Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Friday, January 1, 2010

Sejarah

Nama asal Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah ialah Sekolah Rendah Inggeris Jenis Kebangsaan Pasir Panjang. Ia dibina pada tahun 1966 dan dibuka dengan rasmi oleh Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran ketika itu, pada 26 Mei 1967.

Sejarah SKTB bermula di Sekolah Menengah Tengku Bariah pada tahun 1965. Di peringkat kelahirannya SKTB tidak mempunyai bangunan sendiri. Murid-muridnya menumpang di SMTB dengan menggunakan nama Sekolah Rendah Inggeris Pasir Panjang. Bahasa pengantarnya bahasa Inggeris dan semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Inggeris. Dua tahun selepas itu baharulah sekolah ini mempunyai bangunan sendiri yang dibina di kaki Bukit Besar. Dengan dua blok bangunan batu dua tingkat memuatkan 16 bilik darjah, kesemua 544 orang muridnya yang menumpang di SMTB berpindah ke sekolah baru ini dalam dua sesi persekolahan (pagi dan petang). Nama Sekolah Rendah Tengku Bariah dan Sekolah Menengah Tengku Bariah diambil sempena nama Tengku Ampuan Muda Terengganu ketika itu (setelah diperkenankan oleh pihak Di Raja) iaitu Tengku Bariah Ibni Almarhum Tuanku Hishamuddin Alam Shah (Puteri Sultan Selangor). Nama ini kekal digunakan sehingga ke hari ini.

0 comments:

Post a Comment


Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka