Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Tuesday, November 23, 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010



Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010 telah diadakan pada 15 November 2010 bertempat di Dataran Ilmu SKTB yang dirasmikan oleh Pegawai Ko-Akademik Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu iaitu Tuan Haji Othman B Sidek. Tuan Haji Abdul Rahman iaitu Yang Dipertuai PIBG sekolah turut hadir memeriahkan lagi majlis tersebut. Antara anugerah yang disampaikan ialah Program Intervensi, Program Nilam, Kecemerlangan Akedemik Tahun 1,2,3,4,5 dan 6,Tokoh Akademik,Tokoh Kokurikulum dan 5A UPSR 2010.

Kata Aluan Guru Besar
Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana sekali lagi SKTB berjaya mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan tahun 2010. Terima kasih kepada semua guru dan AJK PIBG SKTB kerana memberi sumbangan tenaga dan kewangan bagi menjayakan majlis ini.
Hari Anugerah Kecemerlangan merupakan acara tahunan SKTB bagi mengiktiraf dan meraikan kejayaan murid-murid diperingkat sekolah dan peperiksaan UPSR. Kecemerlanagn sesungguhnya memerlukan pengorbanan semua pihak sama ada murid-murid, ibubapa dan guru-guru. Marilah kita meneruskan usaha murni bagi mempertingkatkan kejayaan anak bangsa kita.

Keputusan UPSR 2010


Taniah.....5A

Pada 11 November 2010 keputusan UPSR telah diumumkan.Seramai 23 dari 115 pelajar tahun 6 SK Tengku Bariah telah mendapat 5A tahun 2010. Manakala 4A 1B seramai 21 orang.Slip keputusan peperiksaan telah disampaikan oleh Guru Besar iaitu Encik Badaudin B Ismail di Surau An-Nur pada jam 11.30 pagi.


Wednesday, November 10, 2010

Pelajar Tahun 6



Semua pelajar tahun 6 SKTB telah mengadakan aktiviti memasak pada 4 November 2010 bertempat di hadapan surau An-Nur.Aktiviti memasak bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari. Guru juga turut memberi tunjuk ajar kepada pelajar bagaimana cara menyalakan api menggunakan kayu atau ranting pokok serta teknik memasak yang betul.

Selain itu aktiviti gotong royong turut diadakan di kawasan sekolah.Aktiviti bermula jam 10.30pagi melibatkan 300 orang murid dan 40 orang guru serta kakitangan sekolah. Aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran mengenai kes demam denggi yang semakin meningkat. Selain itu Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu juga turut membuat pemantauan ke sekolah.

Tuesday, November 9, 2010

Majlis Perjumpaan Y.A.B Menteri Besar Terengganu



30 Oktober 2010 Majlis Perjumpaan Y.A.B. Menteri Besar Terengganu Bersama Guru-Guru Sekolah Daerah Kuala Terengganu Selatan telah berlangsung di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man. Bermula seawal jam 12.30 tengahari, guru-guru sekolah di Daerah Kuala Terengganu Selatan mula membanjiri Dewan Konvensyen dan menunggu kehadiran YAB Menteri Besar Terengganu. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Pengarah Pelajaran Terengganu yang baru, En.Razali B Daud.

Selepas ucapan dari YAB MB, majlis diteruskan dengan majlis penyampaian cenderamata berbentuk pendrive kepada semua guru di Daerah Kuala Terengganu Selatan. Seramai 3568 guru dari 19 buah sekolah menengah dan 40 buah sekolah rendah disenaraikan sebagai penerima cenderamata tersebut.

Turut hadir sama, YB Tn. Hj Ahmad Raziff B Abd Rahman, Exco Pelajaran Negeri Terengganu.


Lawatan Ke Langkawi



Seramai 64 murid tahun 6 dan 10 orang guru SKTB telah mengadakan lawatan ke Langkawi selama 3 hari 2 malam bermula 25 hingga 28 Oktober 2010. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Galeria Perdana, Pekan Kuah, Underwater World, Kampung Buku, Kilang Gamat, Makam Mahsuri, Dataran Helang dan Shopping Complex Terminal Feri Kuah.Lawatan tersebut diketuai oleh Cikgu Wan Mohd Shukri (Cikgu Wee).


Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka