16 Jun 2016 jam 11.30 pagi hingga 1.00 tengahari. Program ini bertempat di Bilik Mesyuarat bagi tahun 6 dan 1 hingga 5 di kelas masing-masing. Program ini dapat menyuntik semangat ke arah kejayaan dan kecemerlangan.


Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka