Pages

GURU DAN KAKITANGAN

GURU DAN KAKITANGAN

Selamat Datang ke Sistem Alumni SK Tengku Bariah. Pengurusan SK Tengku Bariah mengalu-alukan semua bekas warga SK Tengku Bariah mendaftar butiran diri dalam Sistem Alumni ini.

Pendaftaran | Lihat Rekod


Tuesday, February 25, 2014

Program Mentor Mentee Guru Penyayang Kali 1 2014

Program Mentor Mantee Guru Penyayang SKTB telah diadakan pada 23 Februari 2014 (Ahad). Program ini diadakan pada waktu perhimpunan mingguan untuk semua murid Tahun 1 hingg 6. Antara aktiviti yang dijalankan ialah penghargaan kepada murid (mentee) yang cemerlang dan ucapan selamat hari lahir kepada murid. Selain itu, guru (mentor) juga menerapkan nilai murni kekemasan diri, menghormati warga sekolah dan pelawat dan mematuhi peraturan sekolah kepada mentee.

Program Mentor Mentee Guru Penyayang

Monday, February 24, 2014

Kem Motivasi Dan Kecemerlangan UPSR FASA 1 2014

Pada 20, 21 dan 22 Februari 2014, SKTB telah mengadakan Kem Motivasi dan Kecemerlangan UPSR Fasa 1 di SKTB. Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa UPSR dengan kerjasama Jawatankuasa Bimbingan dan Kauseling. Program yang berlangsung selama 3 hari ini disertai oleh 102 orang murid Tahun 6. Pengisian pada hari pertama ialah Slot Motivasi & Teknik Menjawab Subjek Bahasa Melayu & Matematik1. Pada hari kedua, peserta mengikuti Slot Teknik Menjawab Matematik dan Bahasa Inggeris. Pada hari ketiga pula, ialah slot Sains dan Motivasi 2. Selain itu, turut diadakan juga slot Solat Hajat & Bacaan Modul Kecemerlangan oleh para ibubapa dan guru-guru di surau pada hari kedua. Kem ini telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna sepertimana yang dirancang.


Thursday, February 6, 2014

Program Motivasi UPSR "Kenali Diri & Jejak Cemerlang UPSR"

Program Motivasi UPSR "Kenali Diri & Jejak Cemerlang UPSR"
Tarikh 6 Februari 2014 (8.40 pagi hingga 1.10 tengahari)
Bilik SSB SK Tengku Bariah
Semua Murid Tahun 6
Program Motivasi UPSR di bilik SSB

Tuesday, February 4, 2014

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2014

Pada hari Khamis, 30 Januari 2014 telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah bagi murid-murid tahap dua manakala pertandingan mewarna bagi murid tahap satu. Juara keseluruhan dimenangi oleh pasukan Rumah Musytari(Kuning). Penyampaian hadiah bagi kedua-dua acara telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Puan Hajah Azma bin Senun.


Acara merentas desa bermula jam 8.30 pagi

 

Monday, February 3, 2014

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah & Pembimbing Rakan Sebaya

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah & Pembimbing Rakan Sebaya telah diadakan pada 29 Januari 2014 (Rabu) di Dataran Bariah. Majlis ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Displin dengan kerjasama Jawantankuasa Pusat Sumber Sekolah dan Jawatan Bimbingan dan Kauseling SK Tengku Bariah.

Majlis bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 9.10 pagi. Seramai 175 orang pengawas. Pengawas PSS dan PRS telah menerima watikah pelantikan yang telah disampaikan oleh Sub Inspektor Abd. Rahim iaitu Timbalan Ketua Polis Balai, Balai Polis Kuala Terengganu. Turut hadir ialah Penolong Pengawai Perhubungan Sekolah dari Balai Polis Kuala Terengganu iaitu Koperal Ahmad Zaidi b. Jaafar.
Diharapkan semua pengawas yang dilantik akan dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab dan cemerlang.


Penafian:

Pengurusan SK Tengku Bariah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.
-------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah
21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6221512
Email : sktbb3090@gmail.com

Keceriaan Merdeka