Majlis Temu Murni dan Tandatangan Buku Rekod diadakan pada 20 Jun 2013 jam 12.00 hingga 1.10 petang.Majlis tersebut dapat menyuntik semangat ke arah kejayaan dan kecemerlangan anak anak.

GURU DAN KAKITANGAN


Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.
Pendaftaran | Lihat Rekod
Monday, June 24, 2013
Pameran Sempena Minggu Displin Dan Anti Dadah 2013
Pameran sempena minggu displin dan anti dadah 2013 di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah pada 19 jun 2013 jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Dataran Perhimpunan.
Sunday, June 23, 2013
Program Ujian IQ & Kesihatan Unisza
Pada hari Selasa, 18 Jun 2013 pihak UNISZA telah melaksanakan Ujian IQ dan Ujian Kesihatan di SK Tengku Bariah. Program ini melibatkan 22 orang murid SKTB antara tahun 1 hingga tahun 6. Seramai 8 orang kakitangan UNISZA hadir melaksanakan ujian ini termasuk 3 orang doktor pakar UNISZA yang terdiri daripada pakar psikologi dan pakar kanak-kanak.
SKTB merupakan salah sebuah sekolah yang terpilih untuk menjalani ujian tersebut di daerah Kuala Terengganu. Ujian ini bertujuan untuk memenuhi syarat kajian yang dijalankan oleh UNISZA. Pihak UNISZA telah membuat pemeriksaan kesihatan kepada murid-murid yang terlibat iaitu ukur berat dan tinggi, pemeriksaan lemak hati, tekanan darah, saiz kepala dan badan. Selain itu, murid murid juga diuji dengan kiub-kiub IQ untuk menilai tahap IQ mereka. Warga SKTB merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak UNISZA yang telah sudi hadir menjalankan ujian ini.
SKTB merupakan salah sebuah sekolah yang terpilih untuk menjalani ujian tersebut di daerah Kuala Terengganu. Ujian ini bertujuan untuk memenuhi syarat kajian yang dijalankan oleh UNISZA. Pihak UNISZA telah membuat pemeriksaan kesihatan kepada murid-murid yang terlibat iaitu ukur berat dan tinggi, pemeriksaan lemak hati, tekanan darah, saiz kepala dan badan. Selain itu, murid murid juga diuji dengan kiub-kiub IQ untuk menilai tahap IQ mereka. Warga SKTB merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak UNISZA yang telah sudi hadir menjalankan ujian ini.
Monday, June 17, 2013
Minggu Displin & Anti Dadah 2013
SAHSIAH CEMERLANG AKADEMIK GEMILANG
TARIKH :
17 - 23 JUN 2013
17 - 23 JUN 2013
ANJURAN :
BADAN DISIPLIN DAN PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT DENGAN KERJASAMA UNIT BIMBINGAN & KAUSELING DAN SPBT
BADAN DISIPLIN DAN PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT DENGAN KERJASAMA UNIT BIMBINGAN & KAUSELING DAN SPBT
Displin
adalah teras kejayaan seseorang murid serta menentukan kegemilangan sesebuah
sekolah itu. Memandangkan displin dan murid adalah dua unsur yang saling
berkait rapat pembangunan sahsiah murid. Manakala Dadah adalah musuh utama
negara. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha
dengan sedaya upaya untuk mencegah dan mengekangnya. Memandangkan kedua-duanya
penting maka unit displin dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling
dan JK PPDa akan mengadakan program yang sangat penting ini. Program ini
melibatkan semua warga sekolah Diharapakan dengan "Minggu Displin dan
Minggu Anti Dadah" ini dapat mencerna serta meningkatkan kesedaran dan
tahap displin para murid SK Tengku Bariah.
Program Kem Kecemerlangan UPSR tahun 2013
TARIKH : 14-16 JUN 2013 ( JUMAAT –AHAD )
TEMPAT
: KEM PENGAKAP TENGKU MUHAMMAD ISMAIL
TELAGA BATIN SEBERANG TAKIR
Keghairahan pasukan UPSR untuk melihat
kesinambungan kecemerlangan murid-murid UPSR pada tahun ini diteruskan dengan mengajurkan
satu lagi Kem Kecemerlangan.Kem ini mengambil masa selama 3 hari 2
malam,bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail.Seramai 92 peserta yang
terlibat,terdiri daripada semua murid tahun 6.Tujuan kem ini diadakan untuk menbantu
murid-murid ini menguasai dan menambah kemahiran dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka sebagai persediaaan menghadapi pepepriksaan pada September
nanti.Tenaga pengajarnya masih terdiri
daripada guru-guru yang mengajar tahun 6.Namun di sini kami cuba mencipta
kelainan dalam proses pengajaran serta suasana yang lebih harmoni.
Keberkesanannya dapat dilihat
sepanjang aktiviti kem ini berjalan.Sambutan dan kerjasama daripada
peserta-peserta amat memberangsangkan.Hasilnya kami sangant berpuas hati dan
berharap dapat dimanfaatkan segala pengetahuan yang ada pada mereka dengan
sebaiknya.Akhirnya,kami mendoakan semoga
cita-cita kami mendapat restu dari illahi dan kejayaan akan menjadi milik kami
isyaahllah.
Sunday, June 16, 2013
Program Pemantauan Pelaksanaan Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya(PKJR)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Penafian:
Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------
Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com