Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Thursday, November 17, 2011

Pembahagian Wang Bantuan Khas Persekolahan 2012



Seperti yang diumumkan di dalam Bajet 2012 oleh Perdana Menteri iaitu Dato’ Seri Najib b. Razak bagi meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah maka rakyat diberikan bantuan sebanyak RM100. Bantuan RM100 ini dijalankan di sekolah masing-masing di seluruh Malaysia. Bagi SK Tengku Bariah Majlis Pembahagian Bantuan RM100 diadakan pada 16 November. Majlis itu dirasmikan oleh YBhg Dato’ Wan Hisham b. Dato’ Wan Salleh iaitu Penyelaras Dun Ladang yang berlangsung di Dataran Seri Bariah pada pukul 10.00 pagi. Di dalam majlis itu Puan Guru Besar iaitu Puan Hjh Azma bt Senun menyerahkan replika cek sebanyak RM58,200 kepada YBhg Dato’ Wan Hisham b. Dato’ Wan Salleh. Selepas itu, guru kelas membahagikan bantuan itu di kelas masing-masing kepada murid-murid sambil ditemani oleh ibu bapa masing-masing.

Tuesday, November 15, 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2011



Pada 15November 2011 bertempat di Dataran Seri Bariah diadakan satu Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar. Majlis yang penuh gilang gemilang itu telah dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu iaitu En.Mohd Sharif bin Hassan.Majlis dimulakan pada pukul 8.30 pagi dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis iaitu Wan Maizatul Akmar bt Wan Ahmad. Majlis berehat sebentar pada pukul 10.00 pagi. Selesai jamuan,acara penyampaian hadiah dimulakan pada pukul 10.30 pagi dengan Anugerah Intervensi & Anugerah Program NILAM yang disampaikan oleh TDP PIBG iaitu En.Mohd Khailani bin Ismail. Bagi Anugerah Intervensi seramai 11 orang penerima yang menerimanya dan Anugerah Program NILAM pula seramai 30 orang yang menerimanya. Selepas itu Anugerah Akademik bagi Tahap 1 dan Tahap 2 telah disampaikan oleh Puan Guru Besar iaitu Pn Hjh Azma bt Senun manakala Anugerah KAFA pula disampaikan oleh Cik Aida Raimi Syafawati bt Asadi.

Bagi anugerah yang dinanti-nantikan iaitu Anugerah Tokoh Murid dan Tokoh Kokurikulum telah disampaikan oleh Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu iaitu En.Mohd Sharif bin Hassan.Bagi kategori Anugerah Tokoh Murid & Kokurikulum Lelaki dianugerahkan kepada Adik Muhammad Azizi bin Awang Zari manakala Anugerah Tokoh Murid Perempuan dianugerahkan kepada Adik Intan Nurliyana bt Ahmad Shafri dan Anugerah Tokoh Kokurikulum Perempuan pula dianugerahkan kepada Adik Rosniza bt Rosli. Majlis diakhiri dengan ucapan tahniah dan murid-murid bersurai diiringi oleh ibubapa masing-masing.

Sunday, November 13, 2011

Majlis Khatam Al-Quran Dan Mahrajan J-Qaf Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Negeri Terengganu

Pasukan Kalam Jama'i SKTB

Majlis Khatam Al-Quran dan Mahrajan J-Qaf Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Negeri Terengganu 2011/1432 diadakan di SK.Padang Mengkuang,Marang,Terengganu pada 10 November 2011.Majlis bermula jam 8.00pagi.Seramai 30 murid tahun 6 SKTB menyertai Kalam Jama'i.

Majlis Qurban Peringkat Sekolah 1432H

Majlis Qurban Peringkat Sekolah di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah diadakan pada 8 November 2011(Selasa) jam 12.00 hingga 1.30 tengah hari di Dataran Perhimpunan SKTB.

Tuesday, November 1, 2011

Kem Robotik


4 orang murid Tahun 4 SKTB bersama guru pengiring mereka,Cikgu Ahmad Adzha telah terpilih mewakili negeri Terengganu untuk Kem Robotik Peringkat Kebangsaan 2011 bertempat di SK Kandis, Bachok,Kelantan pada 21 hingga 25 Oktober yang lalu, anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka