Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Sunday, June 26, 2011

Majlis Temu Murni 2011



Majlis Temu Murni diadakan pada 23 Jun 2011 jam 11.00 pagi di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah.Ibu bapa atau penjaga dijemput hadir ke sekolah untuk menandatangani Laporan OTI II serta bertaya khabar dan berbincang tentang prestasi anak masing-masing.

Menghafaz Al-Quran Pelajar-Pelajar Sekolah Daerah Terengganu Tahun 1432H/2011m


Ujian menghafaz Al-Quran

Ujian menghafaz Al-Quran bagi pelajar Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah diadakan pada 22 Jun 2011 bertempat di Perpustakaan dan Pusat Sumber Sekolah SKTB.Seramai 4 orang juru tasmi' dan 90 orang murid terlibat.Program tersebut diketuai Haji Mohammad bin Deraman.

Thursday, June 16, 2011

Selamat Datang Pn. Azma

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah Puan Hjh Azma bt Senun

Monday, June 13, 2011

Majlis Persaraan Tuan Guru Besar

Majlis Persaraan Tuan Guru Besar iaitu Cikgu Badaudin Bin Ismail diadakan pada hari khamis 26 Mei 2011 jam 10.00 pagi bertempat di Dataran Ilmu SK Tengku Bariah.Turut hadir Pegawai Pelajaran Daerah Tuan Haji Muhammad Yusuf Bin Hasan iaitu Penyelian Kanan Pengurusan Sekolah Bahagian Hal Ehwal Murid.Mantan Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Tengku Bariah iaitu Tuan Hj Abdul Rahman bin Harun turut hadir.


Murid bersalaman untuk kali terakhir dengan Cikgu Badaudin

Kad gergasi dihadiah oleh guru SKTB kepada Cikgu Badaudin


Guru Penolong Kanan Serta Pegawai Pelajaran Daerah bersama Cikgu Badaudin

Pada majlis tersebut, Cikgu Badaudin diarak menaiki beca yang dihias menuju pintu utama selepas selesai bersalaman dengan semua murid sebagai kenangan terakhir di sekolah.Paluaan Kompang mengiringi sepanjang perarakan. Semua murid tahun 1 hingga 6 berbaris di pintu utama sekolah sebelum Cikgu Badaudin berangkat ke Hotel Primula.


Cikgu Badaudin diarak menaiki beca ke pintu utama SK Tengku Bariah


Warga SKTB bersama Cikgu Badaudin di Hotel Primula

Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka