Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Tuesday, March 29, 2011

Banjir Oh! Banjir...



Hujan lebat yang mencurah tanpa henti sejak petang semalam telah menyebabkan banjir kilat di kawasan sekolah. Bermula dari pintu pagar utama sehinggalah ke kantin sekolah, air hujan membanjiri kawasan sehinggakan beberapa kelas telah dimasuki air. Suasana pada waktu ini agak sedikit kelam-kabut. Keadaan ini juga menimbulkan sedikit kegusaran kepada pihak sekolah sekiranya hujan lebat ini berterusan; kemungkinan besar, pejabat dan bilik guru pula akan dimasuki air. Namun begitu, kira-kira 7.40 pagi, hujan mula reda dan air beransur-ansur surut. Salah seorang guru lama berkata, kejadian ini merupakan kali pertama sepanjang beliau berkhidmat disini. Beliau menambah lagi, kejadian yang hampir serupa pernah berlaku pada tahun 1999 dahulu tetapi air tidak sampai sehingga memasuki kelas.

0 comments:

Post a Comment


Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka