2 Mei 2013, merupakan hari yang sangat bermakna buat warga SK Tengku Bariah. Kami dikunjungi
En Faizal b Yusof yang merupakan bekas pelajar sekolah ini. Beliau bukan bekas pelajar yang biasa-biasa tetapi merupakan salah seorang pemegang rekod calon UPSR mendapat 5A yang paling ramai iaitu 65 orang pada tahun 1986. Ketika itu SK Tengku Bariah dikenali sebagai SR Tengku Bariah.
Beliau yang kini berkhidmat di Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya megimbas kembali nostalgia sewaktu bergelar murid disini. Terlalu banyak kenangan manis dan indah dikongsi bersama. Beliau juga menyatakan kesanggupan untuk turut membantu daripada segala segi untuk memastikan SK Tengku Bariah terus cemerlang dan unggul dipersada pendidikan negara
En. Faizal b Yusof juga berkesempatan meniup kata semangat dan memberi motivasi kecemerlangan kepada calon-calon UPSR 2013. Semoga SK Tengku Bariah terus cemerlang.