Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Wednesday, March 13, 2013

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24

Pada 9 Mac 2013,  Yang Berbahagia Datuk Haji Mohd Sabri b. Alwi telah berjaya menyempurnakan Mesyuarat Agung PIBG SK Tengku Bariah kali ke-24 dengan meriah dan jayanya.
 

Sambutan kali ini sangat memberangsangkan dengan kehadiran ibu bapa/penjaga yang lebih ramai daripada kebiasaannya. Semoga penglibatan cemerlang ibu bapa / penjaga kali ini, diteruskan pada masa akan datang.




100 hadiah untuk cabutan bertuah menjadi penyeri acara tahunan ini.

Hadiah Utama menjadi milik ibu jelita ini


Thursday, March 7, 2013

Bersama Kita Memeriahkan...

 

Mesyuarat Agung PIBG SKTB kali ke24 pada 9 Mac (Sabtu). Dijemput ibu bapa/penjaga hadir beramai-ramai ke SKTB Sabtu ini. Sebanyak 100 cabutan bertuah menanti anda dengan hadiah utamanya adalah berupa sebuah TELEVISION.



Sunday, March 3, 2013

Seminar Jari Sifir



SK Tengku Bariah dengan kerjasama EQ-Maths Consultant telah mengadakan seminar menggunakan kaedah jari sifir. Kaedah ini amat bersesuaian untuk murid-murid di peringkat sekolah rendah terutama murid-murid tahun 2, 3, 4, 5, dan khususnya tahun 6 yang akan menduduki UPSR di hujung tahun nanti.
Pendedahan ini diharapkan dapat membantu masalah sukar menghafal sifir dengan formula baru yang diterjemahkan melalui penggunaan jari. Ia juga bertujuan mempertingkatkan lagi kecemerlangan murid-murid dalam menguasai sifir tanpa hafalan



Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka