Keputusan UPSR 2016 telah menyaksikan satu-satunya calon tunggal Puteri Mishael Adana binti Zarimi yang mendapat keputusan penuh 6A. Gred purata sekolah 2.47 telah mengatasi rekod daerah dan mendapat tempat pertama.

GURU DAN KAKITANGAN


Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.
Pendaftaran | Lihat Rekod
Thursday, November 24, 2016
Majlis Jalinan Ukhwah 2016
Majlis Jalinan Ukhwah 2016 diadakan Primula Hotel Kuala Terengganu pada 15 November 2016 jam 2.00 petang bagi meraikan jasa dan sumbangan guru dan kakitatangan SKTB sepanjang tahun. Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Mohd Sabri b Alwi Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu merangkap Penyelaras DUN Ladang. Turut hadir Yang Berbahagia Encik Mohd Pisol b Ahmad Pegawai PPD Kuala Terengganu dan Yang Berbahagia Tuan Haji Hasnan b Ilias YDP PIBG SK Tengku Bariah.
Wednesday, November 23, 2016
Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Dan Jalinan Mesra PIBG
Hari anugerah kecemerlangan pelajar dan jalinan mesra PIBG diadakan pada hari selasa 22 November 2016 jam 10.00 pagi di Dewan Seri Bariah SK Tengku Bariah Kuala Terengganu.Hari anugerah dirasmi oleh Yg.BHG. Datuk Hj. Mohd Sabri b.Alwi, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu merangkap Pegawai Penyelaras DUN Ladang.Turut hadir Pegawai PPD Kuala Terengganu iaitu.... dan YDP PIBG SK. Tengku Bariah Tuan Hj. Hasnan Illias.
Sunday, November 6, 2016
Program Integrity Kids
Monday, October 17, 2016
Perkhemahan Unit Beruniform
Perkhemahan unit beruniform berlangsung pada 13 hingga 15 Oktober 2016 melibatkan semua murid tahun 6 SK Tengku Bariah. Perkhemahan ini diadakan di SK Tengku Bariah bertempat di Dataran Perhimpunan. Antara acara yang dipertandingkan ialah pertandingan kawad kaki, pertolongan cemas, ikatan, memasak, khemah terbaik dan persembahan.Semua guru telibat dalam menjayakan aktiviti tersebut.
Monday, October 10, 2016
Hari Sukan Negara
Aktiviti hari sukan negara telah dijalankan secara kolaboratif dengan JKKK Kampung Pasir Panjang, pihak JKKK telah bermurah hati menyediakan hadiah cabutan bertuah untuk menambahkan lagi kemeriahannya. Penyertaan terdiri daripada penduduk kampung, guru-guru serta murid-murid. Aktiviti senaman aerobik dijalankan di padang bawah SKTB sehingga jam 10.00pagi dan diteruskan dengan aktiviti sukan rakyat di dataran perhimpunan sekolah sehingga jam 12.00 tengah hari.
![]() |
Sambutan Hari Sukan Negara |
Kejohanan Balapan Dan Padang SKTB 2016
![]() |
Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah 2016 |
Tuesday, October 4, 2016
Lawatan Sambil Belajar Kembara Ilmu Murid Tahun 6 Ke Perak & Pulau Pinang
Sunday, September 4, 2016
Majlis Restu Ilmu
Majlis Restu Ilmu Tahun 6 UPSR diadakan di Dataran Perhimpunan jam 8.30 pagi pada 4 September 2016 selepas perhimpunan mingguan. Guru-guru dan pihak sekolah mendoakan semoga semua calon UPSR mendapat kejayaan yang cemerlang.
Sunday, August 21, 2016
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah diadakan di Dataran Perhimpunan pada hari Ahad 21 Ogos 2016. Majlis bermula jam 8.00 pagi. Semua guru dan murid terlibat dalam majlis tersebut.

Program Gempur Maju UPSR 2016
Program Gempur Maju UPSR 2016 berlangsung selama 2 hari di Hotel YT
Midtown Kuala Terengganu. Program diadakan pada pada hari Jumaat dan
Sabtu 19 hingga 20 Ogos 2016. Semua murid Tahun 6 terlibat dalam
menjayakan program tersebut.
Thursday, August 11, 2016
Pelaksanaan Program Kebersihan Persekitaran Sekolah
Wednesday, August 10, 2016
Singgah Sayang UPSR Bersama Murid Tahun 6
Program Singgah Sayang UPSR bersama murid tahun 6 telah diadakan pada 8 Ogos 2016. Program ini telah dihadiri oleh Encik Jaafar b Ismail, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu. Beliau telah memberi motivasi kepada murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.
Monday, July 25, 2016
Majlis Pelancaran Linus 2.0 T-Care
Majlis Pelancaran Linus 2.0 T-Care yang dirasmikan oleh Puan Hjh Rajmi Omar di Dataran Seri Bariah, SKTB 24 Julai 2016
Sunday, July 24, 2016
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Majlis Sambutan Aidilfitri Peringat Sekolah Bersama Komuniti Setempat telah diadakan pada hari Khamis 14 Julai 2016.Majlis sambutan kali ini dimeriahkan dengan kehadiran komuniti sekitar. Semua warga SKTB dan hadirin sama-sama menikmati pelbagai juadah dengan diringi lagu raya. Majlis berakhir sekitar jam 1.00 tengah hari.
Monday, July 4, 2016
Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya 2016
Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Hari Raya 2016 bermula jam 11.00 pagi melibatkan semua murid dan guru SK Tengku Bariah.Majlis ini diadakan untuk meraikan murid-murid yang kurang berkemampuan supaya sama-sama merasa kemeriahan hari raya yang akan menjelma tiba.Majlis berakhir dengan acara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara murid-murid dengan guru-guru dan semua warga SKTB.
Tuesday, June 28, 2016
Majlis Khatam Al Quran
Majlis Khatam Al Quran diketuai oleh Abdullah bin Muda yang diadakan pada bulan Ramadhan yang mulia dan suci. Acara khatam diadakan pada 27 Jun 2016 bertempat di Surau An Nur jam 7.40 pagi. Semua guru dan kakitangan sekolah terlibat dalam majlis tersebut. Program ini dilaksanakan agar dapat menyingkap rahsia kebesaran dan keagungan Kitab Al Quran yang Qadim ini. Di samping itu juga, ia memberi peluang untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah Taala.
Monday, June 20, 2016
Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Dan Fakir Miskin
Majlis berbuka puasa diadakan di Restoran Matahari Berhampiran Giant, Kuala Terengganu pada hari Khamis 16 Jun 2016.
Program Cakna Cemerlang Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016
Tuesday, May 17, 2016
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2016
Sambutan Hari Guru telah diadakan di Dataran Seri Bariah bermula jam 8.00 pagi yang disertai oleh semua guru dan murid.Sambutan tersebut turut disertai oleh Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Puan Roslidawati binti Ramli dan YDP PIBG iaitu Tuan Haji Hasnan b Ilias. Pelbagai acara dipersembahkan oleh guru dan murid.
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
Ceramah ISRA' MIKRAJ Peringkat Sekolah
Ceramah ISRA' MIKRAJ peringkat sekolah telah diadakan pada 8 Mei 2016 di Dataran Perhimpunan.Ceramah telah disampai oleh Ustaz Wan Baderul Hisyam.
Thursday, April 28, 2016
Kem Kecemerlangan UPSR Tahun 2016 yang bertemakan "Ilmu dan Jati Diri Kunci Kecemerlangan Insan"
Kem Kecemerlangan UPSR yang bertemakan "Ilmu dan Jati Diri Kunci Kecemerlangan Insan" diadakan pada 21-23 April 2016 di Anggulia Beach House Resort, Marang. Semoga calon-calon UPSR SKTB lebih bersemangat menjelang UPSR yang akan diadakan pada bulan September nanti.
Wednesday, April 13, 2016
Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Dan Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 2016
Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya diadakan pada 9 April 2016 di Sudut Seri Bariah. Kem ini bertujuan memantapkan ketokohan kepimpinan di kalangan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya. Program ini telah berjalan dengan jayanya.
Senamrobik SKTB Bersama Milo 2016
Aktiviti Senamrobik SKTB bersama milo telah berjaya diadakan di dataran perhimpunan pada 6 April 2016. Aktiviti ini disertai oleh semua murid , guru dan kakitangan sekolah. Selepas selesai aktiviti semua murid, guru dan kakitangan sekolah diberi minum secara percuma.
Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Dan Bulan Bahasa Melayu
Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia dan Bulan Bahasa Melayu diadakan pada 4 April 2016(Isnin) jam 10.00 pagi . Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Tengku Bariah iaitu Puan Hajah Rajmi Bt Omar. Kem Membaca 1 Malaysia diadakan kolaboratif bersama dengan program Bulan Bahasa Melayu. Semua murid dan guru membaca selama 10 minit di dataran perhimpunan. Program ini bagi menanam minat membaca di kalangan warga malaysia.
Wednesday, February 24, 2016
Lawatan Tuan Pengarah Pendidikan Pelajaran Negeri Terengganu
Program motivasi kecemerlangan UPSR 2016 bersama Tuan Pengarah JPNT Encik Haji Shafruddin Bin Ali Hussin di Bilik SSB pada 24 Februari 2016 jam 9.00 pagi.
Program Memperkasakan Transformasi Pendidikan: Perarakan Apresiasi Kokurikulum Peringkat Sekolah 2016
Perarakan Apresiasi Kokurikulum Peringkat Sekolah 2016 kolaborasi bersama SM Sains Kuala Terengganu (SESTER) diadakan pada 23 Februari 2016 jam 3.00 petang. Perarakan bermula di tapak perhimpunan SM Sains Kuala Terengganu dengan sesi taklimat dan berakhir di Dataran Perhimpunan SK Tengku Bariah dengan nyayian lagu Negaraku dan Selamat Sultan. Aktiviti ini juga adalah merupakan satu mekanisme memasyrakatkan kokurikulum serentak Memperkasakan Transformasi Pendidikan Terengganu.
Sunday, February 21, 2016
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 27
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 27 telah diadakan pada 20 Februari 2016 di Dataran Seri Bariah. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Datuk Haji Mohd Sabri bin Alwi Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu.Selain itu penyampaian sumbangan bantuan khas awal persekolahan 1 Malaysia (BKAP1M) turut diadakan.
.
.
Bantuan khas awal persekolahan 1 Malaysia
Mesyuarat PIBG kali ke 27
Wednesday, February 10, 2016
Majlis Perjumpaan Ibu Bapa/ Penjaga Murid Tahun 6 2016
Perjumpaan ibu bapa / penjaga dengan guru-guru murid Tahun 6 telah diadakan pada 3 Februari 2016(Rabu) di bilik SSB. Majlis bermula jam 10.00 pagi. Program ini diadakan bertujuan memberi taklimat kecemerlangan UPSR dan perbincangan antara penjaga dan guru.Selain itu juga dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dengan guru-guru untuk kejayaan dan kecemerlangan murid-murid.
![]() |
Perjumpaan ibu bapa /penjaga dengan guru-guru murid Tahun 6 |
Majlis Persaraan En. Hasnan B Muda
31 Januari 2016 majlis persaraan guru kauseling cikgu Hasnan b Muda telah diadakan di Dataran Bariah SKTB. Beliau bermula berkhidmat di SKTB pada 1 Februari 2015 hingga 21 Januari 2016. Majlis bermula selepas perhimpunan sekolah.
.Jasamu dikenang..Budimu disanjung
Monday, February 1, 2016
Program Gotong Royong
Program gotong royong memerangi aedes peringkat sekolah diadakan pada 28 dan 30 Januari 2016 di sekitar SK Tengku Bariah. Program bermula jam 8.00 pagi. Antara yang hadir ialah YDP PIBG, penduduk setempat dan guru.
Sunday, January 24, 2016
Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pusat Sumber dan Rakan Sebaya
Majlis Watikah Pelantikan Pengawas telah diadakan di Dataran Perhimpunan bersama Majlis Perhimpunan Mingguan di Dataran Perhimpunan. Perasmian telah di sempurnakan oleh Inspektor Mohamad Adzlan Bin Zakaria iaitu Ketua Pegawai lalulintas IPD Kuala Terengganu. Majlis berakhir dengan penyampaian Sijil Watikah Pelantikan dan Ikrar pelajar.
Kejohanan Merentas Desa 2016
Aktiviti Merentas Desa telah berlangsung pada 20 Januari 2016. Aktiviti ini turut mendapat kerjasama daripada pihak PDRM dan telah berjalan dengan lancarnya.
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2016
Pada tanggal 19 Januari 2016 Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah berjaya diadakan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah perarakan sambil berselawat, pertandingan bercerita, pertandingan bacaan teks Bahasa Arab, pertandingan melukis, pertandingan dan ceramah.
Sunday, January 17, 2016
Amalan Pelancaran Guru Penyayang 2016
Pelancaran Guru Penyayang 2016 diadakan pada 17 Januari 2016 di Dataran Bariah jam 8.00 pagi.
Program di jalan dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar iatu Puan Hajah Rajmi bt Omar dan acara memotong riben bunting, penyampaian kad kepada murid dan guru sempena ulang tahun kelahiran bulan Januri 2016.
![]() |
Pelancaran guru penyayang 2016 |
Program Minggu Transisi Tahun 1 2016
Program, transisi dijalankan bagi murid tahun 1 mulai minggu pertama hingga minggu kedua persekolahan tahun 2016. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal pembelajaran di sekolah. Program ini diakhiri dengan acara sukaneka, program kesihatan dan majlis penutup dengan penyampaian hadiah oleh Tuan Guru Besar, Puan Hajah Rajmi bt Omar.
![]() |
Minggu tansisi murid tahun 1 |
Sunday, January 3, 2016
Hari Pertama Persekolahan 2016
Taklimat Pendaftaran Murid Tahun 1
Subscribe to:
Posts (Atom)
Penafian:
Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------
Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com