Majlis Khatam Al Quran di Surau An Nur |

GURU DAN KAKITANGAN


Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.
Pendaftaran | Lihat Rekod
Tuesday, July 30, 2013
Majlis Khatam Al Quran Peringkat Sekolah
Thursday, July 18, 2013
Jamuan Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Dan Miskin
Pada 17 Julai 2013 Badan Kebajikan sekolah telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa untuk murid-murid miskin dan anak-anak yatim. Seramai 25 orang murid terlibat dan juga disertai bersama seramai 35 orang guru termasuk ahli keluarga masing-masing. Majlis ini diadakan di Terengganu Equestrion Resort (TER) Kuala Ibai. Tujuan majlis ini diadakan untuk meraikan murid-murid tersebut sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak.
![]() |
Guru-guru bersama ibubapa menghadiri majlis berbuka puasa |
![]() |
Murid-murid sktb menghadiri majlis berbuka puasa. |
![]() |
Alhamdullah...selesai sudah majlis berbuka puasa. |
Thursday, July 4, 2013
Program BSN School Attack 2013
Amalan menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi. Menabung memberi banyak faedah. Antara kebaikan menabung, kita dapat mengamalkan sikat berjimat cermat dalam berbelanja. Amalan menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi. Menabung memberi banyak faedah. Antara kebaikan menabung adalah kita dapat mengamalkan sikap berjimat cermat.Apabila, kita menabung kita telah mempunyai wang simpanan.
Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang pembelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.
Program ini adalah usahasama dari pihak Badan Kebajikan Murid SKTB dan Pihak BSN dalam merealisasikan amalan menabung di kalangan murid-murid SK. Tengku Bariah, Kuala Terengganu.
Program ini diadakan pada 3 Julai 2013 di Bilik SSB.
Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang pembelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.
Program ini adalah usahasama dari pihak Badan Kebajikan Murid SKTB dan Pihak BSN dalam merealisasikan amalan menabung di kalangan murid-murid SK. Tengku Bariah, Kuala Terengganu.
Program ini diadakan pada 3 Julai 2013 di Bilik SSB.
Kejohanan Balapan Dan Padang SK Tengku Bariah Tahun 2013
Tanggal 26 Jun 2013. Pihak sekolah telah menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan. Program ini diadakan di padang sekolah. Semua murid terlibat. Murid tahap 1 berentak dalam acara sukaneka dan acara padang sahaja.Acara yang dipertandingkan bermula dengan saringan pada sebelah pagi dan acara akhir bermula jam 2.00 petang. Olahragawan tahun ini jatuh kepada Nazirul Amin b Mustafa manakala olahragawati pula jatuh kepada Siti Fatimah bt Abdullah.
Program ini berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dissempurnakan oleh Guru Besar, Pn. Hjh Azma bt Senun seterusnya merasmikan majlis penutup Kejohanan Sukan Sekolah bagi sesi 2013
Wednesday, July 3, 2013
Ceramah Diambang Ramadhan Tahun 2013 / 1434 Hijrah
Tajuk:"Ahlan WaSahlan Ya Ramadhan"
Ceramah diambang ramadhan tahun 2013 / 1434 Hijrah diadakan di Bilik SSB jam 2.00 petang.
Penceramah jemputan iaitu Hajah Azizah binti Mohamad pegawai Yayasan Islam Terengganu. Program"Ceramah di Ambang Ramadhan" telah di anjurkan SKTB.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Penafian:
Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------
Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com