Majlis Jamuan Akhir Tahun, Pertukaran dan Persaraan Warga SK Tengku Bariah di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 18 November 2014.

GURU DAN KAKITANGAN


Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.
Pendaftaran | Lihat Rekod
Wednesday, November 19, 2014
Majlis Anugerah Kecemerlangan 2014
Majlis Anugerah Kecemerlangan 2014 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Mohd Sabri bin Alwi Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu. Majlis bermula jam 11.00 pagi di Bilik SSB SK Tengku Bariah pada 18 November 2014.Antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Cemerlang Pemulihan, Kecemerlangan Tahap 1, Tahap 2 dan Anugerah Tokoh Akademik, Ko Kurikulum dan Keterampilan.
Wednesday, November 12, 2014
Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah 2014
Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah telah diadakan di Dataran Perhimpunan SK Tengku Bariah Kuala Terengganu pada 11 November 2014. Sambutan Maal Hijrah bermula jam 7.40 pagi hingga 1.10 petang. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Salina Binti Ahmad guru J-Qaf SK Tengku Bariah. Antara acara yang dipertandingkan ialah Pertandingan Nasyid, Sajak dan Bercerita Sempena Maal Hijrah.
Thursday, November 6, 2014
Kursus Pengurusan Jenazah SK Tengku Bariah
Kursus pengurusan jenazah telah diadakan di SK Tengku Bariah bertempat di bilik SSB.Kursus bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi.Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Penguatkuasa) iaitu Ustaz Haji Mohamad bin Deraman telah menyampaikan ceramah. Semua murid tahun 6 terlibat dalam ceramah tersebut.
Program Kem Membaca 1 Malaysia 2014(KM1M 2014)
Program Kem Membaca 1 Malaysia 2014 (KM1M 2014) telah dijalankan pada 4 hingga 6 November 2014(Selasa - Khamis) di Dataran Perhimpunan SK Tengku Bariah. Program KM1M 2014 diadakan secara serentak di seluruh negara.Program ini bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dan pembelajaran sepanjang hayat.
Sunday, October 12, 2014
Sambutan Hari Raya Aidiladha 2014
Tuesday, September 30, 2014
Lawatan Bermaklumat Sekitar Kuala Terengganu
Lawatan bermaklumat sekitar Kuala Terengganu diadakan pada 23 hingga 25 September 2014. Murid berpeluang melawati UMT Fakulti Sains Perikanan, Akzakultur, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. Pada hari kedua lawatan santai di TER untuk bermain boling dan pada hari ketiga murid dibawa melawat ke TTI River Cruice dan Taman Monumen.
![]() |
Lawatan bermaklumat murid Tahun 6 SKTB |
Lawatan Sambil Belajar Murid Tahun 6 SK Tengku Bariah
Lawatan sambil belajar murid Tahun 6 SK Tengku Bariah ke Kuala Lumpur dan Melaka pada 23 hingga 25 September 2014.Lawatan ini melibatkan 7 guru pengiring dan 31 pelajar dari SK Tengku Bariah.
Antara tempat - tempat yang dilawati ialah Zoo Melaka, Kidzania dan Petrosains KLCC.
Antara tempat - tempat yang dilawati ialah Zoo Melaka, Kidzania dan Petrosains KLCC.
![]() |
Lawatan ke Kidzania dan KLCC |
![]() |
Lawatan ke Zoo Melaka |
Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014
Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014 24 September 2014 ![]() |
Tuan Guru Besar, PKHEM dan PKKO bersama murid menjayakan Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 1 |
Sunday, September 7, 2014
Salam Restu Ilmu
Sebelum menghadapi peperiksaan sebenar UPSR. Satu majlis restu ilmu telah diadakan pada hari Ahad, 7 September 2014, selepas perhimpunan mingguan bertempat di dataran perhimpunan. Berbagai- bagai kata perangsang dan sokongan dititipkan kepada anak didik diutarakan oleh guru-guru. Guru-guru dan pihak sekolah berharap dan mendoakan semoga semua calon
UPSR tahun 2014 mendapat kejayaan yang cemerlang, Insyaalah.

Majlis Sembahyang Hajat Perdana
Pada 4 September 2014 (Khamis) pihak sekolah dengan kerjasama PIBG mengadakan Majlis Sembahyang Hajat Perdana bagi murid Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan UPSR 2014. Majlis ini bermula jam 6.30 petang bertempat di Surau Annur SK Tengku Bariah.Semua ibu bapa dan murid Tahun 6 dijemput hadir.
Monday, September 1, 2014
Lawatan Rehat Minda UPSR Tahun 2014
Lawatan Rehat Minda UPSR Tahun 2014 bertempat di Taman Rekreasi Pantai Merang , Setiu, Terengganu pada 27 Ogos 2014. Semua murid tahun 6 terlibat aktiviti tersebut.
Thursday, August 14, 2014
Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Pada hari Rabu, 13 Ogos 2014, warga SKTB telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.Majlis yang diadakan telah disambut dengan meriah dengan guru-guru dan murid-murid memakai pakaian raya masing-masing.Guru, murid dan tetamu disajikan dengan pelbagai juadah raya yang begitu enak dan menyelerakan. Majlis juga diserikan dengan persembahan nyayian oleh guru-guru dan murid-murid.
Sunday, July 20, 2014
Majlis Sumbangan Hari Raya
Majlis Sumbangan Hari Raya kepada murid-murid, anak-anak yatim dan miskin SKTB telah berlangsung pada hari Khamis 18 Julai 2014 bertempat di Surau An Nur jam 9.40 pagi. Seramai 12 orang anak yatim dan 33 murid miskin SKTB menerima sumbangan tersebut hasil daripada derma ikhlas para guru SKTB. Sumbangan telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKTB Pn. Hajah Azma bt Senun.
![]() |
Sumbangan hari raya SKTB |
Wednesday, July 16, 2014
Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Jamaii
![]() | |||
Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Jamaii yang diadakan di SK Tengku Bariah.. |
Semoga program yang bermanfaat di bulan yang penuh dengan keberkatan ini mendapat kerjasama daripada semua pihak yang sanggup menghulurkan sumbangan dan bantuan ke arah menjayakan program ini dan beroleh keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T. Mudah-mudahan Allah memberi taufik dan hidayah kepada mereka yang berbakti untukNya. Amin.
Sunday, June 29, 2014
Kejohanan Sukan Tahunan SKTB 2014
Tanggal 25 Jun 2014 Kejohanan Sukan Tahunan telah berlangsung dengan meriahnya. Temasya Kejohanan Sukan Tahunan pada tahun ini telah dirasmikan oleh Naib YDP PIBG Tn. Haji Ali bin Abu Bakar, dalam ucapanya beliau menyatakan bahawa Kejohanan Sukan di sekolah merupakan aktiviti yang menyeronokan dan murid-murid sangat teruja untuk mempamerkan kebolehan masing-masing disamping pihak sekolah boleh membuat pemilihan terhadap kebolehan murid-murid dalam bidang sukan sebagai wakil sekolah di Kejohanan Sukan Sekolah- Sekolah akan datang.
![]() |
Sukan SKTB 2014 |
Anugerah olahragawan menjadi milik adik Nazirulamin bin Mustafa manakala olahragawati disandang oleh adik Nur Aulia Syuhada bt Abdul Rahim. Seterusnya pasukan Rumah Hijau telah menjadi johan keseluruhan kejohanan diikuti dengan tempat kedua dari pasukan Rumah Kuning, kemudia pasukan Rumah Merah dan akhir sekali pasukan Rumah Biru. Temasya ini berakhir dengan majlis Penyampaian hadiah jam 5.00 petang.
![]() |
Acara yang dimainkan |
Monday, June 23, 2014
Program Pameran Kesihatan Dan Latihan Kebakaran Oleh Pihak Bomba
![]() |
Pameran Kesihatan |
![]() |
Latihan Kebakaran |
Sunday, June 22, 2014
Temu Murni Dan Program Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
Majlis Temu Murni bagi murid tahun 1 hingga 6 telah diadakan pada 21 Jun 2014 bersama dengan Program Penerangan tentang PBS kepada ibu bapa dan penjaga murid tahun 1 hingga
4. Dua program ini dijalankan serentak memandangkan hari ini ialah hari
cuti umum dan menyenangkan ibu bapa serta penjaga untuk hadir menjayakan
program ini. Program ini bertujuan memberi peluang kepada ibu bapa dan
penjaga untuk berjumpa dan berbincang dengan guru-guru bagi meningkatkan
lagi mutu kecemerlangan murid-murid. Seterusnya program penerangan
tentang PBS untuk memberi keterangan tentang pelaksanaan PBS di sekolah
kepada ibu bapa dan penjaga.
Sambutan Israk dan Mikraj 2014
Pada 19 Jun 2014 satu Majlis Sambutan Israk dan Mikraj telah diadakan bermula jam 8.30 hingga 9.30 pagi di dataran perhimpunan. Aktiviti yang dijalankan ialah ceramah tentang Peristiwa Israk dan Mikraj yang disampaikan oleh ustaz Ahmad Yusri bin Yusof.
Monday, May 19, 2014
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada tanggal 18 Mei 2014. Bagi memeriahkan lagi sambutan, pelbagai acara dipersembahkan sama ada daripada guru atau murid. Majlis sambutan berakhir dengan acara pertukaran hadiah di kalangan warga SKTB.
![]() |
Sambuatan Hari Guru Peringkat Sekolah di SKTB |
![]() |
Aktiviti guru dan murid |
Sunday, May 11, 2014
Majlis Sembahyang Hajat Kali Ke-2
Thursday, April 24, 2014
Alumni SPA82 Bersama Murid-Murid Tahun 4,5 & 6
Program "Hayati Sejarah Perkasa Jati Diri" diadakan pada 22 April 2014 bertempat di Dataran Perhimpunan jam 2.00 hingga 3.30 petang. Ceramah telah disampaikan oleh DSP Azhar bin Muda, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Muar, Johor. Program Alumni SPA82 ini dianggotai seramai 13 orang AJK.Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan komuniti luar di bawah Program Khidmat Masyarakat Alumni SPA82. Alumni ini juga turut memperkenalkan seorang anak istimewa yang bernama Fakhirul Naim bin Mohamad Fadzly. Anak ini telah bercerita tentang sejarah Bukit Kepong.
Program Membaca 10 minit
Sempena Sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia Tahun 2014 satu program perdana telah diadakan pada pukul 10.00 pagi pad 22 April 2014 untuk membaca selama sepuluh(10) minit. Program dijalankan di Tapak Perhimpunan dengan melibatkan penyertaan semua murid dan kakitangan SK Tengku Bariah.
![]() |
Sempena Sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia Tahun 2014 |
Wednesday, April 23, 2014
Perkhemahan Unit Beruniform 2014
Pada 17 April hingga 20 April 2014, Perkhemahan Unit Beruniform SK Tengku Bariah telah diadakan di perkarangan Surau Annur. Seramai 102 orang murid Tahun 6 daripada 5 pasukan unit beruniform telah mengambil bahagian dalam perkhemahan kali ini. Pelbagai aktiviti bercorak fizikal seperti Jungle Trekking, Explorace, Pertandingan Kawad Kaki telah diadakan selain aktiviti lain seperti Pertandingan Masakan, Pertandingan Pertolongan Cemas, serta Pertandingan Ikatan dan Simpulan turut diadakan. Kemuncak aktiviti perkhemahan diserikan dengan Persembahan Malam Kebudayaan oleh semua Unit Beruniform. Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan Unit Beruniform telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Pn Hjh Azma bt senun. Johan keseluruhan Perkhemahan Unit Beruniform 2014 dimenangi oleh Pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah. Hadiah kepada semua pemenang serta sijil turut disampaikan oleh Tuan Guru Besar.
![]() |
Aktiviti mendaki bukit besar |
Wednesday, April 2, 2014
Program Motivasi UPSR 'SEMINAR JIHAD PENDIDIKAN' Oleh Kelab Tutor Remaja - Alumni UNISZA & UPSI
Program Motivasi UPSR 'SEMINAR JIHAD PENDIDIKAN' oleh Kelab Tutor Remaja diadakan di Bilik SSB SK Tengku Bariah pada 2 April 2014.Program ini disampaikan oleh En.Syahmi bin Mokhtar dari UMT,Motivator, En. Borhan Sidqi bin A.Rahim dari UNISZA, Penasihat Undang-Undang & Jurulatih Pengucapan Awam dan En. Fitri bin Mokhtar dari UPSI,Motivator. Progam ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang.
Pertandingan / Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Rendah
Pasukan Nasyid SK Tengku Bariah |
Festival Nasyid peringkat PKG Bukit Besar 2014 diadakan pada 1 April 2014 di Dewan Besar SK Sultan Sulaiman II. Seramai 7 buah sekolah menyertai pertandingan tersebut. SK Tengku Bariah telah mendapat tempat kedua.Walaubagaimanapun tempat pertama diungguli pasukan nasyid SK Sultan Sulaiman 1 manakala tempat ketiga dimenangi oleh SK Seri Budiman. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Tengku Hassan, Ustazah Seri Banun,Ustazah Norliza dan Ustazah Salina kerana memberi tunjuk ajar kepada pasukan Nasyid SK Tengku Bariah.
Thursday, March 20, 2014
Lawatan Dari Mantan KPPM
Lawatan Tan Sri Alimuddin Bin Mohd Dom iaitu Mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) ke SK Tengku Bariah pada 20 Mac 2014
Thursday, March 6, 2014
Majlis Penyampaian Hadiah & Sijil
Majlis Penyampaian Hadiah & Sijil Pemenang Pertandingan Sahibba Peringkat Daerah Kuala Terengganu Selatan dan Kem Perkhemahan Pengakap Daerah Kuala Terengganu (Ketua Sekawan) oleh Tuan Guru Besar pada 2 Mac 2014
Tahniah kepada Ainun Nadhirah bt Suhaimi
kerana telah mendapat Naib Johan dan juga Nur Ain Nabilah bt Mohd Roslee
mendapat tempat keempat dalam Pertandingan Sahibba Peringkat Daerah KTS
di SMK Manir
Kem Perkhemahan Pengakap Daerah Kuala
Terengganu (Ketua Sekawan) 2014 yang berlangsung selama 3hari 2malam di
Kem Pengakap Tengku Ismail, Telaga Batin yang melibatkan 10 orang murid
lelaki dan 3 orang murid perempuan SKTB
Tuesday, February 25, 2014
Program Mentor Mentee Guru Penyayang Kali 1 2014
Program Mentor Mantee Guru Penyayang SKTB telah diadakan pada 23 Februari 2014 (Ahad). Program ini diadakan pada waktu perhimpunan mingguan untuk semua murid Tahun 1 hingg 6. Antara aktiviti yang dijalankan ialah penghargaan kepada murid (mentee) yang cemerlang dan ucapan selamat hari lahir kepada murid. Selain itu, guru (mentor) juga menerapkan nilai murni kekemasan diri, menghormati warga sekolah dan pelawat dan mematuhi peraturan sekolah kepada mentee.
![]() |
Program Mentor Mentee Guru Penyayang |
Monday, February 24, 2014
Kem Motivasi Dan Kecemerlangan UPSR FASA 1 2014
Pada 20, 21 dan 22 Februari 2014, SKTB telah mengadakan Kem Motivasi dan Kecemerlangan UPSR Fasa 1 di SKTB. Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa UPSR dengan kerjasama Jawatankuasa Bimbingan dan Kauseling. Program yang berlangsung selama 3 hari ini disertai oleh 102 orang murid Tahun 6. Pengisian pada hari pertama ialah Slot Motivasi & Teknik Menjawab Subjek Bahasa Melayu & Matematik1. Pada hari kedua, peserta mengikuti Slot Teknik Menjawab Matematik dan Bahasa Inggeris. Pada hari ketiga pula, ialah slot Sains dan Motivasi 2. Selain itu, turut diadakan juga slot Solat Hajat & Bacaan Modul Kecemerlangan oleh para ibubapa dan guru-guru di surau pada hari kedua. Kem ini telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna sepertimana yang dirancang.
Thursday, February 6, 2014
Program Motivasi UPSR "Kenali Diri & Jejak Cemerlang UPSR"
Subscribe to:
Posts (Atom)
Penafian:
Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------
Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com