Pada 26 Januari 2014 pihak sekolah telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 25 serta majlis pengagihan bantuan wang persekolahan berjumlah RM100.00 setiap seorang sesi 2014.
Kedua Majlis ini dirasmikan oleh Datuk Sabri Alwi Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu. Majlis ini bermula jam 2.00 petang. Semua ibu bapa dijemput hadir bagi menyempurnakan kedua majlis ini. Majlis bermula dengan ucapan Guru Besar, YDP PIBG dan YB DatukSabri Alwi. Sejurus itu wang bantuan turut disampaikan kepada penjaga murid-murid oleh Datuk Sabri Alwi.
Kemudian majlis ini di teruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 25 dan berakhir dengan agihan wang bantuan persekolahan kepada ibu bapa murid di kelas masing-masing. Majlis berakhir lebih kurang jam 5.30 petang.

GURU DAN KAKITANGAN


Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.
Pendaftaran | Lihat Rekod
Monday, January 27, 2014
Sunday, January 26, 2014
Majlis Perjumpaan Guru-Guru dan Ibu Bapa Murid Tahun 6 2014
Majlis Perjumpaan Guru-Guru dan Ibu Bapa Murid Tahun 6 2014 diadakan pada 25 Januari 2014(Sabtu) bertempat di SSB SK Tengku Bariah. Majlis telah bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari.Program ini memberi peluang kepada semua murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah bagi mencapai prestasi cemerlang sebanyak mungkin dalam merealisasikan pendidikan terbilang di kalangan pelajar-pelajar negeri Terengganu amnya.
![]() |
Majlis Perjumpaan Guru-Guru dan Ibu Bapa Murid Tahun 6 |
Monday, January 20, 2014
Majlis Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1435H / 2014M
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah di adakan dengan penuh gemilang pada 19 Januari 2014 bersamaan 17 Rabiul Awal 1435H di Dataran SKTB. Majlis bermula seawal jam 7.30 pagi dengan murid murid berkumpul di Dataran. Tepat jam 7.40 pagi pengerusi majlis Ustazah Salina Ahmad memulakan majlis dan di teruskan oleh Ustaz Abdullah Muda dengan bacaan selawat.
Majlis di serikan lagi dengan ceramah khas sempena Maulidur Rasul oleh Ustaz Baderul Wan Mat Ali.
Tepat pukul 12.10 tengahari di diadakan majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang pemenang majlis di akhir dengan bacaan selawat oleh cikgu Che Mat Shapie b Mat Rosidi.
Majlis di serikan lagi dengan ceramah khas sempena Maulidur Rasul oleh Ustaz Baderul Wan Mat Ali.
Tepat pukul 12.10 tengahari di diadakan majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang pemenang majlis di akhir dengan bacaan selawat oleh cikgu Che Mat Shapie b Mat Rosidi.
Program Minggu Transisi Tahun 1 2014
![]() |
Program Minggu Transisi Tahun 1 SKTB |
Program Motivasi UPSR Murid Tahun 5 & 6 2014
![]() |
Ceramah Motivasi UPSR murid tahun 5 &6 |
Wednesday, January 1, 2014
Hari Pertama Persekolahan 2014
Sesi persekolahan 2014 telah bermula. Warga sekolah sangat mengalu-alukan kedatangan murid-murid dan menyambutnya di hadapan pintu pagar. Murid yang datang awal telah diberi cenderahati. Pada hari ini juga murid tahun 1 pertama kali melangkah kaki ke alam persekolahan.
Pelbagai ragam mereka pada hari pertama ini, namun semua ini menambah warna-warni alam persekolahan.
Sambutan dimeriahkan lagi dengan kehadiran YDP PIBG En. Khailani bersama AJK PIBG yang lain di samping guru-guru SKTB.
![]() |
Kedatangan murid ke sekolah bagi sesi 2014 |
Sambutan dimeriahkan lagi dengan kehadiran YDP PIBG En. Khailani bersama AJK PIBG yang lain di samping guru-guru SKTB.
![]() |
Kedatangan murid tahun 1 di SKTB |
Pendaftaran Murid Sesi Persekolahan 2014
Pendaftaran murid bagi sesi tahun 2014 diadakan pada 31 Disember 2013 di SK Tengku Bariah.Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi.Bagi murid tahun 1 2014 taklimat telah diadakan di bilik SSB yang disampaikan oleh guru besar SKTB.
![]() |
Pendaftaran dan taklimat bagi sesi persekolahan 2014 |
Kursus Pengurusan Tatatertib
Subscribe to:
Posts (Atom)
Penafian:
Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------
Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com