Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Sunday, November 17, 2013

Keputusan UPSR 2013

Pada 14 November 2013 keputusan UPSR telah diumumkan.Seramai 20 pelajar tahun 6 SK Tengku Bariah telah mendapat 5A tahun 2010. Manakala 4A 1B seramai 17 orang.Slip keputusan peperiksaan telah disampaikan oleh Guru Besar iaitu Pn Hajah Azma di Dataran Perhimpunan SK Tengku Bariah pada jam 10.30 pagi.
Bersama pentadbir dan juga guru-guru tahun 6..Terima kasih cikgu.


Ibu bapa yang meraikan kejayaan anak mereka

Majlis Persaraan

Majlis persaraan Pn. Hajah Meriam Dan Hajah Zaibidah telah berlangsung pada 13 November 2013. Majlis ini diadakan di Dataran Perhimpunan SK Tengku Bariah bermula jam 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku dan Selamat Sultan, ucapan wakil murid, guru, guru besar dan berakhir dengan ucapan daripada mereka yang diraikan. Majlis berakhir dengan bacaan selawat, bersalam-salaman, perarakan dan lambaian perpisahan daripada semua warga SKTB sehingga ke pintu pagar sekolah.

Majlis persaraan Pn. Hajah Meriam Dan Hajah Zaibidah

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Jalinan Mesra PIBG 2013

 Hari Anugerah Kecemerlangan dan Jalinan Mesra PIBG 2013 telah diadakan pada 12 November 2013 di Dataran Perhimpunan SKTB jam 10.30 pagi.Majlis ini di rasmikan oleh Y.Bhg Datuk Mohd Sabri bin Alwi.Turut hadir Tuan Haji Ali bin Abu Bakar. Tokoh murid tahun 2013 ialah  Imran bin Sulaiman(Tokoh Akademik) dan Che Suhaila binti Che Latif(Tokoh Ko Kurikulum).


Imran bin Sulaiman(Tokoh Akademik) dan Che Suhaila binti Che Latif(Tokoh Ko Kurikulum) 2013.

Sunday, November 10, 2013

Majlis Anugerah Nilam 2013

Satu majlis anugerah Bacaan Nilam telah diadakan di sudut Seri Bariah pada 10 November 2013. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid yang aktif membaca. Pengiktirafan ini juga sebagai satu dorongan dan cabaran kepada murid-murid lain mencontohinya. Hadiah di sampaikan oleh Guru Penolong Kanan 1, iaitu  Cikgu Hajah Zaibidah bt Yusof.

Bacaan projek nilam 2013

Majlis Jamuan Akhir Tahun, Persaraan & Perpisahan 2013

Tanggal 8 November 2013 satu jamuan telah diadakan di Hotel Primula Batu Burok. Jamuan ini boleh diklaskan sebagai jamuan 3 dalam 1. Tujuan jamuan ini diadakan untuk meraikan guru-guru yang bertukar, bersara dan akan bersara serta jamuan akhir tahun kelab guru.

Majlis jamuan di Hotel Primula Batu Burok

Semua guru terlibat dan dibuka juga kepada ahli keluarga guru. Program ini berjalan dalam suasana meriah dan santai.

Thursday, October 24, 2013

Kursus Kepimpinan Unit Beruniform Tahun 4 Dan 5 Serta Penutup Aktiviti Ko Kurikulum 2013

Pada 22 Oktober 2013 satu program kursus kepimpinan murid tahun 4 dan 5 serta majlis penutup aktiviti Ko Kurikulum diadakan. Program bermula pada jam 2.00 petang dengan didahului kursus kepimpinan selama satu setengah jam di SSB sekolah.Tepat jam 3.30 petang semua murid yang terlibat bersama dengan guru-guru pemimpin masing-masing berhimpun di Dataran Perhimpunan untuk majlis pembarisan. Acara pemeriksaan pembarisan telah disempurnakan oleh YM Tengku Hassan selaku Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Majlis berakhir dengan perasmian penutup oleh Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, YM Tengku Hassan.




Monday, October 21, 2013

Kursus 1 Bestari Frog VLE

Seramai 43 orang guru menghadiri kursus yang diadakan pada 20 dan 27 Oktober bertempat di makmal komputer. Taklimat dan ceramah di sampaikan oleh Penyelaras Frog SKTB. Aktiviti secara hand-on dilakukan dengan menggunakan PC dan Samsung Chromebook yang telah dibekalkan. Guru-guru belajar cara mengedit dashboard masing-masing,membina sites, assignment dan quiz serta pelbagai aktiviti lain dalam Frog VLE.




Sunday, October 20, 2013

Jamuan Hari Raya Aidil Adha Perdana 1434 Hijrah

TARIK : 17 OKTOBER 2013
TEMPAT : DATARAN ILMU SKTB
MASA : 12.00 TENGAH HARI


Monday, October 14, 2013

Lawatan DAn Program Benchmarking Sempena Program Bina Insan Guru Fasa 6 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

Seramai 22 orang guru pelatih dan 1 pensyarah pengiring telah mengadakan Lawatan dan Program Benchmarking Sempena Program Bina Insan Guru Fasa 6 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan di SK Tengku Bariah pada 13 Oktober 2013.Program adalah untuk memenuhi keperluan tugasan Program Bina Insan Guru Fasa 6.


Monday, September 30, 2013

Kursus Pengurusan Minggu Kem Sukan Sekolah (MKSS)

Kursus Pengurusan Minggu Kem Sukan Sekolah (MKSS) diadakan pada 24 hingga 26 September 2013 bertempat di makmal komputer dan gelanggang bola tampar.Kursus ini melibatkan seramai 49 orang murid 30 lelaki 10 perempuan.

Peserta yang terlibat dalam kursus pengurusan minggu kem sukan sekolah (MKSS)

Sunday, September 29, 2013

Naib Johan Sketsa Petronas Streetsmart Negeri Terengganu 2013

Tahniah !

SK Tengku Bariah telah menjadi Naib Juara dalam Pertandingan Sketsa Petronas StreetSmart Negeri Terengganu yang diadakan pada 25 September 2013.

Terima kasih kepada Ustazah Seri Banun, Cikgu Ahmad Shahrulnizam, Ustazah Hasnizai, Teacher Wan Normala, Cikgu Zaid, Cik Nurhafiah, Cikgu Suhaimi, Cikgu Raja Zaleha, Cikgu Sharifah Zakiah, Cikgu Ayu Salina dan juga semua guru serta murid yang turut sama membantu dalam menjayakan pasukan sekolah ini.

Jutaan terimakasih kepada pihak pengurusan sekolah terutamanya Tuan Guru Besar atas sokongan dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi.

'Kereta Millenium' sesungguhnya membawa tuah kepada SK Tengku Bariah .




Akhbar HARIAN METRO - JUMAAT, 27 SEPT 2013


Wednesday, September 25, 2013

Kem Ibadat Program Pasca UPSR Murid Tahun 6

Pada 17-19 September 2013, semua murid tahun 6 yang telah selesai menduduki peperiksaan UPSR telah mengikuti Kem Ibadat selama 3 hari bertempat di surau An-Nur. Sepanjang kem ini berlangsung murid-murid didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan ilmu agama secara teori dan amali. Tujuan diadakan bagi menambah pengetahuan murid dalam hal ehwal agama secara teori seterusnya dapat memenuhi masa dengan baik.

Penceramah sedang menyampaikan ceramah

Murid khuysuk mendegar ceramah yang disampaikan
Penyampaian Cenderahati kepada penceramah

Program Minggu Bahasa Arab

        Bermula pertengahan September, Panitia Bahasa Arab telah menganjurkan Minggu Bahasa Arab. Program ini akan dijalankan selama dua minggu. Pelbagai aktiviti dirancang. Semua aktiviti yang di dirancang adalah diharapkan dapat menambah kecintaan dan minat murid-murid untuk belajar dan menguasai Bahasa Arab.



        Sepanjang program ini berlangsung, dilihat sambutan murid-murid sangat mengalakkan. Antara aktiviti yang dibuat, Pertandingan Bercerita dalam Bahasa Arab, Smart Vocab dan Tulisan Cantik. Selain itu setiap pagi sebelum PdP dijalankan murid-murid diperdengarkan isitalh-istilah Bahasa Arab mengikut sukatan pelajaran. Aktiviti ini melibatkan semua murid.


Tuesday, September 17, 2013

Lawatan Penanda Aras SK Tasek Utara, Johor Bahru

Lawatan Penanda Aras SK Tasek Utara, Johor Bahru ke SK Tengku Bariah pada 15 September 2013. Lawatan penanda aras adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu kerja, pengalaman dan motivasi diri peserta lawatan melalui perkongsian strategik, pengalaman dan pengurusan organisasi

Sesi bergambar bersama guru SK Tasek Utara

Melawat ke Surau An Nur

Penyampaian cenderahati oleh wakil SK Tasek Utara kepada GPK1 SK Tengku Bariah

Majlis Restu Ilmu

Sentuhan terakhir untuk murid tahun 6, sebelum menghadapi peperiksaan sebenar UPSR. Satu majlis restu ilmu telah diadakan pada hari Ahad, 8 September, selepas perhimpunan mingguan bertempat di dataran perhimpunan. Pada hari ini murid-murid tahun 6 telah memohon restu daripada semua guru. Berbagai-bagai kata perangsang dan sokongan dititipkan kepada anak didik diutarakan oleh guru-guru.
seterusnya guru-guru dan pihak sekolah berharap dan mendoakan semoga semua calon UPSR tahun 2013 mendapat kejayaan yang cemerlang, Insyaalah.   




Monday, September 9, 2013

Majlis Sembahyang Hajat

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah dengan kerjasama PIBG telah mengadakan Majlis Sembahyang Hajat bagi murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan UPSR.Majlis tersebut diadakan di Surau  An Nur SK Tengku Bariah pada 5 September 2013 jam 7.00 petang.




Thursday, September 5, 2013

Program Explorace "Hapus Aedes Cegah Denggi"

Sekoloah Kebangsaan Tengku Bariah telah menjalankan Program Explore"Hapus Aedes Cegah Denggi" pada 5 September 2013.Program ini melibatkan guru dan murid tahun 5.Program ini bertujuan untuk memberi manfaat dan pengetahuan kepada murid berkaitan tempat-tempat pembiakan Aedes serta memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya demam denggi.




Sunday, August 25, 2013

Majlis Sambutan Merdeka Raya 2013

Majlis Sambutan Merdeka Raya 2013

25 Ogos 2013  

Dataran Bariah

10.40 ~ 1.10 Tengah hari



Penyerahan bendera oleh guru besar

Persembahan murid tahap 2




Saturday, August 24, 2013

Program Gotong Royong Pencegahan Denggi

Program gotong royong pencegahan denggi diadakan pada 24 Ogos 2013(Sabtu) mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Semua guru, AJK PIBG dan murid tahun 4 dan 5 terlibat dalam program tersebut.

Program gotong royong di SKTB pada 24 Ogos 2013

Monday, August 5, 2013

Majlis Penyampaian Baju, Kuih Dan Duit Raya Kepada Anak Yatim Dan Murid Miskin 2013

Bagi meringankan beban keluarga dan supaya anak-anak yatim serta murid miskin menikmati kemeriahan menyambut ketibaan Aidil Fitri, pihak sekolah telah mengambil inisiatif melalui Badan Kebajikan dan Bantuan menyediakan sedikit sumbangan kepada mereka. Diharapkan sumbangan ini dapat menambahkan kegembiraan mereka menyambut ketibaan syawal. Seramai 18 orang murid yang terdiri daripada anak-anak yatim dan murid miskin telah menerima sumbangan tersebut. Majlis ini diadakan di SSB SK Tg Bariah pada 4 Ogos 20133 yang disempurnakan oleh Puan Hjh Azma bt Senun Guru Besar SK Tg Bariah.

Penyampaian Baju, Kuih Dan Duit Raya oleh guru besar

Program Solat Hajat Sempena UPSR 2013

Bahang peperiksaan UPSR makin terasa, khasnya murid tahun 6 dan amnya pihak sekolah dan guru-guru. Maka pihak sekolah dengan sukacitanya telah menganjurkan program solat hajat, solat dhuha, bacaan yasin dan bacaan modul kecemerlangan pada 2 Ogos 2013 bertempat di surau An-Nur SK Tg Bariah. Semua ibu bapa murid tahun 6 dijemput bersama untuk menjayakan program ini. Program ini bermula jam 8.30 pagi hingga jam 10.30 pagi. Kehadiran ibu bapa amat mengalakkan seterusnya program ini dilihat telah mencapai objektifnya.
Solat hajat di Surau An-Nur

Thursday, August 1, 2013

Majlis Persaraan

Majlis Persaraan 
PN HAJAH YATI & PN HAJAH ZURIYANI


Tanggal 31 Julai 2013 merupakan tarikh persaraan bagi 2 orang warga SKTB. Beliau ialah Puan Hajah Yati bt Jusoh dan Puan Hajah Zuriyani bt Yusof. Pihak sekolah telah mengadakan majlis bagi meraikan perpisahan ini.
Walaupun di bulan Ramadan majlis ini tetap meriah. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku dan Selamat Sultan, ucapan wakil murid, guru, guru besar dan berakhir dengan ucapan daripada mereka yang diraikan. 
Penyampaian hadiah oleh kelab guru, panitia dan murid

Majlis bersalam-salaman

Perarakan ke pintu pagar sekolah
Majlis berakhir dengan bacaan selawat, bersalam-salaman, perarakan dan lambaian perpisahan daripada semua warga SKTB sehingga ke pintu pagar sekolah.



Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka