Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Sunday, November 26, 2017

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2017

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2017 diadakan pada 21 November 2017 di Dewan Seri Bariah SK Tengku Bariah. Majlis bermula jam 10.00 pagi. Majlis dirasmikan oleh Datuk Haji Mohd Sabri bin Alwi, Pegawai Penyelaras DUN Ladang merangkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu.


Sunday, October 15, 2017

Kejohanan Sukan Tahunan SK Tengku Bariah 2017

10 Oktober 2017 Kejohanan Sukan Tahunan SK Tengku Bariah berlangsung dengan meriahnya. Temasya kejohanan sukan bermula jam 8.00 pagi di Padang Sk Tengku Bariah. Sukan Tahunan ini telah di rasmi oleh Tuan Guru Besar Hajah Rajmi binti Omar. Turut hadir YDP PIBG SK Tengku Bariah Encik Muahamad Pisol bin Ahmad. Temasya ini berakhir dengan penyampaian hadiah jam 12.00 tengah hari.



Tuesday, September 5, 2017

Majlis restu Ilmu Murid Tahun 6

Pada 24 Ogos 2017, bertempat di Dewan Nadwah SASTER telah berlangsung Majlis Restu Ilmu.
Majlis ini bertujuan agar murid murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR diberi           dalam usaha menimba ilmu pengetahuan.
Acara bermula dengan ucapan wakil bekas murid SKTB, Naib YDP PIBG, Penolong Kanan Pentadbiran SKTB dan ucapan wakil PPD. Seterusnya murid diminta bersalaman dengan ibu bapa, murid dengan guru dan akhir sekali ibu bapa dengan guru. Diharapkan dengan aktiviti ini diberi satu motivasi kepada murid murid untuk meneruskan kecemerlangan ini.

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah

Sambutan Sempena Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah diadakan pada 23 Ogos 2017 bertempat di Tapak Perhimpunan Sekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Puan Hajah Rajmi bt Omar, kemudian diikuti dengan beberapa aktiviti yang menarik seperti nyayian lagu-lagu patriotisme secara beramai-ramai sambil mengibarkan bendera Malaysia seterusnya acara pertandingan persembahan murid, pakaian beragam dan basikal berhias.
Diharapkan aktiviti ini dapat menanamkan semangat patriotisme di kalangan warga sekolah.

Monday, August 14, 2017

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2017

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah dilaksanakan dengan jayanya pada 13 Ogos 2017 di tapak perhimpunan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Puan Hajah Rajmi bt Omar. Nyanyian lagu patriotisme turut dipersembahankan mengiringi majlis tersebut sambil murid-murid mengibarkan Jalur Gemilang.


Kem Gempur Cemerlang UPSR Tahun 2017

Kem Gempur Cemerlang UPSR telah diadakan di Dewan Anjung Cakna Komuniti Paya Bunga Square pada 2 hingga 3 Ogos 2017. Program ini bertujuan untuk memantapkan persediaan murid-
murid untuk menghadapi UPSR nanti. Pelbagai teknik menjawab soalan diberikan pendedahan oleh penceramah-penceramah berpengalaman yang dijemput. Program 2 hari ini telah berjaya mencapai sasaran.


Tuesday, July 11, 2017

Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Tengku Bariah

Warga SKTB telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hari Khamis 6 Julai 2017.Majlis yang diadakan telah disambut dengan meriah dengan guru-guru dan murid-murid memakai pakaian raya masing-masing.Turut hadir Tuan Haji Ahmad Roslim b Ja'afar Imam Masjid Tengku Tengah Zaharah,Encik Muhamad Pisol b Ahmad YDP PIBG SKTB dan Tuan Haji Hasnan b Ilyas Mantan YDP PIBG SKTB.Guru, murid dan tetamu disajikan dengan pelbagai juadah raya yang begitu enak dan menyelerakan. Majlis juga diserikan dengan persembahan nyayian oleh guru-guru dan murid-murid.



Monday, July 10, 2017

Majlis Temu Murni Tahun 1 hingga 6

Majlis Temu Murni Tahun 1 hingga 6 diadakan pada 5 Julai 2017(Rabu) jam 9.30 bertempat di Dewan Seri Bariah SK Tengku Bariah Kuala Terengganu. Majlis ini bertujuan menyuntik semangat ke arah kejayaan dan kecemerlangan anak anak.

Tuesday, May 23, 2017

Program Citra Cemerlang Tahun 2017

Unit Bimbingan Kauseling dengan kerjasama pasukan UPSR dan PIBG sekolah telah berjaya menganjurkan Program Kem Citra Cemerlang pada 20 Mei 2017 bertempat di Dewan Auditorium JKKN Terengganu. Peserta dalam program ini terdiri daripada ibubapa dan murid-murid Tahun 5 dan 6. Semua guru SKTB turut terlibat sama.
YB Dato' Hj. Mohd Zubir b. Embong DPMT,PJK YDP Dewan Undangan Negeri Terengganu telah sudi merasmikan program tersebut. Program pada hari ini juga turut diisi dengan slot ceramah motivasi yang dijayakan oleh En. Mohd Hilmi b. Hj Sidek GPK Kokurikulum SK Padang Setebu Hulu Terengganu.

Sambutan Hari Guru 2017

Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah pada 16 Mei 2017
"Guru Pembina Negara Bangsa"



Lawatan Bermaklumat Murid Tahun 6

Program Lawatan Bermaklumat murid tahun 6 ke SM Sains Dungun telah dijayakan oleh AJK Pasukan UPSR bersama Unit Kaunseling sekolah pada 18 April 2017 (Rabu). Objektif program adalah untuk memberi motivasi kepada murid-murid agar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR nanti.

Program Perarakan Unit Beruniform

Program perarakan Unit Beruniform pada tahun ini diadakan secara kolaborasi bersama dengan SM Sains Kuala Terengganu pada 17.4.2017 (Selasa) bermula jam 3.00 hingga 4.30 petang. Perarakan bermula dari SKTB dengan semua unit membawa bendera unit masing-masing dan berakhir di SM Sains Kuala Terenggau. Semua unit beruniform mengambil bahagian.


Wednesday, April 19, 2017

Perkhemahan Unit Beruniform 2017

      Aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah telah sempurna dilaksanakan pada 13 hingga 15 April 2017 bertempat di tapak Surau An-Nur SKTB. 5 pasukan unit beruniform iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah(TKRS), Pergerakan Puteri Islam Malaysia(PPIM), Tunas Puteri, Pengakap dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) telah menyertai aktiviti ini dengan jayanya.
      Aktiviti perkhemahan ini banyak menguji ketahanan mental, fizikal dan rohani peserta dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan mencabar. Pasukan Kadet tentera daripada SMK Seri Budiman turut membuat persembahan kawad kaki. Koperal Mazlan bin Ahmad dari Balai Polis Kuala Terengganu telah menyempurnakan perasmian acara penutup perkhemahan Unit Beruniform pada tahun ini.

]


Monday, April 10, 2017

Siri Jelajah Perut Sihat Yeo's Yeourt Bersama Sinar Harian

SKTB telah terpilih dalam Program Siri Jelajah Perut Sihat Yeo's Yogurt Bersama Sinar Harian. Program itu telah dilaksanakan pada 6 April 2017(Khamis) bertempat di Dataran  Perhimpunan Sekolah.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya, agihan akhbar Sinar Harian secara percuma, minuman Yeo's Yogurt percuma, Ceramah Kesihatan, kuiz spontan dan Program Saya Sihat Bersama Yeo's.Pihak sekolah sangat berbesar hati menerima kunjungan skuad Jelajah Perut Sihat Yeo's Yogurt bersama Akhbar Sinar Harian.

                       

Sunday, March 12, 2017

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 28 & Bantuan Awal Persekolahan SK Tengku Bariah

Mesyuarat Agung PIBG dan Bantuan Awal Persekolahan diadakan pada 11 Mac 2017 di Dewan Seri Bariah jam 8.30 pagi. Mesyuarat Agung PIBG telah dirasmi oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Mohd Sabri bin Alwi Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu. Turut hadir Tuan Haji Hasnan bin Ilias Yang Dipertua PIBG.

Thursday, March 2, 2017

Majlis Persaraan

Tanggal 26 Februari 2017 satu lagi sejarah terpahat di SKTB. Seorang guru SKTB telah menamatkan perkhidmatannya secara rasmi. Sambutan Majlis Persaraan kali ini turut diiringi dengan hujan seolah-olah turut mengerti situasi pada hari ini. Namun kemeriahan Majlis masih dirasai..


Majlis Permuafakatan Ibu Bapa & Penjaga Murid Tahun 6 Dan Jawatankuasa UPSR

Legasi kecemerlangan UPSR diteruskan dengan Majlis Permuafakatan Ibu Bapa & Penjaga Murid Tahun 6 pada 22 Februari 2017 di Dewan Seri Bariah jam 9.00 pagi. Dalam perjumpaan ini pelbagai rancangan di rancang untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR nanti.



Sunday, February 12, 2017

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar pada tahun ini telah di sempurnakan pada 12 Februari 2017 (Ahad) di Dewan Seri Bariah. Watikah Pelantikan telah disampaikan oleh Inspektor Salwa Asyikin binti Senin (IPDKT). Dengan ini murid-murid telah diiktiraf sebagai pemimpin di sekolah dengan rasminya.


Tuesday, February 7, 2017

Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang Tahun 2017

Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang Tahun 2017 diadakan pada 5 Februari 2017(Ahad) di Dataran Seri Bariah. Program tersebut bermula jam 8.45 pagi secara kolaboratif dengan Pelancaran Program Jom Ke Sekolah. Program dirasmi oleh Puan Hajah Rajmi binti Omar Guru Besar SK Tengku Bariah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Penyampaian Hadiah kepada 20 orang murid yang datang awal ke sekolah, Penyampaian Fail dan Mentor dan guru yang lahir pada bulan Januari. Program ini diharapkan dapat merealisasikan Program Amalan Guru Penyayang dengan berkesan.


Pelancaran Program Jom Ke Sekolah


5 Februari 2017 jam 7.40 pagi Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah telah di rasmikan oleh KPL Ahmad Zaidi b Jaafar (Pegawai Perhubungan Sekolah) dengan jayanya di Dataran Seri Bariah. Antara aktivitinya pada ialah nyayian lagu Negaraku, Negeri Terengganu dan lagu Sekolah. Selain itu Bacaan Perutusan KPN dan PDRM. Tujuan program ini adalah bagi menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah.

Thursday, January 19, 2017

Kejohanan Merentas Desa 2017

Kejohanan Merentas Desa 2017 peringkat sekolah berlangsung pada 12 Januari 2017 di Padang SK Tengku Bariah. Kejohanan bermula jam 8.30 pagi. Kejohanan tersebut melibat murid tahap 2. Penyampaian hadiah telah disempunakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum Encik Kauziran Bin Mamat.




Monday, January 2, 2017

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih sempena persaraan Cikgu Ramlee bin Salleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Cikgu Suhaimi bin Azib Guru Penolong diadakan pada 1 Januari 2017 di Bilik SSB SK Tengku Bariah dan Puncak Gamelan, Primula Beach Hotel. Majlis bermula jam 12.00 tengahari.Turut Hadir Tuan Haji Khairi bin Mohd Noor Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, YDP PIBG Tuan Haji Hasnan bin Ilyas dan Timbalan YDP PIBG Mohd Pisol bin Ahmad.


Sunday, January 1, 2017

Program Guru Penyayang Mengalu-alukan Kehadiran Murid 2017

1 Januari 2017 sesi persekolahan telah bermula. Warga sekolah mengalu-alukan kedatangan murid dan menyambutnya dihadapan pintu pagar.



Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka