Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Thursday, April 24, 2014

Alumni SPA82 Bersama Murid-Murid Tahun 4,5 & 6

Program "Hayati Sejarah Perkasa Jati Diri" diadakan pada 22 April 2014 bertempat di Dataran Perhimpunan jam 2.00 hingga 3.30 petang. Ceramah telah disampaikan oleh DSP Azhar bin Muda, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Muar, Johor. Program Alumni SPA82 ini dianggotai seramai 13 orang AJK.Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan komuniti luar di bawah Program Khidmat Masyarakat Alumni SPA82. Alumni ini juga turut memperkenalkan seorang anak istimewa yang bernama Fakhirul Naim bin Mohamad Fadzly. Anak ini telah bercerita tentang sejarah Bukit Kepong.



Program Membaca 10 minit

Sempena Sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia Tahun 2014 satu program perdana telah diadakan pada pukul 10.00 pagi pad 22 April 2014 untuk membaca selama sepuluh(10) minit. Program dijalankan di Tapak Perhimpunan dengan melibatkan penyertaan semua murid dan kakitangan SK Tengku Bariah.

Sempena Sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia Tahun 2014

Wednesday, April 23, 2014

Perkhemahan Unit Beruniform 2014

Pada 17 April hingga 20 April 2014, Perkhemahan Unit Beruniform SK Tengku Bariah telah diadakan di perkarangan Surau Annur. Seramai 102 orang murid Tahun 6 daripada 5 pasukan unit beruniform telah mengambil bahagian dalam perkhemahan kali ini. Pelbagai aktiviti bercorak fizikal seperti Jungle Trekking, Explorace, Pertandingan Kawad Kaki telah diadakan selain aktiviti lain seperti Pertandingan Masakan, Pertandingan Pertolongan Cemas, serta Pertandingan Ikatan dan Simpulan turut diadakan. Kemuncak aktiviti perkhemahan diserikan dengan Persembahan Malam Kebudayaan oleh semua Unit Beruniform. Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan Unit Beruniform telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Pn Hjh Azma bt senun. Johan keseluruhan Perkhemahan Unit Beruniform 2014 dimenangi oleh Pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah. Hadiah kepada semua pemenang serta sijil turut disampaikan oleh Tuan Guru Besar.


Aktiviti mendaki bukit besar

Wednesday, April 2, 2014

Program Motivasi UPSR 'SEMINAR JIHAD PENDIDIKAN' Oleh Kelab Tutor Remaja - Alumni UNISZA & UPSI

Program Motivasi UPSR 'SEMINAR JIHAD PENDIDIKAN' oleh Kelab Tutor Remaja diadakan di Bilik SSB SK Tengku Bariah pada 2 April 2014.Program ini disampaikan oleh En.Syahmi bin Mokhtar dari UMT,Motivator, En. Borhan Sidqi bin A.Rahim dari UNISZA, Penasihat Undang-Undang & Jurulatih Pengucapan Awam dan En. Fitri bin Mokhtar dari UPSI,Motivator. Progam ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang.


Pertandingan / Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Rendah

Pasukan Nasyid SK Tengku Bariah

Festival Nasyid peringkat PKG Bukit Besar 2014 diadakan pada 1 April 2014 di Dewan Besar SK Sultan Sulaiman II. Seramai 7 buah sekolah menyertai pertandingan tersebut. SK Tengku Bariah telah mendapat tempat kedua.Walaubagaimanapun tempat pertama diungguli pasukan nasyid SK Sultan Sulaiman 1 manakala tempat ketiga dimenangi oleh SK Seri Budiman. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Tengku Hassan, Ustazah Seri Banun,Ustazah Norliza dan Ustazah Salina kerana memberi tunjuk ajar kepada pasukan Nasyid SK Tengku Bariah.

Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka