Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Sunday, June 23, 2013

Program Ujian IQ & Kesihatan Unisza

Pada hari Selasa, 18 Jun 2013 pihak UNISZA telah melaksanakan Ujian IQ dan Ujian Kesihatan di SK Tengku Bariah. Program ini melibatkan 22 orang murid SKTB antara tahun 1 hingga tahun 6. Seramai 8 orang kakitangan UNISZA hadir melaksanakan ujian ini termasuk 3 orang doktor pakar UNISZA yang terdiri daripada pakar psikologi dan pakar kanak-kanak.
SKTB merupakan salah sebuah sekolah yang terpilih untuk menjalani ujian tersebut di daerah Kuala Terengganu. Ujian ini bertujuan untuk memenuhi syarat kajian yang dijalankan oleh UNISZA. Pihak UNISZA telah membuat pemeriksaan kesihatan kepada murid-murid yang terlibat iaitu ukur berat dan tinggi, pemeriksaan lemak hati, tekanan darah, saiz kepala dan badan. Selain itu, murid murid juga diuji dengan kiub-kiub IQ untuk menilai tahap IQ mereka. Warga SKTB merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak UNISZA yang telah sudi hadir menjalankan ujian ini.

0 comments:

Post a Comment


Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka