Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Wednesday, February 10, 2016

Majlis Perjumpaan Ibu Bapa/ Penjaga Murid Tahun 6 2016

Perjumpaan ibu bapa / penjaga dengan guru-guru murid Tahun 6 telah diadakan pada 3 Februari 2016(Rabu) di bilik SSB. Majlis bermula jam 10.00 pagi. Program ini diadakan bertujuan memberi taklimat kecemerlangan UPSR dan perbincangan antara penjaga dan guru.Selain itu juga dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dengan guru-guru untuk kejayaan dan kecemerlangan murid-murid.

Perjumpaan ibu bapa /penjaga dengan guru-guru murid Tahun 6

Majlis Persaraan En. Hasnan B Muda

31 Januari 2016 majlis persaraan guru kauseling cikgu Hasnan b Muda telah diadakan di Dataran Bariah SKTB. Beliau bermula berkhidmat di SKTB pada 1 Februari 2015 hingga 21 Januari 2016. Majlis bermula selepas perhimpunan sekolah.

.Jasamu dikenang..Budimu disanjung



Monday, February 1, 2016

Program Gotong Royong

Program gotong royong memerangi aedes peringkat sekolah diadakan pada 28 dan 30 Januari 2016 di sekitar SK Tengku Bariah. Program bermula jam 8.00 pagi. Antara yang hadir ialah YDP PIBG, penduduk setempat dan guru.
   


Sunday, January 24, 2016

Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pusat Sumber dan Rakan Sebaya

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas telah diadakan di Dataran Perhimpunan bersama Majlis Perhimpunan Mingguan di Dataran Perhimpunan. Perasmian telah di sempurnakan oleh Inspektor  Mohamad Adzlan Bin Zakaria iaitu Ketua Pegawai lalulintas IPD Kuala Terengganu. Majlis berakhir dengan penyampaian Sijil Watikah Pelantikan dan Ikrar pelajar.

Kejohanan Merentas Desa 2016

Aktiviti Merentas Desa telah berlangsung pada 20 Januari 2016. Aktiviti ini turut mendapat kerjasama daripada pihak PDRM dan telah berjalan dengan lancarnya.




Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka