Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Thursday, March 29, 2012

Ceramah Keselamatan Kebakaran dan Demonstrasi


Ceramah Keselamatan Kebakaran dan Demontrasi Anjuran Kaunseling & Jawatankuasa 3K dengan Kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Pada :
29 mac 2012
Tempat:
Dataran Bariah

Punch Card Terakhir

Tarikh 29 mac 2012 merupakan tarikh akhir perkhidmatan bagi 3 orang staf pejabat SKTB terdiri daripada Pn. Zaharah bt Mohamad (KPT), Pn. Sabariah bt Abd Rani (PT) dan Pn. Nor Amimah bt Mat Zain(PAP). Mereka dipindahkan ke sekolah lain seperti Pn. Zaharah ke SK Kepong, Pn. Sabariah ke SK Padang Midin dan Pn. Nor Amimah ke SMK Sultan Sulaiman.

Align CenterPn. Amimah, Pn. Sabariah, Pn. Zaharah

Bergambar bersama-sama dengan Guru Besar

"Punch Card" terakhir dari mereka

Kami warga SKTB merindui gelak tawa dan senda gurau dari Pn. Amimah, Pn. Zaharah dan Pn. Sabariah.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Naib Johan Nasyid


Pasukan Nasyid bersama guru SKTB


Pasukan nasyid SKTB Al-Jailul Jadid

Pasukan nasyid sekolah"Al-Jailul Jadid" yang melibatkan seramai 12 orang murid diketuai oleh adik Mohd Adib telah di nobatkan sebagai Naib Johan Karnival Nasyid Kebangsaan peringkat PKG Bukit Besar.Pertandingan nasyid itu telah berlangsung pada 29 Mac 2012 bertempat di Dewan SK. Kuala Ibai..

Wednesday, March 28, 2012

Perlawanan Catur

Tarikh : 28.03.2012
Tempat : Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA)
Acara : Perlawanan Catur 12 tahun ke bawah


SKTB telah menghantar seramai 8 orang calon bagi pertandingan catur. Wan Mohd Nasrul b. Wan Mohd Najib telah mengharumkan nama SKTB kerana mendapat tempat yang ke6 daripada
112 orang yang terdiri daripada 14 buah sekolah. Adik Wan Mohd Nasrul telah melalui 6 pusingan dimana beliau menang sebanyak 4kali, 1 seri, 1kalah dan akhirnya beliau dinobatkan Pemenang Tempat ke-6. Tahniah Adik Nasrul!!

Jemputan Persembahan Nasyid


Pasukan SKTB di SK Sultan Sulaiman 1

SK Tengku Bariah telah dijemput untuk membuat persembahan nasyid sempena program bersama Hippo Club Jepun & Kelab Hiroshima bertempat di Dewan SK Sultan Sulaiman 1 pada malam 28 Mac 2012.Persembahan telah mendapat sambutan hangat dan tepukan gemuruh daripada penonton..

Mesyuarat MGB

Tarikh : 28.3.2012
Tempat : Bilik Mesyuarat SKTB
Masa : 9.30 pagi



Semua ahli-ahli MGB berkumpul di dalam bilik mesyuarat SKTB termasuk Pn Hjh Azma bt Senun iaitu Guru Besar SKTB.

Hippo Club Jepun & Kelab Hiroshima

27 Mac 2012 (Selasa)Program bersama Hippo Club Jepun & Kelab Hiroshima telah diadakan di SK Tengku Bariah..Seramai 6 pelajar dari Jepun hadir.Ketibaan pelajar disambut dengan bunga manggar dan paluan kompang..


ketibaan pelajar Jepun..


Sesi bergambar bersama guru dan pelajar

Antara aktiviti diadakan ialah sajak,syair,nyayian,persembahan tarian,kior rasa sayang,penampilan khas dan permainan tradisional..


Aktiviti SKTB bersama guru dan pelajar

Sunday, March 25, 2012

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG)


Hjh Azma,Datuk Sabri dan En.khailani hadir Mesyuarat Agung kali ke-23


Perasmian Galeri Bariah oleh Datuk Haji Sabri b Alwi


Datuk Sabri menandatangani buku lawatan

Pada 23 Mac 2012 (Jumaat) sekolah ini telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali ke 23 / 2012. Majlis mesyuarat tersebut diadakan bertempat di kantin SKTB. Mesyuarat berkenaan telah dirasmikan oleh Datuk Haji Mohd Sabri bin Alwi dan beliau juga telah merasmikan Galeri Bariah. Sempena majlis berkenaan juga pihak sekolah telah menyerahkan bantuan murid RM100.00 kepada ibu bapa/ penjaga murid tahun 1 di kelas masing-masing. Sambutan mesyuarat Agung kali ke 23 ini mendapat sambutan yang menggalakan daripada ibu bapa/ penjaga. Pada pukul 11.30 tengah hari sebelum berakhirnya mesyuarat Agung berkenaan pihak sekolah telah mengadakan cabutan bertuah bagi ibu bapa yang hadir ke mesyuarat berkenaan.Majlis bersurai pada jam 12.30 tengah hari.


Datuk Sabri menyampaikan hadiah kepada ibu bapa

Wednesday, March 7, 2012

PROGRAM EXPLORACE "HAPUS AEDES CEGAH DENGGI"

Program Explorace "Hapus Aedes Cegah Denggi" telah diadakan pada 5 Mac 2012 di SK Tengku Bariah.Program bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari.
Program ini memerlukan penglibatan murid tahun 5 seramai 80 orang yang bertujuan untuk memberi manfaat dan pengetahuan kepada murid berkaitan tempat-tempat pembiakan Aedes serta memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya demam denggi.


Pelajar SKTB membersih kawasan sekitar sekolah



Penghakiman Aktiviti Explorace



Pameran Pencegah Denggi



Majlis Penutup & penyampaian cenderamata

Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka