Majlis Persaraan
PN HAJAH YATI & PN HAJAH ZURIYANI
Tanggal 31 Julai 2013 merupakan tarikh persaraan bagi 2 orang warga SKTB. Beliau ialah Puan Hajah Yati bt Jusoh dan Puan Hajah Zuriyani bt Yusof. Pihak sekolah telah mengadakan majlis bagi meraikan perpisahan ini.
Walaupun di bulan Ramadan majlis ini tetap meriah. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku dan Selamat Sultan, ucapan wakil murid, guru, guru besar dan berakhir dengan ucapan daripada mereka yang diraikan.
 |
Penyampaian hadiah oleh kelab guru, panitia dan murid |
 |
Majlis bersalam-salaman |
 |
Perarakan ke pintu pagar sekolah |
Majlis berakhir dengan bacaan selawat, bersalam-salaman, perarakan dan lambaian perpisahan daripada semua warga SKTB sehingga ke pintu pagar sekolah.