Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Monday, June 13, 2011

Majlis Persaraan Tuan Guru Besar

Majlis Persaraan Tuan Guru Besar iaitu Cikgu Badaudin Bin Ismail diadakan pada hari khamis 26 Mei 2011 jam 10.00 pagi bertempat di Dataran Ilmu SK Tengku Bariah.Turut hadir Pegawai Pelajaran Daerah Tuan Haji Muhammad Yusuf Bin Hasan iaitu Penyelian Kanan Pengurusan Sekolah Bahagian Hal Ehwal Murid.Mantan Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Tengku Bariah iaitu Tuan Hj Abdul Rahman bin Harun turut hadir.


Murid bersalaman untuk kali terakhir dengan Cikgu Badaudin

Kad gergasi dihadiah oleh guru SKTB kepada Cikgu Badaudin


Guru Penolong Kanan Serta Pegawai Pelajaran Daerah bersama Cikgu Badaudin

Pada majlis tersebut, Cikgu Badaudin diarak menaiki beca yang dihias menuju pintu utama selepas selesai bersalaman dengan semua murid sebagai kenangan terakhir di sekolah.Paluaan Kompang mengiringi sepanjang perarakan. Semua murid tahun 1 hingga 6 berbaris di pintu utama sekolah sebelum Cikgu Badaudin berangkat ke Hotel Primula.


Cikgu Badaudin diarak menaiki beca ke pintu utama SK Tengku Bariah


Warga SKTB bersama Cikgu Badaudin di Hotel Primula

0 comments:

Post a Comment


Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka