
GURU DAN KAKITANGAN


Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.
Pendaftaran | Lihat Rekod
Thursday, November 17, 2011
Pembahagian Wang Bantuan Khas Persekolahan 2012
Tuesday, November 15, 2011
Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2011
Pada 15November 2011 bertempat di Dataran Seri Bariah diadakan satu Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar. Majlis yang penuh gilang gemilang itu telah dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu iaitu En.Mohd Sharif bin Hassan.Majlis dimulakan pada pukul 8.30 pagi dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis iaitu Wan Maizatul Akmar bt Wan Ahmad. Majlis berehat sebentar pada pukul 10.00 pagi. Selesai jamuan,acara penyampaian hadiah dimulakan pada pukul 10.30 pagi dengan Anugerah Intervensi & Anugerah Program NILAM yang disampaikan oleh TDP PIBG iaitu En.Mohd Khailani bin Ismail. Bagi Anugerah Intervensi seramai 11 orang penerima yang menerimanya dan Anugerah Program NILAM pula seramai 30 orang yang menerimanya. Selepas itu Anugerah Akademik bagi Tahap 1 dan Tahap 2 telah disampaikan oleh Puan Guru Besar iaitu Pn Hjh Azma bt Senun manakala Anugerah KAFA pula disampaikan oleh Cik Aida Raimi Syafawati bt Asadi.
Bagi anugerah yang dinanti-nantikan iaitu Anugerah Tokoh Murid dan Tokoh Kokurikulum telah disampaikan oleh Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu iaitu En.Mohd Sharif bin Hassan.Bagi kategori Anugerah Tokoh Murid & Kokurikulum Lelaki dianugerahkan kepada Adik Muhammad Azizi bin Awang Zari manakala Anugerah Tokoh Murid Perempuan dianugerahkan kepada Adik Intan Nurliyana bt Ahmad Shafri dan Anugerah Tokoh Kokurikulum Perempuan pula dianugerahkan kepada Adik Rosniza bt Rosli. Majlis diakhiri dengan ucapan tahniah dan murid-murid bersurai diiringi oleh ibubapa masing-masing.
Sunday, November 13, 2011
Majlis Khatam Al-Quran Dan Mahrajan J-Qaf Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Negeri Terengganu
Tuesday, November 1, 2011
Kem Robotik
4 orang murid Tahun 4 SKTB bersama guru pengiring mereka,Cikgu Ahmad Adzha telah terpilih mewakili negeri Terengganu untuk Kem Robotik Peringkat Kebangsaan 2011 bertempat di SK Kandis, Bachok,Kelantan pada 21 hingga 25 Oktober yang lalu, anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sunday, October 23, 2011
Majlis Khatam Al-Quran
Wednesday, October 19, 2011
Majlis Titian Kasih Bersama Jabatan Penerangan Daerah Kuala Terengganu

Ucapan pengerusi majlis oleh En.Mohd Zaid

Guru Besar SKTB menyampaikan cenderhati kepada En.Safian

Guru Besar SKTB menyampaikan cenderhati kepada En.Khailani
Ucapan terima kasih YDP kepada Guru Besar kerana kesungguhan guru-guru dan staf sokongan berganding bahu sehingga berjaya meraih kejayaan dan memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Keceriaan Peringkat Negeri sehingga tersiar di akhbar.
Tuesday, October 11, 2011
Perkhemahan Unit-Unit Beruniform 2011
Perkhemahan Unit-Unit Beruniform bagi tahun 2011 yang disertai oleh 100 orang murid tahun 6 telah diadakan dengan jayanya pada 6 hingga 8 Oktober 2011 bertempat di perkarangan surau An-nur,SKTB.
Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti:-
1.Pertandingan Kawad kaki.
2.Pertandingan Memasak.
3.Pertandingan Pertolongan Cemas
4.Pertandingan Hias Khemah
5.Pertandingan Malam Kebudayaan
6.Jungle Tracking
Saturday, October 8, 2011
Majlis Khatam Al-Quran Perdana 2011
Seramai 340 orang murid yang terlibat yang meliputi sekolah rendah dari seluruh Malaysia. 20 orang murid yang terdiri dari 10 murid lelaki dan 10 murid perempuan diiringi 3 guru dari SK Tengku Bariah dan juga tidak ketinggalan Ustaz Wan Ahmad Hasbi b. Wan Jusoh (Penolong Pengarah j-QAF JPNT) dan Ustaz Hj Mohd Samsudin yang mewakili bagi negeri Terengganu.
Penginapan : Hotel Emperor
Majlis Khatam : Masjid Al- Azim



Wednesday, October 5, 2011
Karnival Bola Baling Bawah 11 Tahun MSSDKTS
Monday, October 3, 2011
Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKTB
Antara tetamu yang hadir iaitu Yang Dipertua dan AJK PIBG,bekas guru besar En.Badaudin bin Ismail.Majlis juga diserikan dengan persembahan nyayian oleh guru-guru dan murid-murid.
Wednesday, September 28, 2011
Solat Hajat Perdana
Thursday, September 15, 2011
Utusan Malaysia Online - Pendidikan

