Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Wednesday, November 19, 2014

Majlis Jamuan Akhir Tahun, Pertukaran Dan Persaraan Warga Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah

Majlis Jamuan Akhir Tahun, Pertukaran dan Persaraan Warga SK Tengku Bariah di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada 18 November 2014.



Majlis Anugerah Kecemerlangan 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2014 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Mohd Sabri bin Alwi Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu. Majlis bermula jam 11.00 pagi di Bilik SSB SK Tengku Bariah pada 18 November 2014.Antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Cemerlang Pemulihan, Kecemerlangan Tahap 1, Tahap 2 dan Anugerah Tokoh Akademik, Ko Kurikulum dan Keterampilan.


Wednesday, November 12, 2014

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah 2014

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah telah diadakan di Dataran Perhimpunan SK Tengku Bariah Kuala Terengganu pada 11 November 2014. Sambutan Maal Hijrah bermula jam 7.40 pagi hingga 1.10 petang. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Salina Binti Ahmad guru J-Qaf SK Tengku Bariah. Antara acara yang dipertandingkan ialah Pertandingan Nasyid, Sajak dan Bercerita Sempena Maal Hijrah.

Thursday, November 6, 2014

Kursus Pengurusan Jenazah SK Tengku Bariah

Kursus pengurusan jenazah telah diadakan di SK Tengku Bariah bertempat di bilik SSB.Kursus bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi.Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Penguatkuasa) iaitu Ustaz Haji Mohamad bin Deraman telah menyampaikan ceramah. Semua murid tahun 6 terlibat dalam ceramah tersebut.

Program Kem Membaca 1 Malaysia 2014(KM1M 2014)

Program Kem Membaca 1 Malaysia 2014 (KM1M 2014) telah dijalankan pada 4 hingga 6 November 2014(Selasa - Khamis) di Dataran Perhimpunan SK Tengku Bariah. Program KM1M 2014 diadakan secara serentak di seluruh negara.Program ini bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dan pembelajaran sepanjang hayat.


Sunday, October 12, 2014

Sambutan Hari Raya Aidiladha 2014

Sambutan Hari Raya Aidiladha 2014 diadakan pada 7 Oktober 2014 Selasa bertempat di Dataran Perhimpunan SK Tengku Bariah Kuala Terengganu. Majlis bermula jam 10.40 pagi dan berakhir jam 1.10 tengah hari.
Sambutan hari raya Aidiladha 2014

Tuesday, September 30, 2014

Lawatan Bermaklumat Sekitar Kuala Terengganu

Lawatan bermaklumat sekitar Kuala Terengganu diadakan pada 23 hingga 25 September 2014. Murid berpeluang melawati UMT Fakulti Sains Perikanan, Akzakultur, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. Pada hari kedua lawatan santai di TER untuk bermain boling dan pada hari ketiga murid dibawa melawat ke TTI River Cruice dan Taman Monumen.

Lawatan bermaklumat murid Tahun 6 SKTB

Lawatan Sambil Belajar Murid Tahun 6 SK Tengku Bariah

Lawatan sambil belajar murid Tahun 6 SK Tengku Bariah ke Kuala Lumpur dan Melaka pada 23 hingga 25 September 2014.Lawatan ini melibatkan 7 guru pengiring dan 31 pelajar dari SK Tengku Bariah.
Antara tempat - tempat yang dilawati ialah Zoo Melaka, Kidzania dan Petrosains KLCC.

Lawatan ke Kidzania dan KLCC

Lawatan ke Zoo Melaka
 

Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014

Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014 
24 September 2014 

Tuan Guru Besar, PKHEM dan PKKO bersama murid menjayakan Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 1

Sunday, September 7, 2014

Salam Restu Ilmu

Sebelum menghadapi peperiksaan sebenar UPSR. Satu majlis restu ilmu telah diadakan pada hari Ahad, 7 September 2014, selepas perhimpunan mingguan bertempat di dataran perhimpunan. Berbagai- bagai kata perangsang dan sokongan dititipkan kepada anak didik diutarakan oleh guru-guru. Guru-guru dan pihak sekolah berharap dan mendoakan semoga semua calon UPSR tahun 2014 mendapat kejayaan yang cemerlang, Insyaalah.

   

Majlis Sembahyang Hajat Perdana

Pada 4 September 2014 (Khamis) pihak sekolah dengan kerjasama PIBG mengadakan Majlis Sembahyang Hajat Perdana bagi murid Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan UPSR 2014. Majlis ini bermula jam 6.30 petang bertempat di Surau Annur SK Tengku Bariah.Semua ibu bapa dan murid Tahun 6 dijemput hadir.

Monday, September 1, 2014

Lawatan Rehat Minda UPSR Tahun 2014

Lawatan Rehat Minda UPSR Tahun 2014 bertempat di Taman Rekreasi Pantai Merang , Setiu, Terengganu pada 27 Ogos 2014. Semua murid tahun 6 terlibat aktiviti tersebut.


Thursday, August 14, 2014

Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Pada hari Rabu, 13 Ogos 2014, warga SKTB telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.Majlis yang diadakan telah disambut dengan meriah dengan guru-guru dan murid-murid memakai pakaian raya masing-masing.Guru, murid dan tetamu disajikan dengan pelbagai juadah raya yang begitu enak dan menyelerakan. Majlis juga diserikan dengan persembahan nyayian oleh guru-guru dan murid-murid.



Sunday, July 20, 2014

Majlis Sumbangan Hari Raya

Majlis Sumbangan Hari Raya kepada murid-murid, anak-anak yatim dan miskin SKTB telah berlangsung pada hari Khamis 18 Julai 2014 bertempat di Surau An Nur jam 9.40 pagi. Seramai 12 orang anak yatim dan 33 murid miskin SKTB menerima sumbangan tersebut hasil daripada derma ikhlas para guru SKTB. Sumbangan telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKTB Pn. Hajah Azma bt Senun.
Sumbangan hari raya SKTB

Wednesday, July 16, 2014

Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Jamaii

Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Jamaii yang diadakan di SK Tengku Bariah.. 

Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Jamaii diadakan pada 14 Julai 2014 jam 6.00 hingga 9.30pm bertempat di Surau An Nur & kantin SKTB.Semua guru dan kakitangan sekolah terlibat dalam majlis tersebut. Turut hadir YDP PIBG sekolah serta AJK PIBG.Program berbuka Puasa dan Khatam Al Quran ini dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara guru serta keluarga.

Semoga program yang bermanfaat di bulan yang penuh dengan keberkatan ini mendapat kerjasama daripada semua pihak yang sanggup menghulurkan sumbangan dan bantuan ke arah menjayakan program ini dan beroleh keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T. Mudah-mudahan Allah memberi taufik dan hidayah kepada mereka yang berbakti untukNya. Amin.

Sunday, June 29, 2014

Kejohanan Sukan Tahunan SKTB 2014

 Tanggal 25 Jun 2014 Kejohanan Sukan Tahunan telah berlangsung dengan meriahnya. Temasya Kejohanan Sukan Tahunan pada tahun ini telah dirasmikan oleh Naib YDP PIBG Tn. Haji Ali bin Abu Bakar, dalam ucapanya beliau menyatakan bahawa Kejohanan Sukan di sekolah merupakan aktiviti yang menyeronokan dan murid-murid sangat teruja untuk mempamerkan kebolehan masing-masing disamping pihak sekolah boleh membuat pemilihan terhadap kebolehan murid-murid dalam bidang sukan sebagai wakil sekolah di Kejohanan Sukan Sekolah- Sekolah akan datang.

Sukan SKTB 2014
Anugerah olahragawan menjadi milik adik Nazirulamin bin Mustafa manakala olahragawati disandang oleh adik Nur Aulia Syuhada bt Abdul Rahim. Seterusnya pasukan Rumah Hijau telah menjadi johan keseluruhan kejohanan diikuti dengan tempat kedua dari pasukan Rumah Kuning, kemudia pasukan Rumah Merah dan akhir sekali pasukan Rumah Biru. Temasya ini berakhir dengan majlis Penyampaian hadiah jam 5.00 petang.

Acara yang dimainkan

Monday, June 23, 2014

Program Pameran Kesihatan Dan Latihan Kebakaran Oleh Pihak Bomba


Pameran Kesihatan
Satu pameran kesihatan telah diadakan bertujuan menambah pengetahuan murid tentang kepentingan menjaga kesihatan dan perlunya hidup sihat. Murid-murid diberi penerangan dan diajar cara-cara menjaga kebersihan dan kesihatan. pameran ini bertempat di Dataran Perhimpunan.

Latihan Kebakaran
Selain itu Latihan Mencegah Kebakaran dan menyelamat diri turut dijalankan pada hari yang sama. Dalam aktiviti ini semua murid, guru dan pekerja sekolah telah diberi penerangan tentang cara-cara mencegah dan menyelamat diri oleh pihak bomba. Latihan ini sangat mendapat sambutan dan kerjasama daripada semua pihak. Aktiviti ini bertempat di padang sekolah.

Sunday, June 22, 2014

Temu Murni Dan Program Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)

Majlis Temu Murni bagi murid tahun 1 hingga 6 telah diadakan pada 21 Jun 2014 bersama dengan Program Penerangan tentang PBS kepada ibu bapa dan penjaga murid tahun 1 hingga 4. Dua program ini dijalankan serentak memandangkan hari ini ialah hari cuti umum dan menyenangkan ibu bapa serta penjaga untuk hadir menjayakan program ini. Program ini bertujuan memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga untuk berjumpa dan berbincang dengan guru-guru bagi meningkatkan lagi mutu kecemerlangan murid-murid. Seterusnya program penerangan tentang PBS untuk memberi keterangan tentang pelaksanaan PBS di sekolah kepada ibu bapa dan penjaga.



Sambutan Israk dan Mikraj 2014

Pada 19 Jun 2014 satu Majlis Sambutan Israk dan Mikraj telah diadakan bermula jam 8.30 hingga 9.30 pagi di dataran perhimpunan. Aktiviti yang dijalankan ialah ceramah tentang Peristiwa Israk dan Mikraj yang disampaikan oleh ustaz Ahmad Yusri bin Yusof.

Monday, May 19, 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada tanggal 18 Mei 2014. Bagi memeriahkan lagi sambutan, pelbagai acara dipersembahkan sama ada daripada guru atau murid. Majlis sambutan berakhir dengan acara pertukaran hadiah di kalangan warga SKTB.

Sambuatan Hari Guru Peringkat Sekolah di SKTB

Aktiviti guru dan murid


Sunday, May 11, 2014

Majlis Sembahyang Hajat Kali Ke-2

Majlis Sembahyang Hajat telah diadakan pada 10 Mei 2014 (Sabtu) jam 7.00 pagi bertempat di Surau SK Tengku Bariah.Majlis Sembahyang Hajat diadakan dengan kerjasama PIBG untuk murid tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan UPSR 2014.

Solat Hajat kali ke-2 di Surau SK Tengku Bariah

Thursday, April 24, 2014

Alumni SPA82 Bersama Murid-Murid Tahun 4,5 & 6

Program "Hayati Sejarah Perkasa Jati Diri" diadakan pada 22 April 2014 bertempat di Dataran Perhimpunan jam 2.00 hingga 3.30 petang. Ceramah telah disampaikan oleh DSP Azhar bin Muda, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Muar, Johor. Program Alumni SPA82 ini dianggotai seramai 13 orang AJK.Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan komuniti luar di bawah Program Khidmat Masyarakat Alumni SPA82. Alumni ini juga turut memperkenalkan seorang anak istimewa yang bernama Fakhirul Naim bin Mohamad Fadzly. Anak ini telah bercerita tentang sejarah Bukit Kepong.



Program Membaca 10 minit

Sempena Sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia Tahun 2014 satu program perdana telah diadakan pada pukul 10.00 pagi pad 22 April 2014 untuk membaca selama sepuluh(10) minit. Program dijalankan di Tapak Perhimpunan dengan melibatkan penyertaan semua murid dan kakitangan SK Tengku Bariah.

Sempena Sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia Tahun 2014

Wednesday, April 23, 2014

Perkhemahan Unit Beruniform 2014

Pada 17 April hingga 20 April 2014, Perkhemahan Unit Beruniform SK Tengku Bariah telah diadakan di perkarangan Surau Annur. Seramai 102 orang murid Tahun 6 daripada 5 pasukan unit beruniform telah mengambil bahagian dalam perkhemahan kali ini. Pelbagai aktiviti bercorak fizikal seperti Jungle Trekking, Explorace, Pertandingan Kawad Kaki telah diadakan selain aktiviti lain seperti Pertandingan Masakan, Pertandingan Pertolongan Cemas, serta Pertandingan Ikatan dan Simpulan turut diadakan. Kemuncak aktiviti perkhemahan diserikan dengan Persembahan Malam Kebudayaan oleh semua Unit Beruniform. Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan Unit Beruniform telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Pn Hjh Azma bt senun. Johan keseluruhan Perkhemahan Unit Beruniform 2014 dimenangi oleh Pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah. Hadiah kepada semua pemenang serta sijil turut disampaikan oleh Tuan Guru Besar.


Aktiviti mendaki bukit besar

Wednesday, April 2, 2014

Program Motivasi UPSR 'SEMINAR JIHAD PENDIDIKAN' Oleh Kelab Tutor Remaja - Alumni UNISZA & UPSI

Program Motivasi UPSR 'SEMINAR JIHAD PENDIDIKAN' oleh Kelab Tutor Remaja diadakan di Bilik SSB SK Tengku Bariah pada 2 April 2014.Program ini disampaikan oleh En.Syahmi bin Mokhtar dari UMT,Motivator, En. Borhan Sidqi bin A.Rahim dari UNISZA, Penasihat Undang-Undang & Jurulatih Pengucapan Awam dan En. Fitri bin Mokhtar dari UPSI,Motivator. Progam ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang.


Pertandingan / Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Rendah

Pasukan Nasyid SK Tengku Bariah

Festival Nasyid peringkat PKG Bukit Besar 2014 diadakan pada 1 April 2014 di Dewan Besar SK Sultan Sulaiman II. Seramai 7 buah sekolah menyertai pertandingan tersebut. SK Tengku Bariah telah mendapat tempat kedua.Walaubagaimanapun tempat pertama diungguli pasukan nasyid SK Sultan Sulaiman 1 manakala tempat ketiga dimenangi oleh SK Seri Budiman. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Tengku Hassan, Ustazah Seri Banun,Ustazah Norliza dan Ustazah Salina kerana memberi tunjuk ajar kepada pasukan Nasyid SK Tengku Bariah.

Thursday, March 20, 2014

Lawatan Dari Mantan KPPM

 Lawatan Tan Sri Alimuddin Bin Mohd Dom iaitu Mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) ke SK Tengku Bariah pada 20 Mac 2014







Thursday, March 6, 2014

Majlis Penyampaian Hadiah & Sijil

Majlis Penyampaian Hadiah & Sijil Pemenang Pertandingan Sahibba Peringkat Daerah Kuala Terengganu Selatan dan Kem Perkhemahan Pengakap Daerah Kuala Terengganu (Ketua Sekawan)  oleh Tuan Guru Besar pada 2 Mac 2014

Tahniah kepada Ainun Nadhirah bt Suhaimi kerana telah mendapat Naib Johan dan juga Nur Ain Nabilah bt Mohd Roslee mendapat tempat keempat dalam Pertandingan Sahibba Peringkat Daerah KTS di SMK Manir


Kem Perkhemahan Pengakap Daerah Kuala Terengganu (Ketua Sekawan) 2014 yang berlangsung selama 3hari 2malam di Kem Pengakap Tengku Ismail, Telaga Batin yang melibatkan 10 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan SKTB


Tuesday, February 25, 2014

Program Mentor Mentee Guru Penyayang Kali 1 2014

Program Mentor Mantee Guru Penyayang SKTB telah diadakan pada 23 Februari 2014 (Ahad). Program ini diadakan pada waktu perhimpunan mingguan untuk semua murid Tahun 1 hingg 6. Antara aktiviti yang dijalankan ialah penghargaan kepada murid (mentee) yang cemerlang dan ucapan selamat hari lahir kepada murid. Selain itu, guru (mentor) juga menerapkan nilai murni kekemasan diri, menghormati warga sekolah dan pelawat dan mematuhi peraturan sekolah kepada mentee.

Program Mentor Mentee Guru Penyayang

Monday, February 24, 2014

Kem Motivasi Dan Kecemerlangan UPSR FASA 1 2014

Pada 20, 21 dan 22 Februari 2014, SKTB telah mengadakan Kem Motivasi dan Kecemerlangan UPSR Fasa 1 di SKTB. Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa UPSR dengan kerjasama Jawatankuasa Bimbingan dan Kauseling. Program yang berlangsung selama 3 hari ini disertai oleh 102 orang murid Tahun 6. Pengisian pada hari pertama ialah Slot Motivasi & Teknik Menjawab Subjek Bahasa Melayu & Matematik1. Pada hari kedua, peserta mengikuti Slot Teknik Menjawab Matematik dan Bahasa Inggeris. Pada hari ketiga pula, ialah slot Sains dan Motivasi 2. Selain itu, turut diadakan juga slot Solat Hajat & Bacaan Modul Kecemerlangan oleh para ibubapa dan guru-guru di surau pada hari kedua. Kem ini telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna sepertimana yang dirancang.


Thursday, February 6, 2014

Program Motivasi UPSR "Kenali Diri & Jejak Cemerlang UPSR"

Program Motivasi UPSR "Kenali Diri & Jejak Cemerlang UPSR"
Tarikh 6 Februari 2014 (8.40 pagi hingga 1.10 tengahari)
Bilik SSB SK Tengku Bariah
Semua Murid Tahun 6
Program Motivasi UPSR di bilik SSB


Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka