Pada 22 Oktober 2013 satu program kursus kepimpinan murid tahun 4 dan 5 serta majlis penutup aktiviti Ko Kurikulum diadakan. Program bermula pada jam 2.00 petang dengan didahului
kursus kepimpinan selama satu setengah jam di SSB sekolah.Tepat jam
3.30 petang semua murid yang terlibat bersama dengan guru-guru pemimpin
masing-masing berhimpun di Dataran Perhimpunan untuk majlis pembarisan.
Acara pemeriksaan pembarisan telah disempurnakan oleh YM Tengku Hassan
selaku Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Majlis berakhir dengan
perasmian penutup oleh Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, YM Tengku
Hassan.

GURU DAN KAKITANGAN


Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.
Pendaftaran | Lihat Rekod
Thursday, October 24, 2013
Monday, October 21, 2013
Kursus 1 Bestari Frog VLE
Seramai 43 orang guru menghadiri kursus yang diadakan pada 20 dan 27 Oktober bertempat di makmal komputer. Taklimat dan ceramah di sampaikan oleh Penyelaras Frog SKTB. Aktiviti secara hand-on dilakukan dengan menggunakan PC dan Samsung Chromebook yang telah dibekalkan. Guru-guru belajar
cara mengedit dashboard masing-masing,membina sites, assignment dan
quiz serta pelbagai aktiviti lain dalam Frog VLE.
Sunday, October 20, 2013
Monday, October 14, 2013
Lawatan DAn Program Benchmarking Sempena Program Bina Insan Guru Fasa 6 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
Seramai 22 orang guru pelatih dan 1 pensyarah pengiring telah mengadakan Lawatan dan Program Benchmarking Sempena Program Bina Insan Guru Fasa 6 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan di SK Tengku Bariah pada 13 Oktober 2013.Program adalah untuk memenuhi keperluan tugasan Program Bina Insan Guru Fasa 6.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Penafian:
Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------
Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com