SK Tengku Bariah ke peringkat kebangsaan
KUALA TERENGGANU 13 Sept. - Keputusan untuk menyertai pertandingan Keceriaan Merdeka 2011 anjuran Jabatan Penerangan hanya dibuat sehari sebelum tarikh pertandingan ditutup.
Bagaimanapun dalam waktu yang singkat, seluruh warga Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Bariah di sini sepakat untuk menggerakkan usaha menceriakan suasana di sekolah dengan menterjemahkan semangat kemerdekaan.
Apa yang membanggakan mereka, sekolah itu dipilih oleh panel penilai untuk mewakili negeri ini bagi kategori sekolah untuk dinilai di peringkat kebangsaan.
Guru Besarnya, Azma Senun memberitahu, selain guru dan murid-murid, semua warga termasuk jaga, tukang kebun dan tukang cuci sepakat untuk menyumbang tenaga dan masa bagi pertandingan ini.
"Saya bersyukur dan terharu kerana terpilih mewakili negeri untuk dinilai pada peringkat kebangsaan," katanya ketika ditemui di sekolah itu di sini hari ini.
Tuesday, September 13, 2011
Mewakili Terengganu

Panel penilai akan membuat penilaian dalam beberapa aspek, termasuk kreativiti, jumlah pemasangan Jalur Gemilang, hiasan pintu gerbang, banting, tugu dan keindahan kawasan sekitar
- Mohd Iskandar Jaafar -
(Penolong Pengarah Penerangan Negeri)
Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
Monday, August 29, 2011
Thursday, August 25, 2011
Majlis Khatam Quran
Alhamdulillah Majlis Khatam Quran sempena penutup Ihya' Ramadhan berjalan lancar dan sempurna dengan izin-Nya di Surau An-Nur Sek.Keb.Tengku Bariah pada 25 Ogos 2011 jam 9.40 pagi.. Semoga kita masih lagi menjadi tetamu Ramadhan yang penuh keberkatan ini pada tahun hadapan..amiinn..
Wednesday, August 10, 2011
Majlis Berbuka Puasa Untuk Meraikan Anak Yatim Peringkat Sekolah 2011
Majlis Berbuka Puasa Untuk Meraikan Anak Yatim Peringkat Sekolah 2011 telah diadakan pada Khamis 11 Ogos 2011 di Terengganu Equestrian Resort(TER) Kuala Ibai,Kuala Terengganu.Majlis bermula jam 6.40petang hingga 8.00 malam.Turut hadir Tuan Haji Rosli b. Abdullah serta keluarga.Sumbangan disampaikan oleh Penolong Kanan 1 mewakili pihak sekolah, Ustazah Sakinah bt. Ismail mewakili Tuan Haji Rosli dan cikgu Wan Mohd Shukri.
Monday, August 1, 2011
Salam Ramadhan Al Mubarak

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.
Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
Wasalam
Sunday, July 31, 2011
Ceramah Kesihatan dan Keselamatan

Ceramah Kesihatan Keselamatan telah diadakan pada 28 Julai 2011 di Bilik SSB Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah jam 7.40 hingga 9.40 pagi. Seramai 179 murid tahun 1 dan 2 terlibat. Ceramah di sampaikan oleh Penolong Kanan HEM Puan Nor Ainee bt Ngah dan Kaunselor Sekolah En.Wan Mohd Shukri b Wan Mohamad.Tujuan Ceramah diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dan keselamatan di kalangan murid sekolah rendah.
Ceramah Di Ambang Ramadhan Peringkat Sekolah
28 Julai 2011, Ceramah Di Ambang Ramadhan Peringkat Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah diadakan di Bilik SSB Jam 2.00 hingga 3.30 petang.Penceramah adalah Ustaz Haji Mohammad bin Deraman dari Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu. Tajuk ceramah ialah Ahlam Wasahlam Ya Ramadhan.
Wednesday, July 27, 2011
Program Kecemerlangan UPSR Siri 2/2011
Kem Program Kecemerlangan UPSR Siri 2/2011 diadadakan pada 21 hingga 23 Julai 2011 di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah.Kem diadakan dengan kerjasama pihak sekolah dan PIBG.
Monday, July 11, 2011
Ceramah ISRA' MIKRAJ Peringkat Sekolah
Tuesday, July 5, 2011
Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia (1M1S1M)
Pada 2 Julai 2011,Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah telah melaksanakan Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia(1M1S1M) yang melibatkan seramai 489 orang murid terdiri dari murid tahap 2 dan guru.Acara dimulakan jam 7.30 pagi dengan senamrobik di Dataran Perhimpunan.Turut hadir En. Ahmad Azhan bin Abd Hamid Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.
Ceramah Motivasi Untuk Calon Peperiksaan
Ceramah Motivasi telah disampaikan oleh En. Shamsi Hj. Shamsuddin iaitu Pegawai Akademik Bestari.Ceramah diadakan pada 26 Jun 2011 bertempat di Bilik SSB SK.Tengku Bariah.
Ceramah Motivasi memberi penekanan kepada pelajar mengenai:
- Sayang dan hormati guru
- Sayang dan hormati ibubapa
- Fokus ketika guru mengajar
- Strategi belajar
Sunday, June 26, 2011
Majlis Temu Murni 2011
Majlis Temu Murni diadakan pada 23 Jun 2011 jam 11.00 pagi di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah.Ibu bapa atau penjaga dijemput hadir ke sekolah untuk menandatangani Laporan OTI II serta bertaya khabar dan berbincang tentang prestasi anak masing-masing.
Penafian:
Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------
Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com