Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Monday, April 23, 2012

Guru Penyayang


Perasmian oleh Encik Azhar

Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang diadakan pada Ahad 22 April 2012 jam 7.00pagi bertempat di SKTB.Majlis di rasmi oleh Encik Azhar b Abu Bakar Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu..


Pentadbir dan guru menyambut murid di pintu pagar sekolah

Tugas Pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi merangkumi pendidik akhlak kepada anak muri. Mengajar dalam apa bidang sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada usaha pendidikan.
Dalam zaman serba modem serta mencabar, kerjaya guru juga semakin mencabar.
Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai itu tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sabar itu memberkati usaha gigihnya mendidik. Selain itu, guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran akan dapat dilaksanakan dengan fikiran tenang.

Thursday, April 12, 2012

PROGRAM PIT STOP KEMPEN TAK NAK MEROKOK SEKOLAH RENDAH 2012



Program Pit Stop Kempen Tak Nak Merokok Sekolah Rendah 2012 telah diadakan pada 9 April 2012 di SKTB jam 8.00pagi hingga 1.00 tengahari.Program ini anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu bertujuan mengetahui tentang bahayanye merokok.

Sunday, April 1, 2012

Program Jaya Waris



Program Jaya Waris anjuran PIBG SK Tengku Bariah dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu diadakan pada 31 Mac 2012 jam 9.oo pagi bertempat di Dataran Bariah,SK Tengku Bariah.Majlis ini dirasmikan oleh Y.Bhg Tuan Haji Che Soh bin Muda Ketua Penolong Pengarah, Unit Bahasa Melayu,Sektor Pengurusan Akademik, JPNT.Ceramah motivasi ibu bapa telah disampaikan oleh Ustaz Kamalrudin bin Omar, Pegawai Khas Agama, Pejabat Menteri Besar.

Kecemerlangan seseorang pelajar terletak kepada kerjasama erat antara guru-guru dan ibu bapa. Pelajar yang berjaya diukur daripada pencapaian peperiksaannya tetapi sahsiah seorang pelajar tidak diukur dengan peperiksaan. Jesteru itu suatu program perlu diadakan bagi merealisasikan hasrat di atas.
Kesejahteraan pelajar dalam bidang akademik dan sahsiah memerlukan komitmen semua pihak termasuk ibu bapa,guru-guru,murid-murid dan pelbagai "stakeholder" lain seperti Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan..
Dengan komitmen ini akan dapat melestarikan pendidikan terbilang dikalangan murid-murid sekolah pada amnya..

Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka