Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Thursday, August 25, 2011

Majlis Khatam Quran



Alhamdulillah Majlis Khatam Quran sempena penutup Ihya' Ramadhan berjalan lancar dan sempurna dengan izin-Nya di Surau An-Nur Sek.Keb.Tengku Bariah pada 25 Ogos 2011 jam 9.40 pagi.. Semoga kita masih lagi menjadi tetamu Ramadhan yang penuh keberkatan ini pada tahun hadapan..amiinn..

Wednesday, August 10, 2011

Majlis Berbuka Puasa Untuk Meraikan Anak Yatim Peringkat Sekolah 2011


Majlis Berbuka Puasa Untuk Meraikan Anak Yatim Peringkat Sekolah 2011 telah diadakan pada Khamis 11 Ogos 2011 di Terengganu Equestrian Resort(TER) Kuala Ibai,Kuala Terengganu.Majlis bermula jam 6.40petang hingga 8.00 malam.Turut hadir Tuan Haji Rosli b. Abdullah serta keluarga.Sumbangan disampaikan oleh Penolong Kanan 1 mewakili pihak sekolah, Ustazah Sakinah bt. Ismail mewakili Tuan Haji Rosli dan cikgu Wan Mohd Shukri.

Pelaksanaan Tadarus Al-Quran Tahun 6 2011

Pelajar Tahun 6


Bacaan bermula pada 1 Ramadhan hingga 24 Ramadhan 1432H.

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan Al Mubarak

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri

sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam


Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka